Utusan Online - Jenayah |
Curi kenderaan: Geng Salim tumpas Posted: 02 Feb 2014 09:48 PM PST Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN SUNGAI BULOH 3 Feb. - Polis berjaya menumpaskan geng Salim selepas menahan tujuh lelaki termasuk seorang anggota tentera dipercayai terlibat dalam kes curi dan meleraikan komponen kenderaan dalam satunserbuan di sebuah rumah di Kampung Melayu Subang, di sini Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, hasil kejayaan itu pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 13 kes berkaitan di sekitar Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Shah Alam. "Kesemua mereka berusia 22 hingga 33 tahun akan ditahan reman sehingga esok mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam mencuri kenderaan bermotor," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Kampung Baru Subang, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
Empat lelaki dikhuatiri lemas dalam terowong air Posted: 02 Feb 2014 09:06 PM PST LAWAS 3 Feb. - Empat lelaki dikhuatiri lemas akibat terperangkap dalam sebuah terowong air di Imigresen Bongkalat, Kampung Lintang Baru di sini hari ini. Pegawai Berkuasa Bomba II, Rary Benji ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.52 pagi. Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas bergegas ke lokasi kejadian lima minit kemudian. "Jarak antara balai bomba dengan lokasi kejadian kira-kira 28 kilometer. "Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan kerana ketika ini anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mereka," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan