Sabtu, 16 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kerajaan negeri, polis sentiasa erat

Posted:

Kerajaan negeri, polis sentiasa erat

Kerajaan negeri, polis sentiasa erat

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.com.my


ABDUL Ghani Othman melakukan pemeriksaan perbarisan pada Majlis Pengisytiharan Daerah Polis Ledang di Tangkak, Johor, semalam. - utusan/Ishak Rahmad


LEDANG 15 Julai - Kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan pihak polis sentiasa dipelihara demi menjamin perkhidmatan terbaik dalam aspek keselamatan kepada masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pihaknya sentiasa sedia untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan pihak polis termasuk menyediakan tapak bersesuaian bagi pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang baru di samping menyediakan kelengkapan serta infrastruktur yang bersesuaian.

Menurutnya, strategi berterusan dalam menjamin aspek keselamatan dan kesejahteraan telah memberi impak positif kepada kerajaan dan limpahan nikmati kepada masyarakat melalui keyakinan pelabur yang memberi kemakmuran kepada negeri.

"Kita menyedari pentingnya keselamatan dan keamanan sebagai satu pra syarat kepada kestabilan, pertumbuhan dan kelestarian sosio ekonomi serta pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

"Oleh itu, aspek keselamatan dan keamanan sentiasa diutamakan dan dilaksanakan seiring dengan aspek pembangunan," katanya semasa merasmikan Majlis Pengisytiharan Daerah Polis Ledang, di IPD Ledang, Tangkak dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan timbalannya, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris.

IPD Ledang merupakan IPD ke-13 diwujudkan di negeri ini pada 1 Februari 2009 selaras dengan pewartaan Daerah Ledang sebagai daerah baru dan secara keseluruhannya menempatkan enam balai polis serta sembilan pondok polis.

Abdul Ghani berkata, penubuhan IPD Ledang dapat memastikan perkhidmatan kepolisan diperluas dan disempurnakan demi tuntutan perkhidmatan keselamatan dan ketenteraman awam kepada masyarakat setempat.

Beliau turut merakam penghargaan kepada pasukan polis kerana menunjukkan komitmen tinggi sehingga negeri ini menduduki tempat ketiga terbaik daripada segi kejayaan menurunkan kes iaitu sebanyak 22.29 peratus dan kelima terbaik dalam menyelesaikan kes dengan 49.42 peratus sepanjang tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Redah FC enggan letak harapan tinggi, selesa sebagai pasukan underdog

Posted:

Redah FC enggan letak harapan tinggi, selesa sebagai pasukan underdog

Redah FC enggan letak harapan tinggi, selesa sebagai pasukan underdog


PASUKAN Redah FC antara pasukan yang berentap bagi Kategori Wanita sempena Cabaran Futsal Utusan-JPPM DUN Puteri Wangsa, Ahad ini.


JOHOR BAHRU 15 Julai - Pasukan Redah FC enggan meletakkan harapan terlalu tinggi pada Cabaran Futsal Utusan-JPMM DUN Puteri Wangsa Ahad ini, sebaliknya lebih selesa dianggap pasukan underdog.

Ketua pasukan, Syaidatul Saiman berkata, sebagai underdog sememangnya memberi kelebihan kerana mereka tidak berasa tertekan berbanding pasukan pilihan lain.

"Meskipun kami pasukan underdog, jangan sangka kami akan memberi laluan mudah kepada lawan kerana kami akan berjuang habis-habisan.

"Kami yakin dengan latihan intensif sejak kebelakangan ini, pastinya kami sudah bersiap sedia untuk memberikan persembahan terbaik pada perlawanan hujung minggu ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Syaidatul berkata, pencapaian terbaik pasukannya adalah menduduki tempat ketiga semasa menyertai kejohanan futsal di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun, pada Cabaran Futsal Utusan-JPMM DUN Puteri Wangsa kali ini, pasukannya mahu mencipta kejutan untuk merangkul kejuaraan sulung bagi Redah FC.

Pertandingan yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran bersama akhbar Utusan Malaysia, Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dan Rohaizat Corporation (M) Sdn. Bhd.

Pertandingan yang bermula pukul 8 pagi itu berlangsung di Kompleks Daya Point, Pusat Sukan dan Futsal di Jalan Sagu 1, Taman Daya di sini.

Perlawanan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita dan peserta mestilah berusia 17 tahun ke atas dengan yuran pendaftaran sebanyak RM150 bagi kategori lelaki, manakala wanita sebanyak RM100.

Bagi kategori lelaki, johan akan membawa pulang wang tunai RM2,000, piala kejohanan dan medal serta sijil penyertaan; naib johan (RM1,000, medal serta sijil penyertaan); tempat ketiga (RM700, medal dan sijil penyertaan) manakala tempat keempat (RM300 berserta medal dan sijil penyertaan).

Johan kategori wanita pula membawa pulang wang RM1,000, medal serta sijil penyertaan); tempat kedua (RM500, medal dan sijil penyertaan); tempat ketiga (RM300, medal dan sijil penyertaan) manakala tempat keempat (RM150, medal dan sijil penyertaan).

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 07-3538815, 012-7444684 (Razak), 012-7295855 (Firdaus) dan 016-7888540 (Zahid).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved