Isnin, 24 Oktober 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Anggota tentera hidu habuk

Posted:

Anggota tentera hidu habuk

Anggota tentera hidu habuk

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


KANAK-KANAK ini bukan sahaja terpaksa menyedut asap dan habuk dalam perjalanan mereka pergi dan pulang sekolah setiap hari tetapi juga berdepan risiko kemalangan dengan lori yang menggunakan Jalan Ampang Kiri, berhampiran Kompleks Perumahan Angkatan Tentera Malaysia, Desa Pasifik, Kuala Lumpur. – UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN


KUALA LUMPUR 24 Okt. – Saban hari habuk dan asap menjadi hidangan buat kira-kira 2,000 penduduk Kompleks Perumahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Desa Pasifik di sini.

Bukan ancaman kesihatan sahaja yang mereka terpaksa hadapi. Mereka juga, terutamanya anakanak yang kebanyakannya berjalan kaki ke sekolah, umpama menyabung nyawa akibat Jalan Ampang Kiri di kawasan tempat tinggal mereka menjadi 'lebuh raya' bagi lori-lori simen, lori pembancuh simen dan lori mengangkut batu dan pasir.

Derita yang terpaksa ditanggung mereka bukannya baru dialami, malah sudah berlarutan sejak setahun yang lalu, semua ini gara-gara laluan asal yang digunakan lori-lori itu untuk ke tapak membancuh simen yang terletak berhampiran sebelum ini telah ditutup.

Setelah laluan asal ditutup, lori-lori berkenaan mengunakan Jalan Ampang Kiri sehingga mengorbankan keselesaan yang dinikmati penduduk sebelum itu.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati kelibat lori-lori yang melalui jalan berkenaan tidak putus-putus.

Dalam masa lima minit pasti akan ada sekurang-kurangnya sebuah lori berkenaan melalui jalan itu.

Kelihatan juga kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan (1) dan (2) Kuala Ampang yang pergi dan pulang dari sekolah melalui jalan ini terpaksa bersaing dengan lori-lori terbabit.

Kanak-kanak ini juga dilihat terpaksa mengelak daripada lori-lori berkenaan, namun mengelak daripada menelan dan menghidu habuk mustahil dilakukan.

Masalah tersebut tidak terhenti di situ sahaja. Penduduk mendakwa pada waktu malam pula mereka terganggu pula oleh bunyi bising daripada kerja-kerja memecah batu di tapak membancuh simen yang terletak berhampiran.

Kata mereka, bunyi bising itu berlarutan sehingga ke tengah malam dan ada kalanya sehingga ke awal pagi dan ia berlaku setiap hari dan situasi itu mampu meninggalkan kesan jangka panjang kepada penduduk terutamanya yang mempunyai anak kecil.

Full content generated by Get Full RSS.

Minta lori kembali gunakan laluan asal

Posted:

Minta lori kembali gunakan laluan asal

Minta lori kembali gunakan laluan asal


JALAN Ampang Kiri berdebu teruk sejak ia digunakan oleh kenderaan berat terutama lori pembancuh simen yang menggunakan laluan itu setiap hari.


KUALA LUMPUR 24 Okt. - Penduduk yang tinggal di Kompleks Perumahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Desa Pasifik di sini meminta pihak berkenaan mengarahkan lori-lori simen terbabit kembali mengunakan laluan asal yang dilalui sebelum ini.

Dakwa penduduk, dengan kembali mengunakan laluan asal itu akan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di sini, yang sudah tidak tahan menanggung kesengsaraan menelan habuk dan ancaman keselamatan setiap hari.

Dalam masa yang sama mereka turut meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turun padang dan berusaha menyelesaikan masalah penduduk di situ.

Seorang penduduk, Zulhusni Harun, 37, berkata, sejak lori tersebut melalui jalan berhampiran kediaman itu, penduduk merasa sangat tertekan dan hidup dalam keadaan menderita.

Dia meminta pihak-pihak yang bertanggungjawab segera mengarahkan lori-lori terbabit kembali mengunakan laluan asal.

"Sampai bila kami harus makan habuk dan terpaksa berdepan dengan risiko kemalangan dengan lori-lori besar ini.

"Disebabkan masalah pencemaran habuk ini juga, berlakunya peningkatan kes-kes asma dan batuk oleh anak-anak yang menetap di kawasan ini," dakwanya.

Abd. Mutalib Rohani, 43, pula berkata, aduan sudah sering kali dibuat, namun tidak pernah ada sebarang tindakan yang diambil.

Sehubungan itu, dia merayu agar pihak berkuasa tempatan datang melawat dan menyelami masalah penduduk bagi mencari jalan penyelesaian.

"Jangan biar sampai ada kemalangan yang melibatkan nyawa berlaku baru akan ada tindakan yang diambil," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Rumah sama, sewa berbeza

Posted:

Rumah sama, sewa berbeza

Rumah sama, sewa berbeza

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang menggesa kerajaan negeri Selangor segera menyelaraskan kadar sewa yang dikenakan kepada penduduk di situ.

Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 2 PPR berkenaan, Tuan Mat Tuan Hassan berkata, masalah timbul apabila wujud dua kadar berbeza sedangkan rumah yang dihuni adalah sama.

Katanya, pada tahun 2008, kadar sewa yang dikenakan kepada penduduk telah dinaikkan daripada RM124 kepada RM250 sebulan.

"Mereka naikkan sewa, namun membenarkan penduduk untuk membuat rayuan bagi mengekalkan sewa lama.

"Jadi sekarang wujud dua kadar sewa berbeza. Saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan dengan menyelaraskan sewa kepada kadar lama," katanya ketika ditemui pemberita di PPR berkenaan, di sini semalam.

Tuan Mat berkata, kerajaan negeri juga tidak mengotakan janji mereka untuk memberikan bekalan 20 mililiter padu air percuma seperti dijanjikan pada pilihan raya umum lalu.

"Setelah tiga tahun kami masih tidak mendapat bekalan air percuma itu. Semenjak parti pembangkang memerintah, penyenggaraan PPR ini pun amat menyedihkan," katanya.

Beliau menambah, masalah lain yang dihadapi di PPR berkenaan sejak kerajaan negeri diambil alih parti pembangkang adalah berlakunya banyak kekosongan unit rumah.

"Bila ada unit kosong ini, ia menjadi akan meningkatkan masalah sosial. Golongan remaja menjadikan unit berkenaan sebagai tempat lepak.

"Lebih teruk ada di kalangan mereka yang menjadikan unit kosong itu sebagai tempat melepaskan gian menagih dadah dan menghidu gam," dakwanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved