Isnin, 19 September 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Hari malang bagi dua peragut

Posted:

Hari malang bagi dua peragut

Hari malang bagi dua peragut

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu.utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Hari malang bagi dua peragut apabila mereka bukan sahaja gagal melarikan beg seorang wanita, malah cedera akibat dibelasah suami mangsa dan orang ramai di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari apabila dua suspek berusia 25 dan 30 tahun datang ke kedai runcit di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini semalam, kononnya untuk membeli rokok.

Namun, ketika sedang berurusan di depan kedai, seorang daripada suspek tiba-tiba merampas beg tangan yang dipegang isteri pemilik kedai itu sebelum melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ketika kedua-dua suspek tersebut cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal, beg tangan yang disamun mereka itu bagaimanapun tercicir.

"Ketika kejadian, suami mangsa yang berusia 40 tahun sempat melihat kejadian berkenaan dan terus mengejar suspek itu dengan sebuah kereta sejauh lebih 10 kilometer berdekatan Tok Jiring menyebabkan motosikal dinaiki kedua-dua suspek terbabas.

"Ketika itu juga, beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian tersebut membelasah suspek sebelum menyerahkan mereka kepada pihak polis," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tambah Manoharan, hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek yang merupakan pekerja resort di sebuah pulau dekat sini positif mengambil dadah.

Beliau berkata, tangkapan tersebut merupakan kali kedua melibatkan suspek kes samun selepas seorang lagi penyamun diberkas semalam ketika cuba meragut dua beranak.

Beliau memberitahu, suspek tersebut kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Tuanku Mizan rasmi Hotel Tanjong Vista

Posted:

Tuanku Mizan rasmi Hotel Tanjong Vista

Tuanku Mizan rasmi Hotel Tanjong Vista


Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) meletakkan plak sebagai simbolik perasmian Hotel Tanjung Vista sambil diperhatikan Tan Choo Meng di Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Hotel Tanjong Vista Kuala Terengganu di sini, semalam.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Toh Puan Rohani Abdullah serta Pengerusi dan Pengarah Urusan Hotel Tanjong Vista, Datuk Tan Choo Meng.

Hotel setinggi 14 tingkat bertaraf tiga bintang yang menelan kira-kira RM23 juta itu mula beroperasi pada awal September lalu.

Hotel itu terletak berhampiran dengan pusat bandar raya dibina pada 2008 dengan menawarkan pelbagai kemudahan di samping harga yang amat berpatutan.

Sebanyak 199 bilik disediakan kepada pengunjung termasuk 20 bilik superior, 110 bilik superior deluxe, 38 bilik deluxe dan masing-masing 10 bilik executive dan premium suite dan satu bayu suite.

Selain penginapan, Hotel Tanjong Vista juga menyediakan kemudahan dewan sehingga dapat menampung 600 orang yang dilengkapi dengan sistem audio serta layar putih.

Jeritan anak selamatkan keluarga

Posted:

Jeritan anak selamatkan keluarga

Jeritan anak selamatkan keluarga

KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Jeritan seorang kanak-kanak yang terhidu bau hangit di belakang kereta bapanya, berjaya menyelamatkan mereka sekeluarga daripada rentung setelah kenderaan itu terbakar di pusat bandar raya ini, semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang di Jalan Sultan Ismail di sini, pemandu lori, Razak Ismail, 39, bersama isteri dan empat anaknya termasuk bayi berusia 10 bulan dalam perjalanan ke sebuah bank selepas membeli-belah di pasar raya.

Menurut Razak, ketika melalui persimpangan lampu isyarat, anaknya, Mohd. Nasaruddin, 10, memaklumkan terhidu bau hangit dari arah belakang kereta namun tidak mengendahkannya.

Katanya, dia tidak dapat melihat belakang kereta itu dengan jelas berikutan cermin kereta Honda Accord yang dibelinya tujuh tahun lalu itu agak gelap.

"Bagaimanapun jeritan anak saya memaklumkan bau hangit yang semakin kuat selain ada kepulan asap menyebabkan saya membelok ke bahagian kanan jalan berhampiran deretan sebuah bank, lalu memberhentikan kereta.

"Ketika saya turun keluar, saya dapati api menyala di tangki minyak dan sebahagian bonet kereta terbakar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Razak memberitahu, dia terus mengarahkan isteri dan anak-anaknya keluar daripada kereta bernilai kira-kira RM40,000 kerana bimbang ia akan meletup.

Jelasnya, dia yang panik hanya mampu mengeluarkan anak-anak serta beberapa barang yang berada di ruang tempat duduk belakang.

"Barang-barang seperti beg sekolah dan pakaian anak-anak serta keperluan yang berada di dalam bonet semua hangus.

"Ketika kejadian tiada orang di kawasan itu menyebabkan saya panik dan tidak sempat menghubungi bomba.

"Namun saya bersyukur kerana beberapa minit selepas itu sebuah jentera bomba tiba dan memadamkan kebakaran berkenaan untuk elak ia merebak ke kawasan lain," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved