Isnin, 21 Oktober 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bajet 2014 babitkan beberapa pelarasan subsidi - Hassan

Posted: 21 Oct 2013 02:52 AM PDT

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU 21 Okt. - Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini melibatkan beberapa pelarasan subsidi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek.

Jurteru, menurut beliau, bajet berkenaan akan memperlihatkan berlaku kenaikan dan penurunan harga terhadap pelbagai jenis barangan.

Bagaimanapun tegas beliau, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan daripada semua pihak termasuk persatuan pengguna, dewan perniagaan dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, meskipun beberapa keputusan tidak popular akan diumumkan namun ia adalah belanjawan terbaik yang perlu diumumkan kerajaan untuk memastikan sistem kewangan fiskal negara terus kukuh ke arah mencapai negara maju 2020.

Pada masa sama katanya, kerajaan akan tetap mengumumkan beberapa insentif untuk memastikan kesan penyelarasan subsidi terhadap rakyat berada di tahap minima selain program penerangan kepada rakyat di seluruh negara mengenai rasional setiap tindakan yang dibuat.

"Jadi begitulah, niat kita adalah pengukuhan sistem kewangan negara dan apa barang naik, barang turun esok (Jumaat) kita akan beri penerangan kepada rakyat, pengguna dan saya juga mahu persatuan pengguna memainkan peranan juga membantu kita menjelaskan kepada rakyat selain berbahas di Parlimen nanti.

"Kepentingan negara ini mesti diutamakan, pengukuhan ekonomi negara ini mesti kita utamakan sebab itulah keputusan-keputusan yang tidak popular bagi pandangan rakyat itu mestilah diterima secara positif," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013 Peringkat Negeri Kelantan di Balai Islam, Lundang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tahap keselamatan di Esszone terkawal - KP Esscom

Posted: 21 Oct 2013 02:34 AM PDT

LAHAD DATU 21 Okt. - Tahap keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone), terutama di Lahad Datu, kini terkawal dan keadaan kembali pulih sejak insiden pencerobohan Februari lepas.

Menurut Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek, bagi memastikan tahap keselamatan terus terkawal, Esscom sedang dan akan melaksanakan pelbagai program.

Selain meningkatkan kekuatan pasukan keselamatan, Esscom juga merancang menempatkan semula penduduk perkampungan air di kawasan Esszone dengan projek perintis di tiga daerah iaitu Semporna, Sandakan dan Lahad Datu, katanya kepada pemberita hari ini.

Mohammad ditemui selepas menyampaikan taklimat terkini mengenai Esscom kepada rombongan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan pelaburan Sabah (SEDIA), di Ibu Pejabat Esscom di sini.

Katanya sekalipun insiden pencerobohan di Kampung Tanduo itu menjejaskan sedikit sektor pelancongan Sabah, penubuhan Esscom menaikkan keyakinan rakyat dan pelabur luar.

Sebagai contoh katanya, pada 7 Oktober lalu, Kluster Perindustrian Minyak Sawit Lahad Datu memeterai memorandum persefahaman dengan Evolution Energy LLC dari Amerika Syarikat yang boleh menjana pelaburan sehingga RM500 juta bagi menghasilkan petrol, diesel, bahan api penerbangan dan arang batu pembakaran bersih daripada pelepah dan batang sawit, pada lewat 2015.

"Selain itu, seperti yang dinyatakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Esscom baru-baru ini, Amerika Syarikat berminat melabur sebayak AS$2 bilion (RM6 bilion) dalam penternakan lobster yang diketuai Darden Inc. di Semporna, Sabah, sekali gus menunjukkan keyakinan para pelabur luar negara terhadap tahap keselamatan di kawasan ini," katanya.

Mengenai pewujudan Bilik Gerakan Esscom yang beroperasi 24 jam sejak 12 Ogos lepas, Mohammad berkata setakat Jumaat lalu, bilik gerakan itu menerima 54 aduan yang kebanyakannya berkaitan dengan kehadiran orang yang diragui atau pendatang asing tanpa izin.

Katanya aduan termasuk meminta Esscom atau pasukan keselamatan meningkatkan rondaan di kawasan perkampungan mereka untuk membanteras jenayah selain mencadangkan bancian penduduk seperti di Mukim Simunul Semporna turut diadakan di kawasan mereka.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya atau membuat pertanyaan melalui talian 089-863181 atau faks 089-863182. - BERNAMA

RUU Perbekalan 2014 dimuka untuk bacaan pertama

Posted: 21 Oct 2013 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2014 dikemukakan untuk bacaan kali pertama dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang itu dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 petang, Jumaat ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved