Utusan Online - Johor |
Sembelihan 60,000 ayam diragui Posted: Sembelihan 60,000 ayam diraguiOleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR dan MUHAMMAD ZIKRI Pegawai-Pegawai Jabatan Agama Islam Johor dan agensi penguatkuasaan memeriksa ayam yang telah disembelih dalam operasi penyalahgunaan logo halal di Pontian, semalam. PONTIAN 19 Ogos – Operasi bersepadu pihak berkuasa ke atas tiga buah pusat pemprosesan ayam mendapati dua daripadanya melakukan aktiviti penyembelihan yang tidak menepati syarak serta menggunakan logo halal yang tamat tempoh sejak empat tahun lalu. Serbuan oleh Pejabat Kadi daerah Pontian, Pejabat Kesihatan Pontian, Jabatan Alam Sekitar negeri serta Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri itu dilakukan bermula pukul 12 tengah malam sehingga 4 pagi, melibatkan dua pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas dan sebuah lagi di bandar Pontian. Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Unit Halal Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Samsudin Paimi berkata, serbuan dibuat kerana timbul keraguan terhadap status halal kira-kira 60,000 ayam segar di pasaran sekitar negeri daripada 200,000 yang dikeluarkan setiap hari, berikutan pelanggaran piawaian JAIJ. "Dalam serbuan tersebut, pihak PPDNKKK negeri mengambil tindakan menyita bilik sejuk premis terbabit dan akan membawa kes tersebut ke mahkamah. "Kita bimbang sekiranya aktiviti seperti ini dibiarkan, ayam yang diragui statusnya ini akan terus dijual kepada restoran dan pengguna beragama Islam di negeri ini apatah lagi menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Turut sama menyertai operasi tersebut ialah Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian, Mohd. Fauzi Bachok. Jelasnya, ramai peniaga kecil-kecilan mengambil kesempatan mengaut untung dengan menggunakan plastik pembungkus memaparkan logo halal tamat tempoh untuk mengaburi mata pengguna sedangkan JAIJ sudah mewajibkan penggunaan label pada bahagian kepak ayam yang mengandungi maklumat penyembelihan dan status halal. Kata Samsudin lagi, penguatkuasaan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010 pada tahun depan akan mengenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan maksimum RM10 juta untuk kesalahan kedua jika didapati bersalah menipu sijil halal. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
1,100 bomba bertugas pada Hari Raya Posted: 1,100 bomba bertugas pada Hari RayaAB. Ghani Daud (dua kanan menyampaikan kuih raya kepada wakil-wakil ketua balai di Balai Bomba dan Penyelamat, Larkin, Johor Bahru, semalam. JOHOR BAHRU 19 Ogos - Seramai 1,100 anggota bomba di negeri ini akan bertugas sepanjang musim perayaan Aidilfitri kali ini bermula 22 Ogos hingga 6 September ini. Pengarahnya, Ab. Ghani Daud berkata, jumlah itu sama dengan mereka yang bertugas pada tahun lalu sementara hanya 220 anggota bercuti kali ini. "Penugasan bukan sahaja melibatkan penempatan anggota di balai-balai bomba tetapi juga di kawasan tol utama iaitu Sedenak dan Yong Peng sebagai persediaan jika kemalangan. "Seramai 32 anggota akan ditempatkan di Sedenak dan Yong Peng yang bertugas mengikut syif selama 24 jam," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan kuih raya di Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, di sini, hari ini. Katanya, sebuah jentera masing-masing ditempatkan di dua kawasan tol tersebut selain unit peronda motosikal yang dibahagikan kepada empat kumpulan. Ab. Ghani berkata, sempena hari raya puasa, pihaknya melakukan pemeriksaan di premis-premis bagi memastikan semua pihak mematuhi syarat-syarat keselamatan. Setakat ini, beliau berpuas hati dengan keadaan premis-premis dan tidak ada sebarang yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 33, Akta Perkhidmatan Bomba 1988. Beliau berkata, sebanyak 140 kes melibatkan kebakaran dan kemalangan jalan raya di sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun lalu dan daripada jumlah tersebut, 17 kes melibatkan kematian. Sehubungan itu, beliau berharap, bilangan kes berkenaan dapat dikurangkan dengan melakukan pencegahan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan