Sabtu, 8 Mac 2014

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Rekaan muslimah ke majlis rasmi

Posted: 07 Mar 2014 10:44 AM PST

Oleh Rosmah Dain

Apabila diminta untuk menghadiri majlis-majlis rasmi terutama makan malam formal, apakah fesyen yang akan disarungkan ke badan anda?

Fesyen yang dicuba perlulah menarik dan anda kelihatan bergaya biarpun dilitupi dengan fesyen muslimah yang kelihatan sopan dan menarik, selain kelihatan feminin dan bergaya dengan idealistik.

Apa kata anda menyarungkan dres makan malam untuk muslimah yang disediakan oleh Cleo Studio by Fida. Rekaan yang berasaskan pilihan fabrik semasa iaitu syifon dan crepe diperindah pula dengan manik dan renda serta manik dan labuci memberikan sentuhan yang amat menarik kepada si pemakainya.

Pemilihan fabrik seperti ini memberikan ganjaran ciri kelebihan kepada rekaan fesyen yang nampak lebih cantik dan moden serta senang digayakan. Syifon dan crepe adalah bahan fabrik yang membuatkan pakaian yang dipakai akan jatuh terletak pada tubuh dengan mudah terutama bagi mereka yang berbadan langsing, tinggi dan kurus.

Menurut Rafidah Mohd. Arifin dari Cleo Studio by Fida, bagi memudahkan mereka mendapatkan tudung yang sepadan dengan baju yang dipilih, Cleo Studio turut menawarkan tudung custome made. Ini bermakna bagi mereka yang memilih setiap fesyen yang dikehendaki, terdapat tudung-tudung yang sepadan dengannya yang boleh ditempah di situ dan boleh dipakai dalam hanya dua jam sahaja.

"Kadangkala mereka yang menyarung fesyen ini tidak mempunyai tudung yang boleh dipadankan dengan suasana. Justeru itu, kami menawarkan kepada mereka yang mahu menempah tudung dengan rekaan yang menarik untuk disesuaikan dengan rekaan baju dan fesyen yang dipakai," katanya.

Dalam pada itu, Rafidah turut berkongsi mengenai tempahan awal baju-baju yang digunakan mengikut tema majlis yang sesuai seminggu lebih awal agar pelanggan dapat pilihan fesyen yang lebih menarik.

Di Cleo Studio, pihaknya turut mempunyai tukang jahit yang berkemahiran, selain pereka fesyen yang boleh memberikan apa sahaja bentuk fesyen yang dimahukan.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang datang boleh memilih sendiri kain yang mereka mahu dan perincian yang mereka kehendaki mengikut cita rasa mereka.

Minimalis & ringkas

Posted: 08 Mar 2014 05:14 AM PST

Sering dilihat kebanyakan blaus di pasaran memperagakan rekaan bercorak berbunga, geometri mahupun abstrak.

Penggunaan corak sedemikian sudah agak sinonim dengan pemakaian blaus hinggakan generasi muda seperti tiada pilihan untuk menggayakan pakaian tersebut.

Lebih teruk, ada yang melabelkan corak tersebut untuk orang-orang tua atau makcik-makcik sahaja.

Penggunaan corak polos dan dua warna pada blaus sedikit sebanyak menimbulkan mood generasi muda dalam pemakaian fesyen ini.

Minggu ini ruangan Trend memperagakan koleksi blaus polos dan dua warna dari butik Summer Dazzle yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat gaya moden.

Penggunaan blaus seperti ini sesuai untuk pelbagai cara, antaranya menggunakan seluar denim untuk keluar bersantai.

Apabila menyarung skrit labuh, blaus akan tampak kasual dan memberi gaya lebih femenin kepada si pemakai.

Penggunaan dua warna atau polos memudahkan mereka memadankan dengan pelbagai aksesori sesuai seperti rantai labuh, choker dan sebagainya.

Keadaan cuaca di Malaysia yang agak panas amat sesuai untuk pemakaian blaus kerana rekaan yang berongga membolehkan badan bernafas seperti biasa.

Mari kita lihat serba sedikit koleksi blaus dari Summer Dazzle yang mungkin boleh memberikan ilham kepada rakan-rakan untuk tampil ringkas dalam acara yang akan disertai. - AMIRUL/SHEFRI

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved