Jumaat, 13 Disember 2013

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah kekal keputusan bebas bekas Ahli Parlimen

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Mohd. Apandi

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan perintah pelepasan dan pembebasan bekas Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Jeli, Mohd. Apandi Mohamad daripada tiga pertuduhan memalsukan dokumen tuntutan sewa hotel berjumlah RM31,050, sembilan tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim memutuskan demikian selepas menolak rayuan pihak pendakwaan setelah mendapati rayuan tersebut tidak mempunyai merit.

Mohd. Apandi, 52, yang hadir ke mahkamah memakai kot dan seluar berwarna coklat kelihatan gembira dengan keputusan tersebut.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen pada 11 Februari 2011 yang melepas dan membebaskan Mohd. Apandi daripada tuduhan itu.

Mahkamah rendah tersebut membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Apandi didakwa sebagai Ahli Dewan Rakyat kawasan Jeli mengemukakan tuntutan pernyataan palsu berhubung sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan yang terletak di Kota Bharu, Kelantan berjumlah RM31,050.

Butiran-butiran tersebut terkandung dalam dokumen Kenyataan Tuntutan Menghadiri Mesyuarat-Mesyuarat Atas Undangan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri untuk Januari 2002 hingga Jun 2003 yang bertarikh di antara 4 Februari 2002 dan 14 Julai 2003.

Beliau yang diwakili oleh peguam bela Datuk Sukri Mohamed didakwa melakukan perbuatan itu di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di sini antara 11 Februari 2002 dan 23 Julai 2003.

Mohd. Apandi didakwa melakukan perbuatan itu di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di sini antara 11 Februari 2002 dan 23 Julai 2003.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 11(C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Ghafar Ab. Latif.

Suami wanita dikaitkan Adi Putra mahu kes dibuka semula

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Nooraida Abdul Talib dan suaminya, Amiruddin Osman menunjukkan laporan polis meminta siasatan baru dijalankan terhadap kes yang dikaitkan dengan Adi Putra di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Suami wanita yang dikaitkan dengan pelakon Adi Putra hari ini membuat laporan polis untuk meminta siasatan kes hubungan mereka dibuka semula.

Amiruddin Othman, 56, berkata, pihaknya telah membuat permohonan agar kes itu disiasat semula kerana tidak puas hati dengan siasatan yang dilakukan oleh pegawai penyiasat terdahulu.

"Saya hanya inginkan keadilan dan menegakkan kebenaran buat isteri saya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri isterinya.

Semalam Adi mengadakan sidang akhbar menyatakan beliau bebas daripada kes itu setelah polis pada 2 Disember lalu mengeluarkan keputusan rasmi mengklasifikasikan kes itu sebagai no further action (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya.

Kedua-dua belah pihak telah mendapat keputusan rasmi daripada pihak polis berkenaan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu.

Laporan polis Amiruddin hari ini dibuat di bahagian tatatertib, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Sementara itu, peguam yang mewakili Amiruddin, Muhammad Hasif Hasan, juga berpendapat bahawa seksyen yang digunakan untuk siasatan sebelum ini tidak relevan.

"Oleh itu, pihak kami akan mengemukakan permohonan kepada pendakwa raya untuk melihat semula bukti dan melantik semula pegawai penyiasat yang baru serta melihat seksyen yang lebih relevan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved