Jumaat, 14 Februari 2014

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kecederaan tidak halang konsert saya - Shahrukh Khan

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

SHAHRUKH Khan dan Madhuri Dixit bergambar selepas sidang akhbar mengenai konsert Temptation Reloaded di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Raja Bollywood, Datuk Shahrukh Khan yakin beliau mampu membuat persembahan pada konsert Temptation Reloaded di Stadium Merdeka malam esok walaupun masih mengalami kecederaan di kaki kirinya.

Pelakon Kuch Kuch Hota Hai berusia 48 tahun itu yakin kecederaan dialaminya tidak menghalang beliau menghiburkan peminatnya di sini bersama tiga lagi artis terkenal dari India iaitu Madhuri Dixit, Rani Mukherjee dan Yo Yo Honey Singh.

Shahrukh mengalami kecederaan di kaki kiri sewaktu menjalani penggambaran filem Happy New Year pada bulan lalu.

"Saya yakin boleh menari dengan baik malam esok. Saya akan lakukan apa sahaja untuk peminat di sini kerana Malaysia ibarat rumah saya," katanya dalam sidang akhbar sempena konsert itu yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.

Sementara itu, Madhuri yang pertama kali datang ke negara ini berkata, dia telah jatuh cinta dengan sikap mesra rakyat Malaysia.

"Saya berada di Pulau Pinang selama dua hari sebelum datang ke Kuala Lumpur. Saya memang teruja hendak mengadakan persembahan bersama Shahrukh di sini," katanya.

Pasangan pelakon dalam filem Dil To Pagal Hai itu akan menjayakan konsert berdurasi hampir tiga jam itu dengan iringan penari latar.

Anne Curtis mahu lupa kisah pergaduhan

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

ANNE CURTIS

MANILA - Pelakon, Anne Curtis ingin melupakan pergaduhan yang berlaku di sebuah kelab malam di The Fort, Taguig pada November lalu yang melibatkan beberapa pelakon lain termasuk John Lloyd Cruz.

Dalam kejadian di kelab malam tersebut, Curtis yang dilaporkan mabuk, telah bertindak menampar Cruz.

Curtis berkata, dia mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku dan enggan memikirkan perkara itu lagi.

"Perkara ini sudah digembar-gembur menjadi satu isu besar. Anda perlu menangani dan menerima apa yang berlaku,'' katanya.

Pelakon wanita berumur 28 tahun itu juga mahu kejadian tersebut dijadikan sebagai iktibar dan tidak akan diulangi lagi.

Ekoran pergaduhan tersebut, pelakon dan pengacara itu menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak terutama peminat. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved