Isnin, 19 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Belia digesa sertai Kor Tani

Posted:

Belia digesa sertai Kor Tani

Belia digesa sertai Kor Tani

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

PONTIAN 18 Sept. - Golongan belia digesa merebut peluang yang disediakan melalui penubuhan Kor Tani dengan melibatkan diri dalam kegiatan industri kecil dan sederhana (IKS ).

Pengerusi PPK Pontian Timor, Selamat Othman berkata, menerusi pendekatan tersebut mereka yang berminat bakal diberi bantuan dan bimbingan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) atau agensi lain.

Menurut beliau, bantuan itu bertujuan untuk memastikan pengeluaran serta penghasilan produk IKS dapat menembusi pasaran lebih luas.

''Sebanyak lapan kawasan kampung usahawan dalam pelbagai bidang IKS akan disatukan dalam satu kumpulan yang melibatkan pembuatan perabot, pertanian, jahitan, perusahaan makanan ringan, ternakan dan sebagainya memerlukan penjenamaan baru.

"Begitu juga dalam soal pembungkusan dan penjagaan kualiti yang dapat menarik minat ramai pembeli sama ada dari dalam atau luar negeri terhadap produk yang dihasilkan," katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran Kor Tani Peringkat Daerah Pontian dan sambutan Aidilfitri PPK Pontian Timor, di sini baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) , Mohd. Yusof Md. Salleh yang turut hadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nenas, Tang Nai Soon.

Jelas Selamat, agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membantu dan memantau kumpulan usahawan di bawah Kor Tani.

"Pelaksanaannya mampu memberi satu imej baru kepada kumpulan usahawan ini dari segi kekuatan, keterampilan dan keberkesanan bagi memajukan industri hiliran berasaskan pertanian," ujarnya.

Oleh itu, pendekatan ini akan membantu melahirkan satu pasukan pertanian yang baru dan seterusnya mencapai misi dan visi kementerian dengan slogan 'inovasi pertanian pemangkin pembangunan.'

Sehubungan itu, beliau berharap, penubuhan Kor Tani dapat memberi pilihan kepada golongan belia yang berminat dalam bidang pertanian dengan memberikan tumpuan kepada industri hiliran.

Masjid diserah kepada pejabat agama

Posted:

Masjid diserah kepada pejabat agama

Masjid diserah kepada pejabat agama

PONTIAN 18 Sept. - Masjid Jamek Kampung Jawa Ulu secara rasmi diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah Pontian oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu majlis ringkas kelmarin.

Majlis penyerahan dilakukan Jurutera JKR Pontian, Ir. Ismail Ibrahim kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian, Mohd. Fauzi Bachok yang disaksikan Ketua Kampung Kawasan (7) Mukim Api-Api, Mokhyin Jaiharun.

Masjid yang dibina dengan kos RM1.3 juta itu siap sepenuhnya Julai lalu bagi menggantikan masjid lama setelah tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang bertambah.

Sementara itu, Mokhyin berharap penyerahan masjid tersebut dapat disegerakan kepada JKKK dan Jawatankuasa Masjid supaya dapat digunakan untuk solat Jumaat.

Menurutnya, masjid yang dibina dengan peruntukan kerajaan negeri dan Pusat itu boleh menampung seramai 350 jemaah dalam satu-satu masa dan dilengkapi pelbagai kemudahan.

"Penduduk gembira kerana pembinaannya dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan dan menambah satu lagi kemudahan awam sedia ada seperti sekolah dan klinik di kawasan ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved