Isnin, 19 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Transformasi bagi kesejahteraan

Posted:

Transformasi bagi kesejahteraan

Transformasi bagi kesejahteraan

Oleh MOHD.FAIRUZ YUSOF
dan ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah disambut oleh Najib Tun Razak sambil diperhatikan Adnan Yaakob ketika hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang, semalam. – UTUSAN/RUSHDI SALLEH


PEKAN 18 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, transformasi politik yang dilakukan kerajaan dengan memansuhkan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai menuntut amalan sistem demokrasi yang lebih matang bagi kesejahteraan dan menjaga hak asasi manusia di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, sudah tiba masanya perkara itu dilakukan berikutan tahap peningkatan pendidikan dan kematangan rakyat yang menuntut perubahan berkenaan dilakukan.

"Langkah memansuhkan ISA dan beberapa akta lain dan akan digantikan akta baru merupakan satu detik sejarah kerana kualiti pembangunan yang telah kita capai lebih baik, minda yang lebih terdidik dan sikap masyarakat yang menuntut kepada sistem demokrasi lebih matang.

"Semua yang kerajaan lakukan bukan kerana desakan mana-mana pihak tetapi merupakan hasil jasa dan budi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kita perjuangkan selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib berkata, sudah tiba masanya Malaysia melangkah setapak ke hadapan sebagai sebuah negara yang cemerlang dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan dengan berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen.

Tambahnya, kerajaan mahu menjadikan amalan demokrasi negara ini sebagai terbaik di dunia denan memberi perhatian kepada seluruh masyarakat sama ada di bandar dan luar bandar.

"Justeru, pembelaan ke atas masalah dan tekanan rakyat akan terus diberi perhatian dalam semua aspek," katanya.

Beliau memberitahu, sebagai contoh kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM30 bilion setahun demi meringankan beban rakyat.

Katanya, usaha dilakukan kerajaan ketika ini berada di landasan yang betul demi memastikan kemakmuran dan keamanan negara dipelihara pada masa depan.

Mansuh ISA tidak bermakna boleh bebas

Posted:

Mansuh ISA tidak bermakna boleh bebas

Mansuh ISA tidak bermakna boleh bebas

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Semua pihak diingatkan bahawa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 tidak bermakna mereka kini bebas melakukan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan undang-undang.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun ISA telah dimansuhkan, mereka yang didapati melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat dan keamanan negara akan tetap dikenakan tindakan tegas berdasarkan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, tiada satu pihak sama ada pihak pembangkang atau sesiapapun yang boleh mengatasi undang-undang.

"Tidak semestinya ISA dimansuhkan, rakyat boleh bebas melakukan sesuatu tanpa mengambil kira kesannya kepada negara.

"Mungkin dia kata ini kebebasan dia, tetapi jika kebebasan itu memberi kesan kepada majoriti rakyat, sudah pasti ada sesuatu undang-undang yang boleh dikenakan sama ada pembangkang atau sesiapa. Kita tidak boleh mengatasi undang-undang,'' katanya selepas merasmikan Konvensyen Parti Makkal Sakti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pemansuhan ISA boleh memberi kesempatan kepada pihak-pihak tertentu untuk bebas melakukan apa sahaja terutama perbuatan yang mengancam keselamatan negara.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata, BN akan mengadakan taklimat serta penerangan berhubung keputusan tersebut.

Beliau berkata, ia bertujuan memberi pemahaman kepada ahli-ahli parti memandangkan keputusan terbaru kerajaan itu memberi implikasi yang agak besar.

''Kita perlu memberi kefahaman kepada ahli-ahli parti supaya semua ahli dalam komponen BN mempunyai satu pendirian yang sama.

''Untuk peringkat permulaan, kita akan memberi penerangan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) di dalam mesyuarat yang akan diadakan pada bulan ini,'' ujarnya.

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga turut diberi tugas untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai keputusan berkenaan.

Mengulas mengenai insiden pengeboman di selatan Thailand yang mengorbankan rakyat Malaysia, Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa mengingatkan kepada rakyat yang berkunjung ke luar negara supaya berhati-hati terutama di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

Peringatan seumpama itu kata Muhyiddin, sentiasa disampaikan kepada rakyat negara ini tetapi beliau mengakui ada kalanya rakyat Malaysia tidak tahu situasi di negara-negara yang dilawati.

"Adalah lebih baik mereka yang mahu berkunjung ke luar negara mendapatkan maklumat terkini daripada wakil kedutaan kita di negara berkenaan, meskipun tiada amaran diberikan

"Saya ucapkan takziah kepada keluarga empat orang rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian di Sungai Golok. Saya berharap kedutaan kita di Bangkok mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk membawa pulang mayat mangsa ke tanah air,'' katanya.

Muhyiddin tolak dakwaan pekerja Bangladesh mengundi

Posted:

Muhyiddin tolak dakwaan pekerja Bangladesh mengundi

Muhyiddin tolak dakwaan pekerja Bangladesh mengundi

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan kononnya pekerja-pekerja Bangladesh di negara ini diberikan taraf kewarganegaraan dengan mudah untuk membolehkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, kerajaan tidak terdesak untuk berbuat demikian semata-mata bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan akan membuat semakan sama ada dakwaan yang disiarkan di laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed benar atau sebaliknya.

''Itu tidak benar. Saya tidak tahu sama ada sumber berita itu benar atau tidak, tetapi apa yang penting, apa yang didakwa itu tidak benar

''Saya mahu periksa sumbernya dari mana. Kita juga boleh minta penjelasan daripada pihak Bangladesh sama ada perkara itu benar dinyatakan oleh Perdana Menteri Bangladesh,'' katanya selepas merasmikan Konvensyen Parti Makkal Sakti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hari ini, laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak pernah memberikan keistimewaan kepada mana-mana rakyat negara lain termasuk rakyat negara Bangladesh untuk diberikan taraf kewarganegaraan dengan mudah.

''Seseorang yang hendak jadi warganegara perlu melalui pelbagai proses, tempoh masa berapa lama sudah berada di sini, sama ada dia betul-betul tahu keadaan di sini dan sebagainya, sebagaimana yang biasa kita lakukan.

"Tidak ada kita beri keistimewaan kepada warga Bangladesh. Apatah lagi dikaitkan dengan pilihan raya. Macam kita ini terdesak sangat nak minta orang seperti itu didaftarkan jadi warganegara dan kemudian menjadi pengundi," katanya.

Dalam pada itu beliau mengakui berita seumpama itu bertujuan untuk mengelirukan dan ada kemungkinan ia datang dari sumber-sumber tidak boleh digunakan.

''Saya tidak fikir itu satu kenyataan yang tepat dan betul. Kita akan minta kedutaan kita di sana membuat semakan berhubung dengan perkara ini,'' ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved