Jumaat, 2 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Guru wajib baca buku infomatif

Posted:

Guru wajib baca buku infomatif

Guru wajib baca buku infomatif

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com


Yahya Zainal Abidin (duduk, lima dari kanan) bersama warga SK LKTP Jengka 25 selepas Program Profesionalisme Bersama Pengarah Pelajaran Pahang di Kuala Krau, baru-baru ini.


KUALA KRAU 2 Dis. - Jabatan Pelajaran Pahang mewajibkan pengetua, guru besar dan guru-guru di negeri ini membaca minimum enam buah buku dalam tempoh enam bulan mulai semalam.

Pengarahnya, Yahya Zainal Abidin berkata, mereka perlu banyak membaca bagi menambah pengetahuan dan maklumat untuk disampaikan kepada pelajar.

Menurutnya, sebagai contoh, buku bertajuk Haluan Kerja Pendidikan yang ditulis oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud memberi panduan kepada pendidik dalam menyatakan tentang motivasi, pendidikan dan pengurusan.

Katanya, buat permulaan mereka hanya perlu membaca sebuah buku sebulan tetapi apabila sudah menjadi kebiasaan, ia akan bertambah dari semasa ke semasa.

"Budaya membaca merupakan kunci kepada kemajuan dan kejayaan sesebuah negara kerana minda rakyatnya sentiasa berfikir secara kreatif dan inovatif," katanya ketika melancarkan Program Profesionalisme Warga Pendidikan Daerah Jerantut di Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Jengka 25 dekat sini baru-baru ini.

Beliau berkata, program yang dianjurkan itu adalah inisiatif jabatan untuk mendekati warga pendidik, pemimpin sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat.

"Gerak kerja bersepadu empat tonggak iaitu guru, pemimpin sekolah, PIBG dan komuniti dapat merangsang kecemerlangan pendidikan serta pencapaian program transformasi kerajaan dalam sektor pendidikan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

125 warga emas terima cermin mata

Posted:

125 warga emas terima cermin mata

125 warga emas terima cermin mata


MOHD. Hazmi Yusof (bersongkok) bersama Shahruddin Shamsuddin (kiri) melihat seorang warga emas mencuba cermin mata di Masjid Beserah, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 2 Dis. - Seramai 125 warga emas menerima bantuan cermin mata daripada Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (Mayang) Parlimen Indera Mahkota pada satu majlis yang diadakan di sini baru-baru ini.

Penyerahan bantuan itu disampaikan oleh Pengerusinya, Datuk Mohd. Hazmi Yusof dan turut dihadiri Timbalannya, Datuk Shahruddin Shamsuddin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Suhaimi Sulong.

Menurut Mohd. Hazmi, seramai 736 warga emas yang majoritinya berusia 60 tahun ke atas dari kawasan Parlimen itu mendapat bantuan berkenaan secara berperingkat-peringkat.

Katanya, sumbangan itu merupakan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat golongan itu turut diberi perhatian supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka dengan lebih berkesan.

"Bantuan diberikan semua kaum tanpa mengira fahaman politik dan untuk membantu golongan ini kita melantik sebuah kedai cermin mata yang mana warga emas terbabit akan membuat pemeriksaan mata sebelum menerima cermin mata tersebut," katanya selepas menyampaikan bantuan itu di sini.

Jelasnya, selain cermin mata, 70 rumah yang usang dan rosak di Parlimen itu turut dibaiki dan digantikan atap, dinding baru dan lain-lain.

Dalam pada itu seorang nelayan, Abdul Abu, 77, dari Kampung Pantai Beserah di sini terharu kerana selama ini impiannya untuk menerima sepasang cermin mata baru akhirnya tercapai.

Dia yang mengalami masalah rabun dekat sejak awal tahun ini memberitahu, hasrat untuk memiliki cermin mata tidak kesampaian kerana tidak mampu berikutan hasil pendapatan sebagai nelayan tidak menentu.

"Pendapatan tidak menentu iaitu RM20 sehari, kadang-kadang tak dapat banyak. Jadi memang saya tidak mampu untuk membeli cermin mata sendiri," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

JPAM Pahang gerakkan 16,000 sukarelawan

Posted:

JPAM Pahang gerakkan 16,000 sukarelawan

JPAM Pahang gerakkan 16,000 sukarelawan


Che Othman Hussin (dua dari kanan) menyerahkan peralatan menyelamat mangsa banjir kepada wakil JPAM setiap daerah di Pahang di JPAM cawangan Temerloh, baru-baru ini


TEMERLOH 2 Dis. - Lebih 16,000 sukarelawan terlatih Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pahang akan digerakkan sekiranya banjir buruk berlaku pada musim tengkujuh di negeri ini.

Pengarahnya, Kolonel (Perkhidmatan Awam) Che Othman Hussin berkata, di peringkat awal lebih 1,000 anggota dan pegawai tetap akan digerakkan pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa.

"Tiga daerah akan diberi tumpuan utama iaitu Pekan, Kuantan dan Temerloh. Bagaimanapun bantuan segera akan diberikan kepada daerah-daerah lain yang dilanda banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat persediaan menghadapi banjir JPAM Pahang dan penyerahan pengangkutan air di pejabat JPAM cawangan Temerloh di sini, semalam.

Che Othman berkata, JPAM Pahang akan membuka pusat kawalan operasi di daerah yang teruk terjejas akibat bencana alam itu.

Sehubungan itu beliau menggesa orang ramai yang tinggal di kawasan mudah dinaiki air supaya bersiap sedia bagi memudahkan kerja-kerja pemindahan dilakukan sekiranya banjir melanda.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved