Ahad, 20 Oktober 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Menteri boleh larang guna perkataan mudaratkan keselamatan - AG

Posted: 20 Oct 2013 01:22 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Inti pati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes The Herald ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata, selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri berkenaan dalam perkara ini.

"Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah," katanya.

Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap penghakiman pada 14 Oktober yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Disember 2009.

Mahkamah Tinggi itu meluluskan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (Titular) bagi mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009, yang melarang Titular daripada menggunakan perkataan "Allah" dalam teks bahasa Melayu majalah The Herald.

Abdul Gani menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah tersebut.

Menurut beliau, dalam perenggan 30 penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membuat keputusan bahawa Al-Kitab dan majalah itu adalah dua penerbitan yang berbeza sama sekali.

"Al-Kitab adalah versi Bible dalam bahasa Melayu bagi kegunaan penganut Kristian di gereja, manakala The Herald merupakan akhbar dalam talian yang boleh diakses oleh pembaca beragama Islam dan bukan Islam," katanya.

"Hakim itu seterusnya menyatakan bahawa oleh itu, kebenaran yang diberi menteri berkenaan bagi percetakan dan penerbitan Al-Kitab, yang mengandungi perkataan Allah, tidak boleh diambil kira sama seperti yang merujuk kepada The Herald," kata Abdul Gani.

Beliau berkata, Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa perlindungan dari segi {erlembagaan yang diberi kepada seseorang dalam mengamalkan agamanya, terhad kepada amalan yang integral dan menjadi bahagian penting bagi sesuatu agama.

"Mahkamah itu memutuskan bahawa penggunaan perkataan "Allah" dalam versi bahasa Melayu The Herald bagi merujuk kepada "Tuhan", bukan merupakan bahagian integral atau bahagian penting dalam agama Kristian dan oleh itu, tidak mewajarkannya diberi jaminan di sisi perlembagaan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau. - BERNAMA

Bapa mentua Ketua Menteri Melaka meninggal dunia

Posted: 19 Oct 2013 09:27 PM PDT

MELAKA 20 Okt. - Bapa mentua Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron iaitu Md. Zin Md. Yunos, 75, meninggal dunia di Klebang Kechil di sini hari ini.

Bapa kepada Datin Seri Fadilah Md. Zin meninggal dunia akibat sakit tua dan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 pagi. - UTUSAN

PDRM semakin dipercayai

Posted: 19 Oct 2013 12:47 PM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

BAGAN DATOH 19 Okt. - Tahap kebolehpercayaan masyarakat umum terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat sebanyak 50 peratus hasil Op Cantas Khas yang dilaksanakan kerajaan bagi mengesan anggota kongsi gelap atau gangsterisme bermula 17 Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini kebolehpercayaan masyarakat umum terhadap PDRM berada pada tahap 82 peratus berbanding hanya 32 peratus sebelum operasi itu dijalankan.

Selain Op Cantas Khas, katanya, kejayaan tersebut juga hasil pengenalan pasukan Op Cantas Wanita baru-baru ini.

"Ini bererti PDRM akan menjalankan tindakan secara berpanjangan dan berterusan bagi mencapai tahap kebolehpercayaan masyarakat lebih tinggi dan saya mahu tahap 100 peratus dapat dicapai pada akhir tahun ini," katanya yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh.

Ahmad Zahid yang juga calon Naib Presiden UMNO berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Wisma UMNO di Simpang Empat, di sini hari ini.

Seramai 475 perwakilan daripada 65 cawangan membuat pemilihan jawatan bahagian dan pusat termasuk memilih Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak pernah menggunakan Op Cantas Khas yang dilaksanakan kerajaan untuk mengesan anggota kongsi gelap atau gangsterisme ketika ini sebagai publisiti murahan kepadanya yang bertanding sebagai calon Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu hari ini.

Sebaliknya, kata beliau, langkah itu merupakan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjadikan negara ini lebih selamat pada masa depan, selain mengurangkan jenayah.

"Operasi ini dan yang lain juga tidak akan dihentikan sebaik sahaja tamat pemilihan UMNO, sebaliknya diteruskan dengan memperluaskan skop kepada sindiket perjudian dan pengedaran dadah, bermula tahun depan.

"Semua yang saya nyatakan tadi tidak akan terhenti pada hari ini kerana kononnya semua operasi yang dilakukan adalah untuk memberi publisiti murahan kepada saya yang bertanding sebagai Naib Presiden UMNO.

"Saya beri jaminan pada masyarakat, PDRM akan terus melakukan operasi biarpun namanya ditambah atau ditukar kepada yang lain," katanya.

Menjelas lebih lanjut, Ahmad Zahid berkata, operasi khas terbaharu itu nanti bukan hanya akan menumpukan aktiviti jenayah seperti dilakukan ketika ini tetapi lebih kepada membanteras aktiviti perjudian melalui media siber, selain mengesan individu yang selama ini berselindung daripada perniagaan berlesen.

Kata beliau, kegiatan sedemikian tidak akan terlepas daripada pemerhatian dan tindakan PDRM kerana memberi impak negatif terhadap masyarakat.

"Untuk aktiviti pengedaran dadah, PDRM akan menumpukan kepada beberapa operasi lain termasuk Skuad Delta yang ditubuhkan oleh Bukit Aman yang tindakan mereka diselaraskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

"Selain itu, polis akan bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) dan negara jiran bagi menyekat jenayah berkenaan daripada terus berleluasa," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata, pada masa sama, PDRM juga meneruskan operasi membanteras aktiviti kemaksiatan melibatkan premis hiburan terutama yang melebihi tempoh masa dihadkan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved