Isnin, 19 September 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


‘Niat nak buang warisan’

Posted:

'Niat nak buang warisan'

'Niat nak buang warisan'

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kenyataan wakil rakyat DAP, M. Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya memperoleh kuasa merupakan bukti jelas bahawa pembangkang sedia mengubah segala-galanya termasuk Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat menilai kenyataan itu secara rasional kerana kesan daripada hasrat tersebut boleh memberi implikasi paling buruk kepada negara serta rakyat.

Ujarnya, selain itu perkara diucapkan oleh Manoharan turut memperlihatkan niat sebenar pihak pembangkang bahawa mereka sentiasa berusaha menghapuskan warisan dan sejarah negara yang selama ini amat dipertahankan oleh rakyat.

''Kita tahu niat pembangkang apabila mereka berkuasa mereka mahu membuang sebahagian daripada warisan kita. Mereka mahu menukar segala-galanya dan bukan setakat Jalur Gemilang sahaja. Mereka mahu mengubah Perlembagaan Persekutuan.

''Mudah-mudahan mereka tidak berkuasa kerana apa yang mereka hasratkan ini akan menyebabkan negara dan rakyat bakal berhadapan dengan satu fenomena luar biasa serta implikasi yang amat besar,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Nasional Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R.S. Thanenthiran dan naibnya, R.K. Ramesh.

Kelmarin, Manoharan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan bersifat kurang ajar itu disiarkan ADUN DAP terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my, semalam.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 8 malam selepas menerima kecaman rakan laman sosialnya, Manoharan memohon maaf atas komentarnya berkaitan Jalur Gemilang sambil mendakwa dia rakyat Malaysia yang patriotik.

Muhyiddin berkata, perkembangan terbaru itu wajar membuka mata rakyat kerana ia hanya akan membawa keburukan kepada negara terutama dalam konteks sosioekonomi dan budaya masyarakat.

''Seperti yang saya katakan tadi mengenai hasrat mereka untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan. Mereka tidak bersetuju dalam beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,'' ujarnya,

Beliau berkata, itulah yang akan berlaku sekiranya pembangkang diberi peluang untuk memerintah.

Muhyiddin berkata, tindakan terbaru Maoharan itu juga menjadi petunjuk kepada tahap dan nilai akhlak yang dimiliki oleh pemimpin pembangkang.

''Mereka gagal menghormati hak dan budaya warisan bangsa. Oleh itu saya amat berharap rakyat Malaysia bijak membezakan antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

''Segala apa yang dilakukan sejak merdeka hingga hari ini hingga sekarang memang tidak dinafikan ia adalah hasil perjuangan rakyat menerusi BN. Sebab itu pihak pembangkang mahu menafikan pencapaian ini,'' katanya.

Hakikatnya, beliau berkata, hasil daripada perjuangan BN, rakyat kini menikmati pelbagai faedah manakala Malaysia telah diiktiraf sebagai negara yang berjaya mengecapi kemajuan.

Perlumbaan haram digempur

Posted:

Perlumbaan haram digempur

Perlumbaan haram digempur

Oleh AMRAN MULUP dan FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my


Anggota polis menahan sebahagian kenderaan dalam Operasi Cegah Jenayah yang disertai Unit Khas Trafik Bukit Aman, polis negeri serta JPJ di Bandar Seremban, kelmarin. – Utusan/Abd. Razak Aid


KUALA LUMPUR 18 Sept. – Keghairahan pelumba haram di Melaka dan Negeri Sembilan mempamerkan kehandalan masing-masing terbantut apabila digempur polis dalam operasi besar-besaran selama dua hari pada kelmarin dan malam tadi.

Dalam operasi di Jalan Eye On Malaysia dan beberapa lokasi popular golongan itu di Melaka, kelmarin, sebanyak 22 buah motosikal dan sebuah kereta disita manakala 78 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Pegawai Operasi Unit Khas Cawangan Trafik Bukit Aman, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, dalam operasi tersebut sebanyak 83 buah motosikal dan 18 buah kereta diperiksa bagi mencegah kegiatan lumba haram.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 22 motosikal disita kerana tiada cukai jalan, enjin diubah suai dan tidak memiliki lesen memandu manakala seorang penunggang ditahan kerana positif dadah.

"Sebuah kereta pula disita kerana tidak mempunyai cukai jalan manakala 17 lagi disaman atas pelbagai kesalahan jalan raya," katanya ketika ditemui selepas operasi tersebut di Melaka, kelmarin.

Dalam operasi sama di Seremban, sebanyak 90 buah kereta diperiksa bagi membendung kegiatan lumba haram di pusat bandar itu malam tadi.

Khuzir berkata, antara kesalahan yang dikesan termasuklah tidak mempunyai cukai jalan, enjin diubah suai dan tidak memiliki lesen memandu.

"Sebanyak 61 saman dikeluarkan polis manakala JPJ pula mengeluarkan 17 saman dan 51 notis arah periksa kepada pemilik kenderaan kerana melanggar peraturan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Ketika serbuan ada segelintir pemandu cuba melarikan diri tetapi gagal apabila ditahan oleh anggota penguat kuasa," katanya.

Beliau berkata, operasi tersebut merupakan sebahagian daripada usaha polis untuk mencegah kegiatan lumba haram di dua negeri tersebut selain mendapat aduan daripada orang awam.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved