Sabtu, 16 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Berjalan 16 jam tanpa henti

Posted:

Berjalan 16 jam tanpa henti

Berjalan 16 jam tanpa henti

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Antara NGO dan syarikat swasta yang mengambil bahagian dalam Program 'Relay For Life Malaysia 2011' di Stadium UKM, Bandar Baru Bangi, semalam. – MINGGUAN/SAIFUL BAHARI ASHARI


KUALA LUMPUR 16 Julai - Seramai 5,000 orang memenuhi Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, sebagai tanda sokongan kepada "Relay for Life Malaysia" anjuran Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Penasihat Kehormat NCSM, Datuk Zuraidah Atan berkata, jumlah kehadiran itu meliputi pesakit kanser, sukarelawan, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat, institut pengajian tinggi awam dan swasta serta wakil kedutaan asing.

"Salah satu acara ialah berjalan selama 16 jam mengelilingi trek stadium sebagai simbolik bahawa kanser yang merebak dalam tubuh tidak pernah tidur.

"Selain itu, pengunjung juga boleh menulis ucapan pada beg kertas bagi mengenang pesakit kanser yang telah meninggal dan juga memberi semangat kepada yang sedang berjuang melawan kanser.

"Kita akan susun beg itu di sepanjang trek dan pada waktu malam lilin akan dinyalakan dalam beg berkenaan," katanya selepas merasmikan program tersebut.

Kali pertama ia diadakanialah di Melaka pada 4 dan 5 Jun lalu manakala program seterusnya akan diadakan di Pulau Pinang pada awal Oktober nanti.

Terdahulu sebelum majlis perasmian, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut hadir sebagai tanda sokongan selain Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W. Jones serta wakil dari Kedutaan Filipina dan Britian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga emas terselamat dalam kebakaran

Posted:

Warga emas terselamat dalam kebakaran

Warga emas terselamat dalam kebakaran

PETALING JAYA 16 Julai - Seorang lelaki warga emas yang menghidap penyakit asma sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan tiga unit rumah teres di Jalan Seksyen 14/3 di sini hari ini.

Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Chong, 72, sedang membaca surat khabar di dalam rumahnya sebelum terdengar bunyi letupan di rumah jiran sebelah.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, dia kemudian mendapati api sedang marak di kediaman jiran sebelahnya.

"Sebaik sahaja nampak api, saya mengambil ubat asma saya dan terus keluar menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, rumah yang dihuni oleh Chong dan seorang lagi ahli keluarganya terbakar hampir 60 peratus, manakala dua buah rumah lagi tidak berpenghuni semasa kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7 Petaling Jaya, Esa Aini berkata, dua buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian bersama 10 anggota sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Ketika kejadian, warga emas itu tinggal seorang diri kerana seorang lagi ahli keluarganya tiada di rumah," katanya yang masih menyiasat punca kebakaran itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kimma kumpul satu juta tandatangan

Posted:

Kimma kumpul satu juta tandatangan

Kimma kumpul satu juta tandatangan

KUALA LUMPUR 16 Julai - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) hari ini memulakan misi mendapatkan sejuta tandatangan rakyat Malaysia sebagai tanda sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan Kebangsaan Kimma, Datuk Anuar Sadad berkata, usaha itu dilakukan bagi menunjukkan sokongan terhadap gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri.

"Sejak kebelakangan ini banyak isu yang dilihat cuba ditimbulkan untuk menjatuhkan kepimpinan beliau (Najib), bukan sahaja daripada pembangkang malah pihak luar juga,'' katanya selepas mendapatkan tandatangan skuad Harimau Malaya di Hotel Palace of Golden Horses di sini hari ini.

Skuad tersebut merupakan pihak pertama yang menurunkan tandatangan sokongan kepada kempen Kimma sebelum pasukan kebangsaan itu menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang ini.

Tambah Anuar, usaha itu dilancarkan oleh Kimma serentak di 212 lokasi di seluruh negara esok dengan upacara perasmian akan dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Masjid India, di sini.

Sehubungan itu, Kimma menyeru orang ramai untuk bersama menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada gagasan 1Malaysia untuk berbuat demikian di 12 buah kaunter yang disediakan sekitar ibu negara.

Antara kawasan tersebut adalah Bukit Bintang, Sogo, Pudu dan pusat beli-belah Times Square bermula dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved