Khamis, 23 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Beri kelonggaran cuti kepada masyarakat Cina

Posted: 23 Jan 2014 03:21 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Syarikat-syarikat swasta disaran memberi kelonggaran cuti lebih awal kepada pekerja Tionghua sempena sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, saranan itu bertujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku menjelang perayaan tersebut.

Kelonggaran cuti lebih awal disarankan supaya orang ramai terutama masyarakat Cina boleh membuat persediaan awal dalam merancang perjalanan mereka untuk pulang kampung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2014 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Ops Harga: Tiada pihak akan terlepas

Posted: 23 Jan 2014 03:17 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Operasi harga barangan (Ops Harga) yang dilancarkan serentak di seluruh negara Isnin lalu tidak semata-mata memberi fokus kepada peniaga kecil tetapi turut melibatkan pasar raya dan restoran.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tiada pihak yang terkecuali daripada operasi berkenaan bagi memastikan peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dipatuhi.

Sekarang ini yang menjadi isu ialah kenaikan harga barangan basah, sebab itu tumpuan lebih kepada pasar basah dan kedai runcit.

Tetapi kita akan pergi keseluruhannya, tidak kira peniaga kecil atau besar,'' katanya dalam sidang akhbar Persidangan Pandangan Strategik Malaysia Kali Ke-16 anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asian (ASLI) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

NBOS: Tiga bas diserahkan kepada ATM

Posted: 23 Jan 2014 03:12 AM PST

PUTRAJAYA 23 Jan. - Tiga buah kementerian bersetuju menyerahkan sebuah bas masing-masing kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk digunakan sebagai bas sekolah menerusi pelaksanaan agenda transformasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Kerjasama itu melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pertahanan.

Majlis penyerahan bas itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad yang menerima replika kunci daripada tiga wakil kementerian terbabit di pekarangan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Sesi penyerahan dimulakan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri. Dr. Mohd. Irwan Serigar diikuti Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Arpah Abdul Razak.

Kementerian Sumber Manusia diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Dr. Mohd. Rasyid Buyong Hamzah.

Dengan adanya kemudahan tiga buah bas itu, sebanyak 70 orang anak tentera di sekitar Lembah Klang bakal menerima manfaat daripada program fasa pertama yang merupakan salah satu prinsip NBOS iaitu mengoptimumkan sumber terkumpul bagi mencapai hasil lebih baik. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved