Sabtu, 16 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


APMM tahan hampir 400 terlibat jenayah

Posted:

APMM tahan hampir 400 terlibat jenayah

APMM tahan hampir 400 terlibat jenayah


AHMAD Maslan meninjau tapak landasan bot di Pangkalan Nelayan Ayer Baloi selepas merasmikannya sempena Program Jiwa Murni di Pontian, Johor, semalam. - BERNAMA


PONTIAN 16 Julai - Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 8,135 buah kapal dan bot diperiksa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan 393 orang ditahan atas pelbagai kesalahan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, kesalahan yang dilakukan termasuk pencerobohan oleh nelayan asing, aktiviti penyeludupan dan kes memperdagangkan manusia.

Menurutnya, dengan menjadi agensi penguatkuasaan tunggal di laut bermula penghujung Ogos ini, APMM akan berupaya memastikan kawasan perairan negara bebas daripada sebarang aktiviti atau perbuatan yang boleh menggugat keselamatan negara.

"Kerajaan yakin dengan perubahan struktur yang dilakukan dan APPM mampu melaksanakan tugasan tersebut dengan sebaik mungkin pada masa akan datang," katanya selepas merasmikan Program Jiwa Murni di Kampung Ayer Baloi, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish; Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.

Program selama tiga hari itu melibatkan aktiviti kemasyarakatan serta membina sebuah landasan di Jeti Nelayan bagi kegunaan nelayan untuk menaik dan menurunkan bot bagi membuat kerja-kerja penyelenggaraan.

Pada majlis tersebut, APMM turut menyumbangkan sebuah bot kepada pejabat Ahli Parlimen Pontian yang akan digunakan ketika menghadapi banjir.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memberitahu, dalam tempoh lima tahun lalu, APMM juga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan 2,451 kejadian dan berjaya menyelamatkan 1,916 nyawa.

Beliau berkata, program Jiwa Murni itu merupakan salah satu program sentuhan hati agensi kerajaan bagi memastikan kebajikan dan keperluan rakyat sentiasa terbela.

"Saya berharap menerusi program seperti ini, APMM dan golongan nelayan akan menjalinkan kerjasama yang baik kerana kesejahteraan di laut memerlukan komitmen semua pihak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis siasat dakwaan Hospital Tung Shin

Posted:

Polis siasat dakwaan Hospital Tung Shin

Polis siasat dakwaan Hospital Tung Shin

KUALA LUMPUR 16 Julai - Polis menubuhkan dua pasukan khas bagi menyiasat dakwaan sekumpulan pegawai perubatan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam bangunan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu lalu.

Satu pasukan khas akan menyiasat dakwaan 11 doktor dari hospital itu manakala satu lagi pasukan khas menyiasat kejadian sebenar pada hari tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya akan mengambil semua keterangan saksi bebas selain keterangan doktor, kakitangan hospital dan anggota polis yang bertugas pada hari kejadian.

"Tidak guna untuk kita menyangkal sebarang kenyataan, perkara ini perlu siasatan teliti," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Keluarga IPK Kuala Lumpur di Taman Metropolitan Kepong dekat sini, hari ini.

Beliau ditanya laporan portal berita yang menyiarkan dakwaan sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan haram Bersih, Sabtu lalu di dua buah hospital di ibu negara.

Kesemua doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu dalam laporan itu mendakwa, mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Dalam perkembangan lain, Chin Wah memberitahu, polis meneruskan kawalan keselamatan di sekitar ibu negara sebagai tindakan susulan selepas perhimpunan haram Bersih serta tindakan pengerusinya, Datuk S. Ambiga melancarkan kempen memakai baju kuning Bersih pada setiap Sabtu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved