Isnin, 21 Oktober 2013

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kepelbagaian yang dipertingkatkan

Posted: 20 Oct 2013 11:35 PM PDT

Oleh MASZUREEN HADZMAN

Paparan skrin yang lebih luas antara kelebihan yang dipertaruhkan oleh LG menerusi tablet baharunya.

LG Electronics (LG) baru-baru ini menampilkan LG tablet G Pad 8.3 tablet, sebagai kesinambungan kepada barisan Siri G premium peranti mudah alih.

LG baru G Pad 8.3 mempunyai paparan definisi tinggi (HD) penuh pada tablet kelas 8-inci , yang unik dan pengguna akan merasa pengalaman dengan pelbagai ciri-ciri sambungan.

Pelancarannya di pameran di Berlin, Jerman baru-baru ini, LG G Pad 8.3 merupakan LG G2 superphone , mengukuhkan komitmen LG untuk kepimpinan dalam peranti mudah alih melalui premium produk Siri G itu.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Komunikasi LG Elektronik, Dr Jong Seok Park berkata, kehadiran nya merupakan pelengkap dan mengukuhkan lagi barisan premium LG daripada kebanyakan peranti canggih.

''Pad G kami adalah satu lagi contoh peranti LG dengan titik jualan yang unik sebagai menghargai pengguna di seluruh dunia,'' ujarnya.

Bersaiz kecil dengan bateri berkuasa walaupun paparan yang besar, LG G Pad 8.3 mempunyai beberapa faktor reka bentuk nipis dan anggun yang cukup selesa untuk dipegang dalam satu tangan.

Tablet HD penuh pertama mengandungi ciri utama premium peranti siri G lain termasuk G Pro dan telefon pintar G2.

G Pad 8.3 adalah tablet yang pertama mempunyai 8 inci menawarkan paparan HD penuh yang mampu memberikan kualiti gambar dengan resolusi lebih tinggi.

Pengguna yang memiliki model tersebut tentunya teruja dengan LG G Pad 8.3 yang menawarkan ciri-ciri praktikal yang memberi manfaat sebenar, seperti kepelbagaiannya yang pertingkatkan.

Antaranya paparan HD penuh 8.3 inci merupakan ciri-ciri yang unik kepada LG G Pad 8.3, yang dimaksimumkan untuk skrin besar memberi pengalaman menarik kepada pengguna.

LG G Pad 8.3 akan dilancarkan secara global dalam pasaran utama termasuk Amerika Utara, Eropah dan Asia serta wilayah lain bermula pada suku keempat tahun ini . Harga akan diumumkan semasa pelancaran.

Kamera android pertama di dunia

Posted: 20 Oct 2013 11:35 PM PDT

Oleh MASZUREEN HADZMAN

Galaxy nx mempunyai keupayaan menukar lensa seperti DSLR biasa dan mempunyai 13 jenis lensa kamera.

Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung) baru-baru ini mengumumkan secara rasmi kamera baharu mereka, Galaxy NX menerusi platform Android.

Ketua Pemasaran Unit Perniagaan Imej Digital Samsung, Julian Thean berkata Samsung, Galaxy NX tersebut mengikut permintaan yang tinggi untuk kualiti fotografi serta kemudahan untuk memuat naik imej yang dilihat semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia.

"Samsung begitu peka dengan kehendak pengguna terutama mereka yang inginkan kelainan dalam dunia imej digital ini," katanya.

Peranti baharu yang menggunakan platform Android 4.2 merupakan kamera digital lensa tunggal (DSLR) pertama mereka yang mempunyai sentuhan dari Android sekali gus menjadikan kamera DSLR pintar Android pertama dunia.

Mempunyai keupayaan menukar lensa seperti kamera DSLR biasa, Samsung NX mempunyai 13 jenis lensa kamera.

Antaranya lensa ultra kompak serta pemfokusan versatil kepada lensa potret yang premium serta lensa makro dan dibantu oleh skrin besar bersaiz 4.8 inci.

Rakaman imej kamera tersebut dijana oleh pemproses empat teras dengan kelajuan 1.6GHz bersama 2GB RAM.

Model berkenaan turut menggunakan pemproses imej baharu, DRIMe IV, turut dilengkapi keupayaan menukar kadar 'ISO' dari 100 sehingga 25,600.

Maksimum resolusi pula adalah sehingga 20.3 mega piksel menerusi penderia imej APS-C CMOS.

Untuk ruang storan pula, anda tidak perlu risau mengenainya kerana selain mempunyai ruang storan 16GB, Galaxy NX turut menyokong kad memori microSD.

Selain itu, Galaxy NX juga turut dilengkapi bersama kemudahan sambungan WiFi bagi memudahkan tugas memuat naik gambar serta berkongsi maklumat di alam maya.

Manakala kapasiti bateri merupakan antara yang paling tinggi di dalam siri kamera DSLR apabila Samsung menggunakan bateri dengan kapasiti 4360mAh.

Seperti siri kamera NX sebelum ini, Galaxy NX turut mempunyai 14 jenis mod dan mod 'SMART' antaranya bagi memudahkan pengguna merakamkan gambar dengan pelbagai kreativiti.

Antaranya, pemilik Galaxy NX boleh merakam objek yang bergerak pantas seperti kanak-kanak sedang berlari dengan mod 'Action Freeze'.

Selain itu pengguna juga boleh merakam saat terbaik seseorang menerusi mod 'Best Face' yang mana rakaman dilakukan sebanyak lima kali dan pengguna boleh memilih gambar yang terbaik di antaranya untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved