Sabtu, 16 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Berdepan hukuman gantung

Posted:

Berdepan hukuman gantung

Berdepan hukuman gantung

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my


Maliki Ismail (kanan) dan Mohd. Nasir Abdul Ghani dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki dan mengedar dadah di Kuala Terengganu, kelmarin


KUALA TERENGGANU 15 Julai - Dua lelaki masing-masing berhadapan dengan hukuman di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengedar dadah, awal bulan ini.

Mohd. Nasir Abdul Ghani, 28, yang bekerja sebagai nelayan didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 75 gram (g) di Kampung Baru Seberang Takir dekat sini kira-kira pukul 4.45 petang, 1 Julai lalu.

Sementara Maliki Ismail, 48, yang merupakan seorang pemandu lori didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 23gm di sebuah pondok pengawal Klinik Kesihatan Batu Rakit kira-kira pukul 10 malam, 1 Julai lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh juga positif dadah selepas ujian air kencing mereka dijalankan.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud.

Majistret Noradila Abd. Latif menetapkan 17 Ogos ini untuk sebutan semula kes Mohd. Nasir manakala kes Maliki disebut semula pada 25 Ogos ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

109 anak Orang Asli sertai Kem Pemantapan Solat

Posted:

109 anak Orang Asli sertai Kem Pemantapan Solat

109 anak Orang Asli sertai Kem Pemantapan Solat


Fasilitator dari Yayasan Islam Terengganu menunjukkan cara solat kepada sebahagian murid Orang Asli di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, kelmarin. - BERNAMA


KUALA TERENGGANU 15 Julai - Bagi mengukuhkan pegangan agama melalui solat, seramai 109 anak Orang Asli dilibatkan dalam Kem Pemantapan Solat di Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, semalam.

Mereka terdiri daripada 58 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua, Hulu Terengganu yang diiringi oleh lapan guru manakala 51 lagi murid SK Sungai Pergam, Kemaman bersama enam guru.

Program pertama kali itu dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu (YIT).

Penyelia Pendidikan Swasta dan Khas JPNT, Natrah Wahab berkata, tujuan program itu diadakan antara lain untuk memberi pendedahan mengenai asas mendirikan solat kepada murid Orang Asli.

Beliau memberitahu, sepanjang program sehari itu, 20 fasilitator YIT ditugaskan untuk mengendalikannya.

"Program ini juga diadakan untuk mendedahkan masyarakat Orang Asli khususnya pelajar sekolah kepada masyarakat dan persekitaran selain menyedari kepentingan mendirikan solat.

"Sekiranya mendapat sambutan, program ini akan diteruskan malah dijadikan program tahunan," katanya kepada pemberita di pekarangan Masjid Kristal.

Dalam pada itu, Pengelola Dakwah YIT, Azizeh Mohamad berkata, pengisian program tersebut bermula dengan kesemua murid berkenaan termasuk 64 perempuan dididik mengambil wuduk dengan sempurna sebelum memasuki masjid.

Menurutnya, mereka kemudian mula diajar cara-cara mendirikan solat dengan betul diikuti bacaan surah al-Fatehah dan ayat-ayat lazim lain serta doa.

"Murid ini juga diajar dan diberi kesedaran tentang kepentingan solat di samping menyemai rasa kasih mereka kepada Allah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita terselamat kereta terbalik

Posted:

Wanita terselamat kereta terbalik

Wanita terselamat kereta terbalik


Orang ramai melihat keadaan kereta Proton Saga terbalik setelah terhumban ke dalam parit di Kampung Gong Penaga Jabi, Besut, semalam.


BESUT 15 Julai - Seorang wanita terselamat walaupun kereta jenis Proton Saga yang dipandunya terhumban dan terbalik ke dalam parit di Kampung Gong Penaga Jabi dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi ketika mangsa, Che Esah Che Hassan, 58, dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu untuk pulang ke rumahnya di Rantau Panjang, Kelantan.

Difahamkan, sebelum kejadian, kereta dipandu mangsa berada di belakang sebuah kereta jenis Proton Wira yang mengekori sebuah lori bergerak perlahan dari arah sama.

Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian yang jalannya sedang dinaik taraf, kedua-dua kereta serentak cuba untuk memotong lori menyebabkan kereta mangsa terlanggar bahagian kanan kereta Proton Wira itu.

Pelanggaran itu menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaannya sebelum terhumban ke dalam parit di sebelah kanan jalan dengan keempat-empat tayarnya ke atas manakala kereta Proton Wira hanya mengalami kerosakan di bahagian pintu kanan.

Che Esah memberitahu, dia kemudian keluar dari kereta yang terbalik itu melalui pintu belakang dan bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved