Sabtu, 16 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


'Nak minta air kena merayu'

Posted:

'Nak minta air kena merayu'

'Nak minta air kena merayu'

Oleh ABD. RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my


TENGKU Zainol Rashid Tengku Yahya (kaca mata hitam) bersama penduduk yang tidak puas hati dengan masalah bekalan air di Kampung Sungai Senang, Sik Kedah, semalam.


SIK 15 Julai - Kira-kira 200 penduduk daripada 38 buah rumah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Sungai Senang di sini, masih dibelenggu masalah lama.

Mereka mendakwa sukar mendapat bekalan air bersih bagi kegunaan harian, walaupun kedudukan rumah hanya 10 kilometer sahaja daripada Empangan Beris, di sini.

Ini kerana semua tangki air yang dibina oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sehingga kini masih belum berfungsi lagi.

Masalah tersebut dikatakan telah berlarutan sejak 20 tahun lalu iaitu selepas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba selesai melakukan upacara pecah tanah pembinaan rumah penduduk di situ pada tahun 1990.

Seorang penduduk, Ahmad Bakar, 58, berkata, bekalan air untuk tujuan mandi, memasak dan membasuh pakaian hanya bergantung kepada hantaran dari lori saja iaitu empat hari sekali.

"Saya mula tinggal di sini pada 15 Ogos 1991. Sebelumnya, jika hendak mandi guna air caruk (parit) sahaja. Keadaan bekalan air untuk penduduk, masih belum berubah," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Dia hairan bagaimana mereka yang tinggal jauh di Pulau Pinang boleh mendapatkan bekalan air bersih dari Empangan Beris dengan begitu mudah sebaliknya penduduk tempatan, tidak menerima keistimewaan itu.

"Saya sedih melihat keadaan yang berlaku. Ada penduduk terpaksa mengambil keputusan meninggalkan kampung ini, puncanya cuma masalah air," katanya lagi.

Salmah Lat, 52, berkata, sehingga kini, tiada pihak yang benar-benar mengambil berat tentang masalah tersebut.

"Sekarang nak minta air kena merayu, kadang-kadang bekalan air diberi pula tidak mencukupi," jelasnya.

Kata Salmah lagi, jika ingin mendapatkan bekalan air dengan jumlah yang lebih banyak, dia terpaksa mengambilnya dari sungai berdekatan.

"Kena junjung air dalam timba kemudian bawa balik ke rumah, ia begitu menyusahkan" katanya.

Jurina Saad, 41, pula berkata, masalah air itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia amat menyusahkan penduduk lebih-lebih lagi dengan kehadiran Ramadan tidak lama lagi.

"Saya minta pihak berkenaan, terutama kerajaan negeri Kedah melalui Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) bertindak cepat bagi menyelesaikan masalah penduduk ini," katanya.

Sementara itu, Nordin Chik, 44, mempertikaikan janji yang dibuat oleh pihak tertentu sebelum ini bahawa penduduk Sungai Senang boleh menerima air dari sebuah loji di Berona tidak jauh dari sini.

''Pihak tersebut janji pada bulan Jun 2011 lalu, sampai sekarang belum juga jadi kenyataan,'' katanya kesal.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Senang, Md. Fuad Ahmad berkata, pelbagai alasan diberikan pihak tersebut mengenai masalah air yang dihadapi oleh penduduk kampung itu.

"Adalah amat memalukan, kami tinggal berhampiran Empangan Beris dan Empangan Ulu Muda tetapi susah nak dapatkan air," katanya.

Menurutnya, ramai penduduk enggan menjelaskan bayaran bil air yang dikeluarkan oleh SADA berikutan masalah kekurangan air itu.

"Mereka sedia jelaskan bil air jika air boleh dapat setiap hari," katanya lagi.

Bagaimanapun semalam, Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya bersama anggota jawatankuasanya berjaya menemui penduduk di PPRT Sungai Senang dalam usaha mengatasi kesulitan yang dihadapi penduduk itu.

"Penantian penduduk ini perlu diberi perhatian serius, saya simpati dengan masalah yang mereka hadapi selama ini," katanya.

Pada perjumpaan kira-kira dua jam itu, penduduk hadir dengan membawa pelbagai sepanduk sebagai tanda kecewa dan tidak puas hati terhadap pihak terbabit, termasuk SADA kerana gagal menangani masalah berbangkit tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

4,756 Ketua Isi Rumah miskin Perak dilindungi insurans 1Azam

Posted:

4,756 Ketua Isi Rumah miskin Perak dilindungi insurans 1Azam

4,756 Ketua Isi Rumah miskin Perak dilindungi insurans 1Azam


SHAHRIZAT Abdul Jalil menyampaikan sumbangan kepada warga emas, Enon Maskor sambil diperhatikan oleh Ong Ka Chuan (kiri) di Tanjung Malim, semalam. - UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ


TANJUNG MALIM 15 Julai - Seramai 4,756 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin di negeri ini akan mendapat perlindungan di bawah Skim Insurans 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pemberian perlindungan insurans tersebut dijangka membawa manfaat kepada lebih 23,780 orang terdiri daripada isi rumah keluarga berkenaan.

''Kerajaan memperuntukkan RM12 juta bagi menyediakan perlindungan insurans kepada 100,000 KIR di seluruh negara bagi tempoh sepanjang tahun ini," katanya selepas merasmikan program kemasyarakatan kementerian itu, Kembara Nur di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjung Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Rosnah Kassim dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan wang pampasan Skims Insurans 1Azam berjumlah RM333,000 kepada 22 waris KIR miskin yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

Selain itu, seramai 10 penerima menerima geran berbentuk peralatan untuk memulakan perniagaan di bawah program Kebajikan Produktif, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau turut menyerahkan bantuan kewangan RM360,000 kepada 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjayakan program pencegahan jenayah, Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita atau Sekata.

Shahrizat berkata, pengagihan wang pampasan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga miskin berkenaan ekoran kehilangan ketua keluarga mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Shahrizat berkata, wanita khususnya kaum ibu mempunyai peranan besar dalam memastikan kestabilan serta keamanan negara terpelihara.

"Kita perlu memastikan golongan muda dan anak-anak kita tidak mudah termakan pujuk rayu pihak tidak bertanggungjawab yang sentiasa berusaha memperalatkan mereka untuk menyertai perhimpunan haram," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan teliti semula status tanah pembangunan

Posted:

Kerajaan teliti semula status tanah pembangunan

Kerajaan teliti semula status tanah pembangunan

IPOH 15 Julai - Kerajaan negeri mengarahkan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) meneliti semula pelaksanaan projek pembangunan oleh syarikat-syarikat yang telah diberikan kelulusan tanah 10 hingga 20 tahun lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan negeri tidak mahu selepas diperuntukkan tanah sebegitu luas, syarikat-syarikat berkenaan cuma menjadikan tanah itu sebagai simpanan tanah mereka, manakala segala perancangan yang dibuat terbengkalai begitu sahaja.

"Kita sudah minta UPEN buat kajian semula termasuk dari segi perancangan pada waktu itu dan sejauh mana pelaksanaan setakat ini. Ada juga kawasan apabila dikaji semula tidak memerlukan tanah seluas itu.

"Sekiranya tidak mencapai matlamat seperti diharapkan, mereka perlu duduk semula dengan kerajaan negeri untuk berbincang," katanya kepada pemberita selepas Wacana Institut Darul Ridzuan (IDR) Bersama Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Strategic Development Paradigm Insights For Perak di sini, semalam.

Wacana tersebut disampaikan Dekan Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Penasihat Pelan Pembangunan Perak Amanjaya, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali.

Menurut Zambry, kajian semula itu bukan bermakna kerajaan negeri mahu menarik kembali pemberian tanah terbabit dari syarikat-syarikat berkenaan.

Katanya, antara kawasan terbabit termasuk Seri Iskandar, kawasan Lumut-Ipoh, Ulu Bernam dan Lembah Beriah di Kerian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved