Khamis, 12 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Keadaan banjir di Pahang dan Terengganu semakin pulih

Posted: 12 Dec 2013 03:17 AM PST

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Keadaan banjir yang melanda Pahang dan Terengganu menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan.

Di KUANTAN, setakat 4 petang ini, seramai 5,539 orang masih berada di pusat pemindahan banjir di Pahang berbanding 5,607 yang direkodkan pagi tadi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa banjir daripada 1,389 keluarga ditempatkan di 65 pusat pemindahan dari 61 penempatan di enam daerah yang terjejas banjir.

Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,686 orang di 37 pusat pemindahan, disusuli Kuantan (827 orang di lima pusat pemindahan), Maran (735 di 13 pusat), Bera (196 di lima pusat), Temerloh (82 di empat pusat) dan Rompin (13 di satu pusat).

Sementara itu di TERENGGANU, hanya 1,341 orang daripada 311 keluarga masih berada di pusat-pusat pemindahan petang ini berbanding 3,387 orang (710 keluarga) pagi tadi.

Di Dungun, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan cuma 473 orang (116 keluarga), 846 orang (187 keluarga) di Kemaman, manakala 22 orang (8 keluarga) di Marang.

Sementara banjir di daerah Hulu Terengganu dilaporkan pulih petang ini.

Sehingga kini, sebanyak 18 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu lapan di Dungun, Kemaman (11) dan satu di Marang.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan paras air di sungai-sungai utama di Terengganu kebanyakannya berada pada paras biasa petang ini. - BERNAMA

3 syarikat Jepun minat projek landasan kereta api laju Malaysia

Posted: 12 Dec 2013 01:58 AM PST

Daripada RAMLI ABDUL KARIM

TOKYO 12 Dis. - Tiga syarikat Jepun telah menyatakan minat untuk mengambil bahagian dalam projek pembangunan landasan kereta api berkelajuan tinggi di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, ketiga-tiga syarikat tersebut, Mitsui Co., Sumitomo Corp. dan Hitachi Corp menyatakan hasrat itu dalam pertemuan ketua-ketua eksekutif mereka dengan beliau di sini hari ini.

"Saya sudah berbincang dengan Mitsui, Sumitomo dan Hitachi, ketiga-tiganya berminat untuk mengambil bahagian dalam projek pembangunan landasan kereta api berkelajuan tinggi yang akan kita bangunkan.

"Mereka boleh menyertai proses bidaan syarikat-syarikat antarabangsa," katanya kepada wartawan Malaysia di sini petang ini. - UTUSAN ONLINE

Mat Sabu jangan bertaqiyyah - Ahmad Zahid

Posted: 12 Dec 2013 01:03 AM PST

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak termasuk dalam kalangan mereka yang bertaqiyyah berhubung penglibatannya dalam fahaman Syiah.

Beliau dalam nada sinis berkata, memang menjadi sifat pengikut fahaman Syiah untuk bertaqiyyah dengan berpura-pura mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi berharap pemimpin Pas itu bukan sebahagian daripada golongan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved