Isnin, 24 Oktober 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dadah bernilai RM550,000 dirampas

Posted:

Dadah bernilai RM550,000 dirampas

Dadah bernilai RM550,000 dirampas

Oleh ANI AWANG utusanperak@utusan.com.my


NOOR Rashid Ibrahim (dua, kanan) menunjukkan sebahagian dadah jenis heroin yang dirampas pada sidang akhbar di Ipoh, Perak semalam. – UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR


IPOH 24 Okt. – Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di negeri ini setelah menahan lapan lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM550,000 dalam empat serbuan termasuk di dua buah makmal memproses bahan itu di sini, Sabtu lalu.

Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Perak itu, polis merampas lapan kilogram heroin, 1.219 kilogram syabu, 30 liter cecair syabu, 108 gram ketamin dan 21 gram pil psikotropik.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis turut merampas pelbagai barangan bernilai RM371,000 termasuk tiga buah kereta, sebuah lori, tiga motosikal, wang tunai RM32,131, barang kemas dan sembilan telefon bimbit pelbagai jenama.

Menurut beliau, kejayaan itu bermula hasil serbuan pertama di sebuah rumah di Jelapang Tambahan, di sini pada 22 Oktober lalu pukul 5 petang.

"Polis menahan seorang lelaki di dalam rumah itu dan hasil pemeriksaan menjumpai empat peket plastik berisi ketulan kristal berwarna putih disyaki syabu seberat 207 gram.

"Kita juga merampas bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah seperti iodin, asid hidroklorik, aceton, red fosforus, dimethyl sulphoxido dan caustic soda serta peralatan memproses dadah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, dadah berkenaan diseludup masuk ke negara ini sebelum diproses di sekitar daerah Kinta, Batu Gajah dan Kampar sejak enam bulan lalu.

Noor Rashid berkata, susulan serbuan pertama, polis menahan empat lelaki masing-masing seorang di Taman Silibin Mewah dan tiga lagi di kawasan kebun pisang berhampiran Taman Suria, Tanjung Rambutan di sini.

Hasil pemeriksaan, polis menemui dua tong aluminium mengandungi cecair aceton, 24 tong plastik cecair aceton, empat periuk berisi syabu cecair, empat setengah plastik bertulis caustic soda dan peralatan dapur memproses dadah.

Tambahnya, polis kemudian membuat serbuan di Kondominium Taman Meru Impiana, di sini dan berjaya menahan tiga lagi suspek dengan salah seorang daripadanya patah tangan kiri selain cedera di pinggang dan kaki setelah cuba melarikan diri dengan terjun dari bangunan itu.

"Hasil pemeriksaan polis menemui serbuk disyaki heroin seberat lapan kilogram, syabu (1.012 kilogram), ketamin (108 gram) dan pil psikotropik seberat 21 gram," ujarnya.

Menurutnya, semakan rekod mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lalu di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kata beliau, kesemua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 29 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 kerana mengedar dadah yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita Thailand ditahan seludup masuk ganja

Posted:

Wanita Thailand ditahan seludup masuk ganja

Wanita Thailand ditahan seludup masuk ganja


SAIDI Ismail (dua, kiri) menunjukkan ketulan mampat daun kering disyaki ganja yang dirampas dari seorang wanita Thailand yang cuba menyeludupnya dengan menaiki bas ekspres di Alor Setar, Kedah, semalam.


ALOR SETAR 24 Okt. - Seorang wanita warga Thailand dipercayai keldai dadah yang cuba menyeludup masuk ganja dengan menaiki sebuah bas ekspres dicekup oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhampiran Plaza Tol Jitra dekat sini pada Khamis lalu.

Suspek berusia 28 tahun yang merupakan suri rumah itu ditahan pada pukul 9.10 malam oleh sepasukan pegawai JKDM yang diketuai oleh Donian Othman, hasil maklumat awam.

Ganja tersebut ditemui disorok dalam sebuah beg pakaian dalam ruang bagasi bas yang dalam perjalanan dari Changlun menuju ke Johor Bharu.

Timbalan Pengarah JKDM negeri, Saidi Ismail memberitahu, hasil pemeriksaan pihaknya menemui 20 ketul mampat daun kering ganja seberat 18.6 kilogram yang dianggarkan bernilai RM44,700.

Katanya, dadah itu dipercayai untuk pasaran di ibu negara kerana destinasi wanita terbabit adalah Kuala Lumpur.

"Pihak kami menahan bas ekspres itu dan meminta kesemua 12 penumpangnya turun. Setelah suspek membuka begnya yang berkunci, kami menemui ketulan mampat ganja dan tiga helai baju," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, wanita yang mempunyai dua anak itu dipercayai menaiki teksi dari Changlun ke Bukit Kayu Hitam setelah membuat pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sebelum menaiki bas untuk ke ibu negara.

Menurut Saidi, suspek dipercayai sering keluar masuk membawa dadah itu melalui negara ini, disebabkan kebiasaan itu, suspek tidak cuba melarikan diri ketika diperiksa.

Tambahnya, suspek kini direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved