Sabtu, 2 November 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Saluran paip minyak Iraq diserang militan

Posted: 02 Nov 2013 10:06 AM PDT

KIRKUK, Iraq 3 Nov. - Anggota militan meletupkan saluran paip minyak utama di Utara Iraq, hari ini sehingga melumpuhkan operasi hariannya sehingga memaksa kerja-kerja mengepam minyak dihentikan.

Pegawai keselamatan berkata, tiga letupan berlaku di sepanjang saluran paip tersebut di wilayah Nineveh.

"Pemberhentian operasi disebabkan oleh masalah teknikal yang dialami dan kerja-kerja membaik pulih kini sedang giat dijalankan, kata jurucakap, North Oil Co..

Militan sering melancarkan serangan ke atas saluran paip, di mana minyak merupakan eksport terbesar Iraq ke pasaran antarabangsa. - AGENSI

Bakal Perdana Menteri Georgia diumum

Posted: 02 Nov 2013 10:05 AM PDT

TBILISI 3 Nov. - Perdana Menteri Georgia, Bidzina Ivanishvili, hari ini mengumumkan Menteri Dalam Negeri, Irakly Garibashvili bakal menjadi pengganti beliau untuk jawatan tersebut selepas berundur daripada kancah politik beberapa minggu lagi.

Ivanishvili berkata, beliau hanya akan melepaskan jawatan itu setelah Georgy Margvelashvili mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 17 November ini.

Perdana Menteri merupakan jawatan yang paling berkuasa ketika di bawah pemerintahan republik Soviet, sebelum berlakunya perubahan perlembagaan yang menyaksikan kebanyakan tanggungjawab dipindahkan kepada Presiden. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved