Jumaat, 2 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Suspek culik ada 13 kes jenayah

Posted:

Suspek culik ada 13 kes jenayah

Suspek culik ada 13 kes jenayah

Oleh AHMAD FADZLY ESApengarang@utusan.com.my


Mohd. Adnan Abdullah menunjukkan barang bukti dirampas daripada penjenayah terlibat 13 kes samun dan curi kereta pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 2 Dis. - Lima suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes melarikan seorang kanak- kanak lelaki berusia lima tahun bersama sebuah kereta BMW di Desa Jaya, Kepong pada 28 November lalu turut terlibat dalam 13 kes jenayah lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kesemua 13 kes tersebut melibatkan curi kereta, pecah rumah dan samun.

Beliau berkata, lapan daripada kes tersebut dilaporkan di Ipoh, Perak; dua kes lagi di Manjung, Perak serta masing-masing satu kes di Gombak, Ampang dan Kepong, Selangor.

"Kesemua suspek termasuk seorang wanita yang berusia antara 20 tahun hingga 34 tahun kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang daripada jagaan sah dan Seksyen 379A kanun yang sama iaitu mencuri.

"Dengan penahanan kesemua suspek, polis percaya telah menyelesaikan kesemua 13 kes tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian sijil penghargaan kepada enam pegawai dan anggota polis yang berjaya menyelesaikan kes tersebut oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini.

Pada petang 28 November lalu, polis menahan empat daripada lima suspek di sebuah hotel di Sri Damansara selepas disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki bersama sebuah kereta BMW di Desa Jaya, Kepong pada pukul 9.30 pagi hari yang sama.

Kanak-kanak yang dilarikan bagaimanapun berjaya ditemui semula selepas ditinggalkan di tepi jalan di Bandar Baru Sri Damansara, Petaling Jaya.

Kereta BMW yang dilarikan pula gagal ditemui. Sehari selepas itu, seorang lagi suspek berjaya diberkas di Cheras, Kuala Lumpur.

Menurut Mohd. Adnan, pihaknya sedang memburu saki baki kumpulan tersebut yang dipercayai masih bebas.

Full content generated by Get Full RSS.

Mara anjur Karnival Kembali Ke Sekolah mulai Isnin ini

Posted:

Mara anjur Karnival Kembali Ke Sekolah mulai Isnin ini

Mara anjur Karnival Kembali Ke Sekolah mulai Isnin ini

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menganjurkan Karnival Kembali Ke Sekolah di Medan Mara, Jalan Raja Laut di sini pada 5 hingga 18 Disember ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara, Mohd. Rosdi Ismail berkata, objektif utama penganjuran karnival itu adalah untuk memperkenalkan usahawan bumiputera yang terlibat dalam industri pendidikan dan peralatan sekolah.

"Seramai 64 usahawan bumiputera dari seluruh negara akan menyertai karnival ini. Mereka akan menjual dan mempromosikan barangan mereka," katanya di Ibu pejabat Mara di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelbagai acara menarik juga sudah diatur bagi menarik minat pengunjung untuk ke karnival itu, antaranya pertandingan mewarna, cabaran susun atur, cabutan bertuah, mencari harta karun, kuiz serta motivasi kecemerlangan pelajar.

Sempena karnival tersebut, syarikat bumiputera, Apple Bytes Sdn. Bhd. juga mengambil peluang untuk memperkenalkan ais krim jenama Supertots sebagai produk terbaru keluaran syarikat mereka.

Pengarah Urusannya, Irwan Ibrahim berkata, produk itu bersama beberapa barangan Supertots lain direka khusus sempena filem animasi kanak-kanak yang dihasil kerjanya dilaksanakan oleh bumiputera sepenuhnya.

Katanya, usahawan yang berminat untuk menjadi penjual barangan Supertots, boleh mengunjungi gerai mereka di karnival itu bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.

Festival Sains di Pusat Sains Negara bermula hari ini

Posted:

Festival Sains di Pusat Sains Negara bermula hari ini

Festival Sains di Pusat Sains Negara bermula hari ini

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Pusat Sains Negara (PSN) akan menganjurkan Festival Sains sempena ulang tahunnya yang ke-25 bermula esok hingga 11 Disember ini dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang penganjuran festival itu yang terbuka kepada orang ramai, pelajar sekolah dan penuntut universiti.

Antara program yang akan diadakan ialah aktiviti di makmal, aktiviti rekreasi dan bengkel sains serta ceramah mengenai kerjaya dalam bidang sains, forum, persembahan, pertandingan dan pameran sains, pameran dan jualan buku.

Pameran yang diadakan ialah Pameran Bertema Encyclopaedia of the Actroid, Age of the Giants, Pameran Interaktif Agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan swasta, Bas Mobile Agensi MOSTI dan Karnival Astro .

Bengkel pula termasuklah Makmal DNA, I'm A Technopreneur, 3R's: Radioaktivity, Radiation and Risk, Kriminalistik, Food Chemistry in Fun, Robotik di dalam makmal, Kuiz CSI dan 1Malaysia, 1Youth, 1Robot.

Aktiviti makmal pula melibatkan Eksperimen Sains, Saintis Tunas, Keajaiban Sains, Bioteknologi serta Flora dan Fauna.

Turut terlibat dalam aktiviti sepanjang festival ialah Institut Genome Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia serta agensi di bawah MOSTI.

Bagi memeriahkan festival, acara futsal turut diadakan.

Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung yang hadir kecuali untuk pameran bertema dan program berbayar.

Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai festival ini bolehlah melayari laman web PSN di www.psn.gov.my atau menghubungi talian 03-2089 3400.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved