Sabtu, 8 Mac 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


7 lelaki diberkas kes bunuh Ketua Wanita UMNO Felda Semenchu

Posted: 08 Mar 2014 10:46 PM PST

JOHOR BAHRU,9 Mac - Polis menahan tujuh lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun dan bunuh Ketua Wanita UMNO Cawangan FELDA Semenchu, Zalifah Jamaluddin dekat Kota Tinggi, hujung bulan lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek yang berumur 23 hingga 27 tahun itu ditahan di kawasan FELDA tersebut dan Stulang Laut di sini, pada petang Khamis lepas.

"Polis menemui semula barangan milik mangsa membabitkan dua telefon bimbit, tiga jam tangan, sejumlah barangan kemas dan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, kesemua suspek merupakan penagih dadah dan berasal dari felda itu dengan seorang daripada mereka dikehendaki polis.

Kesemua suspek kini direman sehingga 21 Mac depan untuk siasatan.

Zalifah, 68, yang juga seorang peniaga pakaian ditemui mati di rumahnya di FELDA Semenchu pada 12.20 tengah hari, 28 Februari lepas, oleh anak lelakinya yang mengesyaki sesuatu berlaku setelah mangsa tidak menjawab panggilan telefon.

Dalam kes lain, Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya menyelesaikan 18 kes pecah rumah dan dua kes curi kenderaan di bandar raya ini dengan penahanan lima lelaki di Kampung Usaha Jaya, Tampoi, di sini, Selasa lepas.

Beliau berkata, kesemua mereka yang berumur 21 hingga 33 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi dalam serbuan di sebuah rumah.

"Polis merampas 12 parang, empat telefon bimbit, sebuah motosikal dan van yang dilaporkan hilang di Tampoi, tiga gulung kabel, satu kuku kambing, enam alat pemotong, spanar yang diubah suai, satu komputer riba serta dua alat pemain DVD dalam serbuan berkenaan," katanya.

Menurut Mohd. Mokhtar, tiga daripada lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah dan kesemua mereka kini direman sehingga esok untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Lapan pelajar USM gagal turun dari Gunung Jerai

Posted: 08 Mar 2014 08:32 AM PST

Oleh SAFINA RAMLI

JERAI 9 Mac - Lapan penuntut lelaki dari Universiti Sains Malaysia (USM) dipercayai gagal turun dari Gunung Jerai di sini selepas salah seorang rakan mereka cedera petang semalam.

Difahamkan mereka mula mendaki kira-kira pukul 10 pagi hari ini dan gagal turun apabila seorang daripada mereka mengalami kecederaan.

Kesemua mereka berusia antara 23 hingga 26 tahun tersebut dikatakan naik ke Gunung Jerai untuk berkhemah dan difahamkan tidak mendapat kan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri menerima laporan tentang kejadian pada pukul 8.13 malam tadi dan setakat berita ini ditulis, operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved