Khamis, 3 April 2014

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bertindak sebelum rakyat buat aduan

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

KUALA KANGSAR 2 April - Agensi kerajaan yang berkaitan disaran mengambil tindakan proaktif dengan mengenal pasti masalah rakyat dan tidak hanya bertindak setelah menerima aduan secara rasmi.

Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Anis Rizana Mohd. Zainuddin berkata, mengesan masalah rakyat lebih awal sebelum ia dijadikan aduan adalah kaedah yang lebih baik berbanding jika sesuatu masalah dijadikan aduan oleh rakyat.

Katanya, jika sesuatu masalah diterjemahkan dalam bentuk aduan, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada masyarakat.

Dalam memastikan masyarakat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh kerajaan, agensi yang berkenaan mestilah bersikap proaktif dan tidak hanya menunggu arahan.

Dalam hal ini, antara yang perlu diberi keutamaan ialah tindakan berbentuk pencegahan sebelum sesuatu masalah menjadi rungutan rakyat," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Kaunter Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Kuala Kangsar di sini semalam.

Program dianjurkan Biro Pengaduan Awam negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar itu turut dihadiri Pengarah Biro Pengaduan Awam negeri, Rahilah Fahimah Ahmad.

Menurut Anis Rizana, kelewatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah rakyat mungkin akan me-

ngurangkan keyakinan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan agensi kerajaan.

Katanya, tuntutan rakyat perlu diambil sebagai satu cabaran untuk menambah baik mutu per-

khidmatan agensi masing-masing.

Penjawat awam harus fokus untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh pelanggan secara lebih serius agar masalah dan isu yang sama tidak berulang," ujarnya.

Rampasan UPP Bukit Kayu Hitam lebih RM1 juta

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

KUBANG PASU 2 April - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam merekodkan 47 kes kejayaan rampasan berjumlah lebih RM1 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, berbanding 29 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Komander UPP Changlun, Asisten Supritendan Shahidan Ladin berkata, antaranya rampasan tiga pacuan empat roda (4WD) jenis Honda CRV dan sebuah kereta Honda Civic, sekali gus menggagalkan cubaan menyeludup keluar kesemua kenderaan berkenaan ke negara jiran, pada bulan lalu.

Katanya, pihaknya turut menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Thailand.

Tambahnya, satu lagi kejayaan pihaknya adalah merampas enam senjata api tiruan yang cuba diseludup masuk oleh seorang lelaki warga tempatan, Januari lalu.

Kesemua kejayaan itu ada yang diperoleh dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri dan agensi lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)," katanya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved