Sabtu, 16 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Insiden keselamatan siber meningkat 147%

Posted:

Insiden keselamatan siber meningkat 147%

Insiden keselamatan siber meningkat 147%

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Julai - Insiden keselamatan siber didapati meningkat sebanyak 147 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Husin Jazri berkata, ia berdasarkan sebanyak 7,404 insiden keselamatan siber dilaporkan sepanjang Januari hingga Jun tahun ini berbanding hanya 2,991 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

"Dari segi kategori pula, kesemua sembilan kategori insiden keselamatan siber mencatatkan peningkatan ketara dengan kes penipuan dilaporkan paling tinggi.

"Ia diikuti dengan kes seperti spam, percubaan menceroboh, kod-kod berbahaya, gangguan siber, laporan ancaman siber, penafian perkhidmatan dan kesalahan berkaitan kandungan siber," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Husin menambah, daripada 2,820 kes penipuan siber yang dilaporkan tahun ini, kes 'phishing' iaitu percubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan dan data kad kredit dengan menyamar sebagi entiti sah dalam komunikasi elektronik mencatat jumlah kes paling tinggi.

Bagi insiden keselamatan siber lain, katanya, spam mencatat sebanyak 1,806 kes, pencerobohan (1,364), kod-kod berbahaya (637), percubaan menceroboh (336), gangguan siber (274), laporan ancaman siber (70), penafian perkhidmatan (63) dan kesalahan berkaitan kandungan (34).

"Peningkatan insiden keselamatan siber berkait rapat dengan peningkatan kadar penggunaan Internet yang menyaksikan pengguna Internet di seluruh negara kini berjumlah 17 juta orang.

"Jumlah ini akan terus meningkat kerana disokong oleh pembangunan pesat prasarana jalur lebar," katanya.

Husin menambah, CyberSecurity juga telah membangunkan aplikasi 'DontPhishMe' untuk melindungi pengguna siber daripada ancaman perkhidmatan perbankan Internet terutama 'phishing'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tingkat kemakmuran dunia

Posted:

Tingkat kemakmuran dunia

Tingkat kemakmuran dunia


MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (duduk kiri) bersama Setiausaha Dalam Negeri Britain, Theresa May menandatangani memorandum persefahaman dalam bidang keselamatan di London, kelmarin. Majlis itu disaksikan oleh Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Britain, David Cameron. - AFP


LONDON 15 Julai - Semua negara sama ada dari Barat mahupun Timur perlu bersama-sama meningkatkan kemakmuran sejagat memandangkan ekonomi pada abad ini saling bergantungan antara satu sama lain.

Kini bukan lagi masanya untuk berfikiran bahawa Timur berlawan dengan Barat kerana pelbagai pihak akan terperangkap jika ada yang masih berfikiran sebegitu.

Gambaran tersebut diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kira-kira 200 komuniti perniagaan United Kingdom pada Forum Pelaburan Antarabangsa di sini hari ini.

Kata Najib: "Jadi, jika anda masih berfikiran dalam terma Timur bersaing dengan Barat, saya bimbang anda akan terperangkap dalam situasi lampau. Andaian dan jangkaan waktu silam itu tidak lagi terpakai sekarang.

''Kini keadaan berubah seperti mana Portugal melihat kepada Brazil, bekas koloninya, untuk bantuan mengatasi masalah ekonominya. Kini di dunia di mana Olimpik akan diadakan di London tetapi Piala Dunia akan berlangsung di Qatar."

Bagi memperjelaskan lagi bagaimana ekonomi sekarang saling bergantungan, Perdana Menteri memberi contoh bagaimana hari ini kereta yang dipasang di Dagenham direka bentuk di Detroit, dijana oleh enjin dari Tokyo dan dipasang dengan roda dari Kuala Lumpur.

"Kepentingan ekonomi nasional kini lebih kepada kepentingan bersama dan kerana itu Malaysia menolak pandangan lama yang 'memihak' dalam hubungan dan perdagangan antarabangsa, sebaliknya memilih multlateralisme yang boleh dimanfaatkan oleh Malaysia dan rakan-rakan kami di luar negara.

"Memperkasakan kemakmuran kepada semua, itulah matlamat global kita sekarang," tegas Najib.

Mengenai peluang di Malaysia, Najib berkata, para pelabur dalam realiti baru ekonomi perlu bukan sahaja mencari pasaran baru tetapi juga kesucian industri baru dan kewangan Islam adalah salah satu daripada bidang baru yang boleh diceburi.

"Kewangan Islam adalah satu daripada kepakaran Malaysia dan saya fikir ia adalah baik memandangkan potensi untuk berkembang amat besar.

"Industri kewangan Islam sejagat telah berkembang daripada RM15 bilion pada 1985 kepada lebih RM2,400 bilion hari ini - dan Malaysia, dengan pasaran modal Islam telah pun mencecah RM1,100 bilion dan dijangka meningkat tiga kali ganda pada dekad akan datang, adalah pendulu dalam pasaran itu," katanya.

Betapa wujud peluang pelaburan baru tersebut, Najib memberi contoh di UK sendiri, terdapat lebih 1.5 juta umat Islam dan mereka perlukan akaun bank, insurans kediaman, simpanan dan produk pelaburan lain yang sesuai.

Jika dilihat di serata dunia, katanya, jumlah itu meningkat kepada lebih 1.5 bilion dan jumlah itu adalah fenomena kuasa ekonomi dan industri daging halal sahaja bernilai lebih RM1,900 bilion, tiga kali nilai BP.

Perdana Menteri menjelaskan peningkatan kemakmuran di Timur pula bermakna tumpuan diberikan kepada pengguna Asia sebagai pemacu utama kepada permintaan dunia.

"Memandangkan tahap pendapatan Asia meningkat, permintaan penduduknya terhadap barangan dan perkhidmatan melonjak sehingga melampaui sempadan negara mereka sehingga kepada pengeluar lain di pelosok dunia.

"Dan ketika ini, buat pertama kalinya Malaysia muncul antara 10 negara paling kompetitif di dunia. Kami juga negara sedang membangun paling kompetitif. Ia dicapai dengan bekerja bersama-sama menerokai sumber baru dan kaedah terkini ke arah memperoleh kelebihan dalam bersaing," katanya pada pertemuan itu.

Najib menekankan komitmen pentadbirannya menyediakan ruang yang mudah kepada pelabur bagi merebut peluang-peluang pelaburan di Malaysia termasuklah melibatkan diri dalam pasaran kewangan Islam. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pusat hiburan: Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah

Posted:

Pusat hiburan: Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah

Pusat hiburan: Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah

KUALA LUMPUR 15 Julai — DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim.

"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan pergerakan Pemuda Gerakan Kedah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah sekiranya ia tidak membatalkan larangan itu dalam masa seminggu.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, ini kerana larangan itu tidak memberi pengecualian kepada kaum bukan Muslim. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved