Rabu, 23 Oktober 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Comango: Kerajaan serah resolusi kepada Sultan Pahang

Posted: 23 Oct 2013 01:52 AM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

KUANTAN 23 Okt. - Kerajaan Pahang akan menyerahkan resolusi kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi menyatakan pendirian negeri itu berhubung tuntutan melampau yang dibuat oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, resolusi yang mempunyai enam perkara itu turut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE

14 barangan harga kawalan sempena Deepavali

Posted: 22 Oct 2013 11:37 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan 14 jenis barangan diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut 2 November depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, skim kawalan harga itu dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, bermula 28 Oktober ini.

"Barangan tersebut adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang dan daging paha kambing biri-biri import bertulang.

"Barangan berikutnya ialah telur ayam gred A, B dan C, tomato, bawang merah kecil dari India, ubi kentang dari China serta kacang dhal dari Australia," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Hasan berkata, harga maksimum ditentukan bagi 14 barangan tersebut di 89 daerah di Semenanjung, 32 daerah di Sarawak, 24 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Peniaga harus memastikan barangan harga terkawal dijual tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan barangan harga terkawal," katanya.

Beliau berkata, tanda harga tersebut hendaklah jelas, mudah dibaca, menggunakan unit sukatan atau timbangan yang betul dan memaparkan harga yang tepat dan tidak mengelirukan.

Sebarang aduan berkenaan peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan skim tersebut, boleh salurkan kepada pihak kementerian di e-aduan@kpdnkk.gov.my, talian 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) di 03-80008000, di talian bebas tol 1800-886-800 atau melaporkan atau hadir ke mana-mana pejabat PDNKK di seluruh negara. - BERNAMA

Pemilihan MPP UKM berjalan lancar

Posted: 22 Oct 2013 11:35 PM PDT

Oleh ROSALINDA MD.SAID

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini setakat pukul 12 tengah hari ini.

Pemilihan kali ini menyaksikan penyertaan 55 calon yang mana 37 daripadanya bertanding kerusi fakulti manakala 18 lagi kerusi umum.

Proses penjumlahan undi dijadualkan bermula pada pukul 8 malam ini di Pusat Teknologi Maklumat, UKM. - UTUSAN ONLIEN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved