Isnin, 24 Oktober 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Batalkan lesen pembeli padi

Posted:

Batalkan lesen pembeli padi

Batalkan lesen pembeli padi

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 23 Okt. - Pengilang-pengilang padi di negeri Kedah dan Perlis mendesak kerajaan membatalkan semua lesen pembeli padi di negara ini bagi mencegah kegiatan 'orang tengah' yang mengaut keuntungan daripada petani dan pengilang.

Pengerusi Persatuan Pengilang-pengilang Beras Cina Melayu Kedah, Datuk Chew Giok Kun berkata, pihaknya mendapati orang tengah iaitu pembeli padi mengaut keuntungan berganda daripada petani serta pengilang menyebabkan kos operasi pengilang meningkat.

"Pembeli padi ambil untung daripada kedua-dua pihak dan jika tiada mereka, kami yakin petani akan mendapat keuntungan yang lebih jika menjual padi terus kepada pengilang tanpa melalui orang tengah.

"Pembeli padi mengenakan caj kepada pengilang RM100 bagi satu tan padi dan mereka juga kenakan caj lori kepada petani sedangkan caj itu mereka yang patut bayar," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat lebih 14 pembeli padi yang aktif di Kedah dan Perlis manakala permohonan untuk menjadi pembeli padi masih banyak dan mungkin akan diluluskan oleh kerajaan tidak lama lagi.

"Kemunculan mereka (pembeli padi) tidak lagi diperlukan pada zaman sekarang dan jika dibiarkan perkara ini, akan berlaku penindasan terhadap petani dan pengilang.

"Kami hanya menuntut hak dan rezeki yang sepatutnya diberikan kepada kami tetapi diambil oleh pembeli padi," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Marzukhi Othman berkata, sudah sampai masanya kerajaan membatalkan lesen membeli padi kerana petani dan pengilang wajar mendapat keuntungan tanpa melalui orang tengah.

"Kilang-kilang padi di Kedah dan Perlis memiliki peralatan yang canggih dan mampu membeli padi secara terus daripada para petani. Kita patut mencontohi negara jiran yang tidak menggunakan orang tengah dalam urusan jualan padi," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kumpulan Utusan sumbang majalah

Posted:

Kumpulan Utusan sumbang majalah

Kumpulan Utusan sumbang majalah


CHE Mahani Othman (tengah) bersama guru-guru SK Haji Mohd. Sharif membaca di sudut bacaan khas yang dilancarkan, kelmarin.


ALOR SETAR 23 Okt. - Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Mohd. Shariff melancarkan sudut bacaan khas di ruang legar premis tersebut semalam dalam usaha memupuk minat membaca serta meningkatkan pengetahuan am murid-muridnya.

Sudut bacaan itu dirasmikan oleh Guru Besarnya, Che Mahani Othman dengan disaksikan oleh Eksekutif Pemasaran Zon Utara Dua (Kedah/Perlis) Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Abd. Latib Busu.

Bahan-bahan bacaan disumbangkan oleh Kumpulan Utusan seperti sisipan pendidikan dan majalah seperti Mastika, Al-Islam dan Harmoni.

Che Mahani berkata, sudut bacaan itu dapat menarik minat murid-murid sekolah itu untuk membaca dan menyemai sikap cintakan ilmu di kalangan mereka.

"Sudut bacaan ini sebagai pendorong kepada murid-murid sekolah ini untuk membaca dan pihak kami amat berterima kasih kepada Kumpulan Utusan yang menyumbang bahan bacaan.

"Pihak kami mengharapkan kerjasama antara sekolah ini dan Kumpulan Utusan akan terus berpanjangan," katanya selepas majlis perasmian sudut bacaan di sekolah itu, baru-baru ini.

Sementara itu, murid tahun enam sekolah tersebut, Iman Maryam Najiyyah Misran gembira kerana sudut bacaan itu diwujudkan di sekolah tersebut.

"Saya dan rakan-rakan boleh habiskan masa dengan membaca bahan-bahan baru di sudut bacaan ini. Jadi kami tidak membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah selepas ini," jelasnya.

Seorang lagi murid tahun enam, Fatrisha Amira Jaafar berkata, murid-murid sekolah itu boleh mendapat ilmu tambahan dengan membaca majalah di sudut bacaan tersebut.

"Selepas selesai Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kami mempunyai banyak waktu terluang. Dengan adanya sudut bacaan ini masa terluang boleh diisi dengan membaca majalah untuk menambah ilmu," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

90 peratus peminjam TEKUN di Kedah bayar balik pinjaman

Posted:

90 peratus peminjam TEKUN di Kedah bayar balik pinjaman

90 peratus peminjam TEKUN di Kedah bayar balik pinjaman

ALOR SETAR 23 Okt. - Sikap bertanggungjawab para peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di negeri ini semakin meningkat apabila kira-kira 90 peratus daripada mereka berjaya melangsaikan pinjaman mengikut jadual ditetapkan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, jumlah peratusan itu sekali gus menjadikan negeri ini berada pada kedudukan tertinggi membayar balik pinjaman untuk tiga bulan berturut-turut mulai Julai lalu.

Beliau berkata, sikap berkenaan memudahkan peminjam membuat pinjaman susulan selain membantu TEKUN mendapat pusingan modal mencukupi untuk diberikan kepada pemohon lain.

"Saya berharap peniaga dapat mengekalkan sikap membayar balik pinjaman mengikut jadual manakala mereka yang masih gagal berbuat demikian perlu lebih bertanggungjawab.

"Sikap liat membayar hutang hanya menyusahkan termasuk kepada usahawan kecil lain yang memerlukan bantuan tabung ini untuk mengembang atau memulakan perniagaan," katanya selepas merasmikan program Juara Rakyat (Karnival Pertanian) Parlimen Alor Setar di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA Tajar di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Abdul Rahim Salleh dan Pengurus TEKUN Kedah, Mohamad Saidi Azizan.

Menurut Ahmad Bashah, TEKUN mengeluarkan pinjaman sebanyak RM22.7 juta kepada 2,364 usahawan di negeri ini sejak Januari hingga 31 Ogos lalu bagi membantu mereka menjalan atau mengembangkan perniagaan.

Katanya, jumlah pinjaman yang diberikan itu melepasi sasaran iaitu RM16 juta bagi tahun ini dan pembiayaan masih diteruskan.

"Secara keseluruhan, sebanyak 18,161 peniaga negeri ini dibantu melalui pembiayaan TEKUN berjumlah RM162.33 juta sejak 1998," ujar beliau.

Sementara itu, Mohamad Saidi memberitahu, pihaknya mengambil pelbagai pendekatan baru dalam usaha memastikan para peminjam TEKUN lebih bertanggungjawab dalam melunaskan hutang masing-masing secara berterusan dan mengikut jadual.

Antaranya kata beliau, ialah dengan memperbanyakkan program turun padang dan kesedaran selain memberi khidmat nasihat serta mendekati peniaga secara terus.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved