Ahad, 22 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kraftangan Malaysia yakin capai sasaran jualan kraf RM400 juta tahun ini

Posted: 22 Dec 2013 01:55 AM PST

KOTA BHARU 22 Dis. - Kraftangan Malaysia yakin mampu mencapai sasaran jualan hasil kraf tangan sebanyak RM400 juta ke seluruh negara sehingga hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, sehingga November ini, Kraftangan Malaysia telah mencatatkan jualan hasil kraf tangan sebanyak RM348 juta ke seluruh negara.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM90 juta adalah jualan hasil kraf tangan di Kelantan.

"Ini menunjukkan jualan hasil kraf tangan untuk tahun ini telah meningkat berbanding tahun lalu di mana kita telah mencapai jualan sebanyak RM342 juta.

"Sasaran ini mampu dicapai memandangkan Kelantan adalah antara penyumbang utama jualan hasil kraf apabila mencapai sehingga 40 peratus untuk jualan batik," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek (LJP) dan Penyampaian Insentif Pembangunan Usahawan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Banjir : Tiada wabak penyakit berjangkit dilaporkan di Pahang

Posted: 22 Dec 2013 01:22 AM PST

KUANTAN 22 Dis. - Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan tiada sebarang wabak penyakit berjangkit berlaku semasa atau selepas fenomena banjir yang melanda beberapa daerah di Pahang baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan mingguan terutama untuk mengesan penyakit bawaan air seperti leptospirosis atau kencing tikus.

"Jika tidak berlaku bencana banjir sekali pun, pemantauan mingguan sentiasa diteruskan dan bilangan kes juga berbeza-beza di setiap daerah iaitu purata antara julat 0 hingga tujuh kes seminggu.

"Notifikasi kes leptospirosis dua minggu sebelum banjir ialah masing-masing tiga kes iaitu pada 17 hingga 23 November dan 24 hingga 30 November, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh berlakunya banjir iaitu pada 1 hingga 14 Disember, sebanyak 10 kes didaftarkan.

Menurut Dr. Norhizan, bilangan kes yang didaftarkan pada kedua-dua minggu semasa dan selepas banjir masih dalam bilangan yang dijangkakan iaitu kejadian endemik leptospirosis dan bukan kejadian kes luar biasa. - UTUSAN ONLINE

UniMAP rintis kerjasama dengan Ensicaen Perancis

Posted: 21 Dec 2013 09:12 PM PST

CAEN 22 Dis. - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini merintis kerjasama akademik dan penyelidikan dengan Institut Kejuruteraan Caen (Ensicaen) di sini.

Kerjasama itu akan turut membabitkan pertukaran pelajar dan staf bagi memperkasakan jambatan ilmu yang terjalin melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak.

Pada majlis menandatangani MoU itu, UniMAP diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin manakala Ensicaen oleh pengarahnya, Prof Dr Dominique Goutte.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP berangkat menyaksikan majlis menandatangani MoU yang berlangsung di kampus Ensicaen di sini.

Hadir sama Duta Besar Malaysia ke Perancis Tan Sri Ismail Omar.

Kamarudin berkata kerjasama UniMAP dan Ensicaen akan meningkatkan jaringan kerjasamanya dengan institusi pengajian tinggi luar negara.

Ensicaen yang ditubuhkan pada 1976 dan terletak di tengah-tengah bandar Caen juga memberi tumpuan kepada kegiatan penyelidikan termasuk berkaitan mikroelektronik, teknologi dokumen, instrumentasi dan sensor.

Ensicaen yang kini mempunyai lebih 5,000 pelajar telah melahirkan ramai siswazah dan penyelidik yang mempunyai pasaran dalam dan luar negara. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved