Sabtu, 8 Mac 2014

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Oppo N1 beri kepuasan maksimum

Posted: 08 Mar 2014 05:14 AM PST

Oppo N1 tampil dengan ciri futuristik.

OPPO N1 tampil dengan teknologi baharu memperkenalkan kamera kanta mampu berputar sehingga 260 darjah dan trackpad yang membolehkan kawalan dilakukan menerusi bahagian belakang.

Dua elemen baharu itu dijangka mampu mengangkat phablet keluaran syarikat berpangkalan di China itu lebih tinggi daripada pesaingnya.

Dengan fungsi kamera 260 darjah ini, pengguna bukan sahaja dapat merakam gambar dari pelbagai sudut malah, dapat merasai kepuasan maksimum apabila teknologi enam lensa digunakan mampu menonjolkan ciri realistik ketika merakam objek bergerak.

Keistimewaan lain peranti ini ialah kawalan panel atau trackpad pada belakang badan membolehkan paparan telefon pintar tidak diganggu dengan sebarang gerakan mahupun sentuhan jari.

Oppo N1 juga turut dilengkapi pakej sempurna seperti skrin IPS HD penuh 1080p bersaiz 5.9 inci, Cip Snapdragon 600 Quad Core 1.7GHz, 2 GB RAM dan Cip Grafik Adreno 320.

Malah bersesuaian dengan cirinya yang penuh dengan pelbagai fungsi seperti alat kawalan jauh versi pintar, O-Click berupaya merakam gambar dan menghasilkan bunyi apabila pemilik meninggalkan peranti itu sehingga pada kedudukan jarak 15 meter menerusi capaian Bluetooth.

Kapasiti baterinya juga tidak mengecewakan apabila disokong dengan kuasa yang sangat besar iaitu 2620 mAH yang mampu menampung pelbagai fungsi-fungsinya.

Oppo N1 juga sangat unik kerana disokong operasi Android versi khas iaitu CyanogenMOD yang menawarkan lebih banyak tetapan dan beberapa fungsi menarik yang tidak dipunyai oleh Android biasa.

Bungkusan peranti ini juga direka unik kerana mempunyai flipcase khas dan sarung silikon yang mempunyai logo CyanogenMOD yang dapat memberi keyakinan pertama kepada khalayak sasaran utamanya iaitu remaja dengan tawaran harganya juga berbaloi dan mampu dimiliki sekitar RM1,799.

Oppo N1

1. Skrin IPS HD penuh

1080p bersaiz 5.9 inci

2. Cip Snapdragon 600 Quad Core 1.7GHz

3. Cip Grafik Adreno 320

4. Bateri 3620 mAH

5. Alat kawalan jauh O-Click

6. Trackpad (alat kawalan panel belakang badan)

7. 2GB RAM

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved