Khamis, 3 April 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


4 ditahan bantu siasatan kes culik di Semporna

Posted: 03 Apr 2014 11:25 PM PDT

KOTA KINABALU 4 April - Empat individu termasuk seorang wanita antara yang ditahan petang semalam bagi membantu siasatan kes culik membabitkan seorang pelajar China dan pekerja rakyat Filipina di Resort Singahmata, Semporna dekat sini malam semalam.

Mereka yang berusia antara 20 dan 40 tahun itu ditahan di resort dan difahamkan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan terperinci masih giat dijalankan. - UTUSAN ONLINE

Maut selepas menyamun

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

Seorang lelaki baharu selesai menyamun maut dalam kemalangan di Jalan Banting-KLIA berhampiran kilang Genting Sanyen, Bukit Changgang, Banting, semalam.

KUALA LUMPUR 3 April - Seorang lelaki yang baru 10 minit menyamun, maut setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Banting-KLIA berhampiran kilang Genting Sanyen, Bukit Changgang, Banting dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek lelaki berusia lingkungan 20-an maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan ketika dikejar oleh seorang jiran kepada mangsa samun berkenaan yang menaiki kereta.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Mohd. Yusof Awang berkata, sebelum itu, lelaki terbabit bersama tiga rakannya yang bersenjatakan parang menyamun sebuah rumah yang didiami oleh seorang wanita bersama dua anaknya di Kota Warisan iaitu kira-kira enam kilometer dari lokasi kemalangan.

Mohd. Yusof berkata, perbuatan penjenayah tersebut disedari oleh jiran mangsa lalu mengejar mereka yang cuba melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal.

Setiba di lokasi, motosikal yang ditunggang oleh suspek dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara pembonceng motosikal sempat melarikan diri bersama dua lagi rakan mereka yang menaiki sebuah motosikal menuju ke arah Banting," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Yusof berkata, pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti suspek terbabit kerana tidak menjumpai sebarang dokumen bersamanya.

Bagaimanapun kita percaya suspek merupakan warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG pada lengannya dan siasatan turut mendapati motosikal yang ditunggangnya menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved