Sabtu, 16 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia pastikan politik stabil

Posted:

Malaysia pastikan politik stabil

Malaysia pastikan politik stabil

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin mendengar taklimat daripada Presiden Direktor Jawa Pos, Azrul Ananda (kiri) semasa melawat bilik berita akhbar itu di Surabaya, semalam.


SURABAYA 15 Julai - Kestabilan politik menjadi faktor utama yang menarik kemasukan pelabur asing ke Malaysia sejak 54 tahun lalu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, menurut Timbalan Perdana Menteri, Malaysia akan memastikan keadaan itu berterusan kerana ia juga membawa kemakmuran kepada rakyat khususnya dalam pertumbuhan ekonomi.

"Pada masa sama, hubungan kaum dan rasa hormat sesama rakyat berteraskan apa yang digariskan dalam Rukun Negara juga harus diurus dengan betul bagi mengelak berlakunya rusuhan kaum seperti pada 13 Mei 1969," katanya pada pertemuan dengan para pengarang berita Kumpulan Jawa Pos di ibu pejabat syarikat berkenaan di sini hari ini.

Pada pertemuan yang berlangsung selama 45 minit itu, Muhyiddin turut menjelaskan mengenai tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menganjurkan demonstrasi jalanan minggu lalu.

Katanya, tindakan Bersih yang menuntut sebuah pilihan raya umum bersih dan adil, seperti menafikan kewujudan sistem demokrasi di Malaysia yang sudah lama wujud.

Menurut beliau, demokrasi sudah lama wujud di Malaysia menerusi pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

"UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Kerana itu sesiapa sahaja boleh menjadi calon tidak kira penjual ikan, peniaga, malah individu yang tidak mempunyai parti juga boleh menjadi calon Bebas," katanya.

Kerajaan Malaysia juga jelas beliau, tidak pernah menghalang rakyat untuk berhimpun bagi menyuarakan tuntutan.

"Kita sedar untuk Malaysia maju, perlu ada nilai hak sejagat dan hak asasi manusia. Bagaimanapun, seandainya dalam sesuatu perhimpunan mempunyai pengaruh elemen politik yang boleh mencetuskan keadaan tidak selamat, pihak berkuasa harus mengambil langkah yang berkesan untuk menanganinya," tegas Muhyiddin.

Sehubungan itu, kata beliau, pihak yang mengemukakan tuntutan tersebut seharusnya berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana isu yang diketengahkan tidak akan selesai dengan hanya sekali atau dua kali perbincangan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, tuntutan yang mahu dikemukakan juga biarlah yang munasabah dan bukannya dengan cara membawanya ke jalan raya.

Pada pertemuan itu juga, beliau memberitahu, kesediaan kerajaan membenarkan syarikat media Kumpulan Jawa Pos membuka operasi di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, kerajaan akan menawarkan permit penerbitan akhbar Jawa Pos seandainya syarikat berkenaan membuat permohonan secara rasmi. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Komitmen guru resipi kejayaan pelajar - Rosmah

Posted:

Komitmen guru resipi kejayaan pelajar - Rosmah

Komitmen guru resipi kejayaan pelajar - Rosmah


Rosmah Mansor bersama para pelajar ketika melawat Elizabeth Garrett Anderson School di Islington, London, semalam. - BERNAMA


LONDON 15 Julai - Komitmen dan dedikasi guru dalam melaksanakan tugas mereka adalah antara bahan utama dalam resipi bagi pelajar mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, dedikasi yang tinggi berupaya membawa perubahan besar termasuk pada kalangan pelajar daripada keluarga yang serba kekurangan.

Rosmah yang menemani suami Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasmi ke United Kingdom (UK) berkata demikian ketika melawat sekolah untuk perempuan Elizabeth Garrett Anderson (EGA) School di Islington di sini.

Sekolah itu yang dinamakan sempena wanita pertama memperolehi kelayakan perubatan di UK, Elizabeth Garrett Anderson, ditubuhkan dengan matlamat mendidik wanita untuk masa depan.

Kebanyakan pelajar EGA adalah daripada pelbagai kaum dengan latar belakang ekonomi yang berbeza dan lebih 90 peratus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Merujuk kepada program Permata yang dimulakan beliau, Rosmah berkata, inisiatif itu juga meliputi murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

Katanya, sebuah saluran televisyen antarabangsa telah menyatakan hasrat untuk membuat dokumentari mengenai projek yang bertujuan mendidik kanak-kanak pintar dan berbakat itu.

Sementara itu, Pengetua EGA, Jo Dibb berkata kehadiran tetamu terkemuka seperti Rosmah amat penting kepada pelajar kerana dapat membantu meningkatkan keyakinan diri mereka. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

IFF penuhi permintaan fesyen bernilai AS$96 bilion

Posted:

IFF penuhi permintaan fesyen bernilai AS$96 bilion

IFF penuhi permintaan fesyen bernilai AS$96 bilion

Daripada NOR AZIAH JAAFAR

LONDON 15 Julai - Penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) di seluruh dunia yang ideanya dicetuskan oleh Malaysia diharap dapat melahir serta mengumpulkan sekumpulan besar pereka fesyen untuk memenuhi permintaan bagi industri berkenaan yang kini bernilai sekurang-kurangnya AS$96 bilion setahun.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung IFF berkata, untuk memastikan industri itu terus berkembang, ia perlu memenuhi keperluan semua iaitu daripada busana kepada pakaian siap dipakai.

Untuk itu katanya, IFF tidak terhad untuk pereka fesyen Islam, sebaliknya ia terbuka kepada pereka dari latar belakang dan budaya yang berlainan.

"Di samping mempromosikan fesyen Islam serta perkembangan pereka fesyen dalam industri ini, tujuan utama penganjuran IFF adalah untuk meningkatkan pemahaman masyarakat dunia mengenai Islam," katanya ketika berucap merasmikan IFF di sini hari ini.

Mengangkat tema 'Khazanah Timur', seramai empat pereka fesyen menampilkan rekaan masing-masing iaitu Datuk Tom Abang Saufi, Ghea Panggabean, Milo dan Melinda Looi.

Turut menampilkan rekaan buat pertama kali pada IFF ialah pereka barang kemas, Sameer Halimeh dari New York.

Berangkat pada majlis itu ialah Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah; Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Puteri Charlotte Casiraghi dari Monaco. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved