Isnin, 21 Oktober 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita warga Filipina lemas ketika elak ditahan polis

Posted: 21 Oct 2013 09:22 PM PDT

SANDAKAN 22 Okt. - Mayat seorang wanita warga Filipina dipercayai pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari ditahan Polis Marin ditemui terapung berhampiran Jeti Pulau Nunuyan, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata wanita itu dikenali sebagai Marites Blace berusia lingkungan 30-an.

"Mayat mangsa yang dicam rakannya ditemui pada pukul 7.40 pagi oleh seorang penduduk kampung di pulau berkenaan," katanya di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa merupakan antara enam wanita warga Filipina yang menaiki sebuah bot laju yang terbalik ketika cuba melarikan pada pukul 12.45 tengah hari, semalam.

Dalam kejadian itu, lima wanita yang terhumban ke laut berjaya diselamatkan manakala juragan bot bersama mangsa berjaya melarikan diri, katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Banjir Pantai Remis makin buruk

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 21 Okt. - Banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Pantai Remis bertambah buruk apabila bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir semakin meningkat daripada 662 kepada 815 orang.

Paras air yang turut meningkat sehingga 1.5 meter menyebabkan sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Orang Ramai Taman Bintang dengan menempatkan seramai 127 mangsa daripada 22 keluarga.

Tiga lagi pusat pemindahan sedia ada yang telah dibuka sejak semalam adalah di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Dewan Orang Ramai Tebuk Yan dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Penguasa Kanan Bomba 1 Wan Azmi Ahmad berkata, sehingga pukul 3.30 petang ini, seramai 585 penduduk telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Batu.

Beliau berkata, dua lagi pusat pemindahan iaitu di Dewan Orang Ramai Tebuk Yan dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai pula masing-masing menempatkan seramai 56 dan 47 mangsa.

"Kita sedang memantau paras air di kampung terlibat sebelum penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu di Taiping dan Kamunting, pusat pemindahan sementara di surau Kampung Jawa kini dibuka semula dengan menempatkan seramai 46 orang daripada 12 keluarga.

Sebelum ini, seramai 40 mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan tersebut selepas kediaman mereka dinaiki air ekoran kejadian banjir kilat.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved