Selasa, 10 September 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Khidmat rel: RM160 bilion dilabur menjelang 2020 - PM

Posted: 10 Sep 2013 01:15 AM PDT

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan dijangka melabur sebanyak RM160 bilion lagi menjelang 2020 bagi meningkatkan perkhidmatan rel di negara ini.

Katanya, sejak 1990 kerajaan sudah membelanjakan lebih RM50 bilion untuk menyediakan perkhidmatan tersebut bagi kemudahan rakyat negara ini. - UTUSAN ONLINE

PM doakan jemaah haji Malaysia selamat di Tanah Suci

Posted: 10 Sep 2013 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan agar jemaah haji Malaysia sentiasa selamat sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Perdana Menteri turut menyeru agar jemaah haji Malaysia sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi serta menjaga nama baik negara.

"Saya doakan agar jemaah haji Malaysia sentiasa selamat di Tanah Suci.

Patuhi peraturan di sana dan jagalah nama baik negara," katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Sebanyak 22,320 jemaah haji dari Malaysia akan tiba secara berperingkat untuk mengerjakan ibadah haji musim ini dan jumlah itu berkurangan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi kepada seluruh negara di dunia.

Rombongan pertama 450 jemaah haji dari Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed Abdul Aziz, Madinah pada Sabtu. - BERNAMA

Sistem francais mampu lonjak KDNK negara

Posted: 10 Sep 2013 01:01 AM PDT

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Sektor francais mampu melonjakkan ekonomi negara seterusnya menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek.

Menurut beliau, untuk tahun ini, kementerian menyasarkan sektor francais menyumbang sebanyak RM23.6 bilion untuk KDNK negara.

"Sehingga bulan ini, sebanyak 676 perniagaan francais telah mendaftarkan pernigaan mereka, yang mana 480 daripadanya adalah syarikat francais tempatan.

"Dan apa yang lebih menarik ialah 49 syarikat francais tempatan telahpun berjaya meneroka perniagaan di 51 buah negara dengan jumlah outlet sebanyak 1,494 buah. Jadi kita kini tidak hanya menumpukan perniagaan francais tempatan sahaja malah kita menggalakkan mereka menceburi pasaran global," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Jelajah Francais 1Malaysia 2013 Siri 2 Peringkat Zon-Zon Negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu (Perdasama), Datuk Sohaimi Shahdan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved