Jumaat, 2 Disember 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Chef Yan dikagumi peminat

Posted:

Chef Yan dikagumi peminat

Chef Yan dikagumi peminat

rekreasi@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI

MINAT memasak yang ada pada diri anak kelahiran Guangzhou, China, itu sebenarnya telah dipupuk oleh ayah dan ibunya sejak beliau kecil lagi.

"Bapa saya bekerja sebagai pengurus restoran dan ibu pula menjalankan perniagaan kedai runcit. Sejak kecil, jika ada masa lapang, saya akan belajar memasak dengan bapa dan ibu saya.

"Ketika berusia 13 tahun, secara tidak langsung kerjaya saya sebagai chef bermula. Ketika itu, saya berpindah ke Hong Kong untuk menyambung pengajian di Kolej Munsang yang terletak dalam bandar Kowloon.

"Sepanjang tempoh pengajian, saya melakukan kerja sampingan dan bekerja di sebuah restoran masakan Cina milik bapa saudara saya.

"Selepas tamat pengajian saya berhijrah ke Kanada dan Amerika Syarikat sekitar tahun 1975," ujarnya ketika ditemui dalam pameran Fabulous Food 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.

Ditaja oleh pengeluar sos dan bahan perasa, Lee Kum Kee, kempen Show Your Love Through Taste yang dibawa Chef Yan nyata menarik perhatian ramai pengunjung ketika beliau melakukan demonstrasi masakan ayam sizzling flambe, roll daging lembu dan ayam serta stik ayam serai.

Menurut Chef Yan, kerjaya beliau sebagai chef selebriti bermula di Kanada ketika muncul dalam siri rancangan temu bual Calgary pada tahun 1978 diikuti dengan siri masakan Yan Can Cook yang telah disiarkan lebih 50 buah negara sejak tahun 1982.

Bakat masakan Asianya nyata berbeza kerana kaedah yang ditunjukkan itu amat mudah untuk dipelajari.

Tidak hairanlah mengapa beliau mempunyai pengikut setia yang sentiasa menantikan kemunculannya dalam program travel log masakan yang menampilkan tempat-tempat tumpuan masakan seluruh Asia.

Walaupun bidang kepakaran beliau merupakan hidangan masakan Cina moden, namun beliau sendiri mengutamakan aspek gaya masakan tradisional pada setiap masakannya.

"Walau betapa moden sesuatu masakan tersebut, gaya tradisional perlu dipelihara agar resipi masakan tersebut masih terasa segar seolah-olah masakan air tangan ibu," katanya.

Sama ada di televisyen atau secara peribadi, Chef Yan ternyata mudah bergaul dengan peminat bersama gelagat humornya yang pasti memikat hati.

Selain mendedahkan keunikan khazanah masakan Cina dan Hong Kong, Chef Yan turut memaparkan pelbagai tip-tip yang boleh digunakan ketika berada di dapur. Antaranya seperti, cara-cara mudah untuk memotong daging, sayur dan pemilihan rempah ratus yang bermutu tinggi.

"Saya teruja dengan peluang yang diberikan untuk bertemu peminat di Malaysia kerana saya rasa begitu dihargai," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Isteri mualaf diabai suami selepas tinggalkan keluarga

Posted:

Isteri mualaf diabai suami selepas tinggalkan keluarga

Isteri mualaf diabai suami selepas tinggalkan keluarga

PENGORBANAN seorang isteri amat besar ertinya dalam kehidupan berumah tangga, apatah lagi apabila si isteri sanggup meninggalkan keluarga dan agama untuk suami tersayang.

Harapan untuk hidup bersama suami sehingga ke akhir hayat tinggi menggunung lantaran tidak ada lagi tempat bergantung kerana kaum keluarga sudah dibuang.

Tetapi takdir mengatasi segala. Hukum alam tidak boleh dielak kerana kita hanya merancang, Dia juga yang menentukannya. Panas yang diharap sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Suami yang diharap menjadi tempat bergantung rupa-rupanya berubah haluan apabila ada orang ketiga. Kasih sayang berbelah-bahagi dan segala janji manis yang ditabur dulu hanya palsu belaka.

Begitulah luahan perasaan Siti Aishah (bukan nama sebenar) seorang mualaf yang bernikah dengan suaminya Mazlan (juga bukan nama sebenar) tetapi ditinggalkan suami kerana jatuh hati dengan wanita lain baru.

Begini kisah Siti Aishah:

"Saya seorang mualaf dengan nama asal Mary Lim dan telah enam tahun bernikah dengan Mazlan setelah sama-sama menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di ibu kota.

"Hubungan intim yang terjalin antara kami menyebabkan saya memeluk Islam dan menggunakan nama Siti Aishah untuk bernikah dengan Mazlan. Kami dikurniakan dua orang anak, berusia empat dan dua tahun.

"Keputusan saya menukar agama mengejutkan keluarga. Saya diberi kata dua sama ada memilih Mazlan atau keluarga. Demi cinta saya nekad memilih Mazlan dan meninggalkan keluarga.

"Sejak bernikah, Mazlan sahajalah tempat saya mengadu dan menumpang kasih. Biarpun menjadi saudara baru, saya tidak mensia-siakan pengorbanan menukar agama.

"Saya belajar mengaji dan mendalami Islam menerusi PERKIM serta belajar tambahan di surau tempat tinggal kami.

"Layanan saya terhadap Mazlan dan rumah tangga kami telah saya sempurnakan sebaik mungkin kerana dia sahaja tempat saya bergantung hidup.

"Penat lelah pulang kerja tidak menghalang saya memasak dan mengemas rumah asalkan Mazlan gembira dan bahagia.

"Sayangnya Mazlan tidak menghargai pengorbanan saya. Tanggungjawab yang diterimanya ketika menikahi saya tidak ditunaikannya.

"Mazlan lupa pada asal usul saya dan amanah untuk membimbing saya ke jalan yang diredai Allah. Sebaliknya dia telah menduakan kasih sayangnya terhadap saya.

"Dia sudah ada kekasih gelap. Hari demi hari, saya sedar Mazlan semakin dingin terhadap saya. Dia cuba mencari kesilapan dan kelemahan dirinya tetapi tidak ditemui.

"Apabila bersemuka, alasan yang diberi oleh Mazlan ialah dia teringin beristerikan orang Melayu yang sebangsa dengannya pada hal ketika kami bercinta dulu dia tidak mementingkan itu semua.

"Sebagai saudara baru saya sedar apa saya lalui sekarang adalah dugaan daripada Allah, saya reda menghadapinya.

"Dia pernah berkata, jika saya tidak tahan, dia suruh saya pulang ke rumah orang tua saya pada hal dia tahu saya sudah dibuang keluarga setelah bernikah dengannya dulu.

"Dia juga selalu mengugut saya yang lelaki Islam dibenarkan kahwin sampai empat. Setiap kali saya bertanya kenapa dia berubah, itulah jawapannya.

"Saya tidak kecil hati dan berkata, apa dia nak buat saya tidak akan marah dan akan menerima dengan tenang hati. Saya nekad akan taat terhadap dia sampai bila-bila dan saya berdoa agar dia akan sedar dan menerima saya semula.

"Masalah saya sekarang adalah anak-anak yang dua orang itu. Mereka masih kecil untuk memahami keadaan rumah tangga kami.

"Tapi saya seboleh-bolehnya mengelak daripada anak-anak tahu apa yang sedang berlaku dalam rumah tangga kami. Tapi sampai bila saya harus berbohong dengan mereka yang ayah mereka telah berubah.

"Saya lalu membuat aduan di pejabat agama tentang sikap suami. Biasalah jawapan yang saya terima supaya saya bersabar dan selalu berdoa.

"Memang saya selalu berdoa dan minta perlindungan daripada Allah untuk memberi saya kesabaran dan ketabahan.

"Saya pasti suatu hari suami akan sedar dan menerima saya kembali. Dia mempunyai tanggungjawab besar untuk membimbing saya ke jalan Allah, bukan membiarkan saya terkapai-kapai seperti ini.

"Alhamdulillah keluarga mentua amat faham dengan masalah saya dan berjanji akan menjaga dan membimbing saya.

"Jauh di sudut hati memang saya amat berharap suami akan sedar dan kembali ke pangkal jalan. Saya tahu Mazlan terpengaruh dengan keadaan sekeliling, termasuk kawan-kawan.

"Setiap kali sembahyang saya selalu berdoa semoga Mazlan akan insaf dan sedar tanggungjawabnya dan kembali membimbing saya untuk menjadi muslimah sejati.

"Jika ditakdirkan Mazlan ingin bernikah lagi, saya tidak akan menghalang kerana agama Islam tidak menghalangnya asalkan suaminya mahu berlaku adil dan bertanggungjawab.

"Segala yang berlaku bagi saya adalah ujian untuk saya. Saya akan menerimanya dengan tabah dan penuh insaf. Tentu ada hikmah di sebalik segala-galanya.

"Ia juga tidak akan mengubah hati saya kepadanya. Kasih sayang saya terhadap Mazlan semakin menebal. Saya rasa aman dan tenang dalam Islam dan hasrat saya satu, ingin menjadi isteri yang solehah hingga ke akhir hayat," itulah ucapan terakhir Siti Aishah sebelum menutup ceritanya.

Begitu mulia hati Siti Aishah biarpun diperlakukan seperti itu oleh suami. Kecekalan hati Siti Aishah perlu dicontohi dan dijadikan teladan.

Bukan mudah menjadi isteri, tambahan pula baru mendalami Islam dan belajar untuk mendekatkan diri dengan Allah. Segala-galanya baru bagi Siti Aishah tetapi dengan ketabahan Insya-Allah segala-galanya akan menjadi mudah.

Teruskan berdoa dan bersabar. Suatu hari pasti pintu hari Mazlan akan terbuka dan kembali menjadi pembimbing dan ketua keluarga yang sempurna kepada Siti Aishah dan anak-anaknya.

Mengakhiri catatan, pesanan ikhlas saya, teguhkan hati dengan iman dan selalu berdoa bahawa tiada yang mustahil berlaku dalam hidup kita kiranya itulah yang Allah tentukan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved