Ahad, 1 September 2013

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Lelaki Rohingya ditemui mati ditetak

Posted: 31 Aug 2013 11:00 AM PDT

SEREMBAN 31 Ogos - Seorang lelaki warga asing ditemui mati dalam keadaan bogel dengan beberapa kesan tetak di tubuh, di sebuah ladang ternakan di Jalan Bukit Putus Lama, di sini semalam.

Mayat lelaki Rohingya yang dikenali dengan Yunus Islam, 49, itu dikatakan baru 20 hari bekerja di ladang berkenaan ditemui jirannya yang bekerja di ladang lebah bersebelahan kawasan itu kira-kira pukul 5.20 petang.

Jurucakap polis berkata, jiran mangsa yang berusia lingkungan 30-an tidak melihat kelibatnya bekerja sebelum terhidu bau busuk di kawasan itu dan mula mencari punca bau berkenaan.

"Jiran itu melihat mangsa memotong rumput dan menjaga haiwan ternakan di ladang berkenaan pada Khamis dan menyedari mangsa tidak kelihatan sejak semalam.

"Dia kemudian terhidu bau busuk dan masuk ke kawasan ladang ternakan sebelum menemui mayat berkenaan dan segera menghubungi polis," katanya hari ini.

Jurucakap berkenaan memberitahu, pemeriksaan awal polis menemui kesan tetak pada perut dan paha menggunakan senjata tajam.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved