Jumaat, 13 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Banjir: 22,278 petani, penternak dan nelayan terjejas

Posted: 13 Dec 2013 01:41 AM PST

PUTRAJAYA 13 Dis. - Sebanyak 22,278 petani, penternak dan nelayan terjejas punca rezeki ekoran kemusnahan tanaman dan ternakan, selain menghadapi kesukaran untuk turun ke laut disebabkan banjir.

Sehubungan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sudah mengarahkan pegawai pertanian daerah menilai jumlah kerosakan akibat bencana itu sebelum mengambil inisiatif membantu mereka yang terlibat.

"Kita tidak tahu lagi jumlah kerosakan sebenar kerana penilaian sedang dilakukan termasuk mendapatkan maklum balas daripada pegawai pertanian tentang gambaran kerugian secara keseluruhan.

"Selepas itu, pengumuman tentang langkah yang boleh diambil akan dibuat, misalnya memberi bantuan kewangan yang difikirkan sesuai kepada mereka yang menerima kesan akibat banjir," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pelepasan Program Bantuan Ehsan Kepada Mangsa Banjir, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, antara langkah yang sudah diambil adalah menangguhkan bayaran pinjaman kepada semua peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional yang menerima kesan kerana bencana berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Sistem komunikasi di kawasan dilanda banjir pulih

Posted: 13 Dec 2013 12:40 AM PST

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Sistem komunikasi di kawasan dilanda banjir telah pulih sepenuhnya, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

"Kami telah pun berjumpa kesemua peserta industri dalam satu mesyuarat untuk bersama-sama membincangkan perkara itu dan mencari penyelesaian berhubung isu berkaitan komunikasi," kata Jailani dalam persidangan media selepas menyaksikan majlis pemeteraian antara Celcom Network Sdn Bhd dan Digi Telecommunications Sdn Bhd.

Sementara itu, pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi berkata limpahan stesen pangkalan komunikasi telah menjuruskan kepada kegagalan komunikasi di beberapa kawasan tertentu terutamanya Pahang dan Terengganu.

"Bagaimanapun, kami telah menangani isu itu dan bersiap-sedia sekiranya banjir berulang," tambah beliau. - BERNAMA

Bekalan elektrik di Terengganu, Pahang kembali pulih

Posted: 13 Dec 2013 12:39 AM PST

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Situasi bekalan elektrik di kebanyakan kawasan di Terengganu dan Pahang kini kembali pulih.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan berkata, hanya beberapa kawasan yang masih bergantung kepada set-set janakuasa.

"Sebanyak lima set janakuasa disalurkan ke Pahang, iaitu Kuantan satu set dan Triang serta Pekan masing-masing dua set.

"Hanya satu set janakuasa disalurkan ke Kemaman, Terengganu," kata kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved