Jumaat, 1 Julai 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Tindakan PSM hina pengorbanan perajurit – PBTM

Posted:

Tindakan PSM hina pengorbanan perajurit – PBTM

Tindakan PSM hina pengorbanan perajurit – PBTM

SHAH ALAM 1 Julai – Tindakan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap perjuangan serta pengorbanan bekas perajurit dan anggota tentera di negara ini.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, sekiranya benar tindakan kumpulan berkenaan, ia adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana tidak menghargai pengorbanan perajurit negara yang mempertahankan keamanan, keselamatan dan kebebasan rakyat sehingga ke hari ini.

Beliau yang mewakili lebih 150,000 bekas tentera itu menjelaskan, selain terkorban ketika melawan pengganas komunis, ada bekas tentera yang turut menderita sehingga ke hari ini termasuk cacat anggota.

"Banyak penderitaan dan kesusahan yang dihadapi oleh bekas anggota tentera kita dalam menentang pengganas komunis ketika zaman darurat, konfrontasi sehingga kepada pembubaran Parti Komunis Malaya (PKM).

"Bagaimana perasaan bekas anggota tentera kita yang bermati-matian berjuang menentang komunis sebelum ini apabila tiba-tiba ada pihak dikatakan cuba menghidupkan semula ideologi dan gerakan itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Ahad lalu, polis mendedahkan gerakan terancang kumpulan tertentu yang cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram Bersih di ibu negara pada 9 Julai ini.

Malah dikatakan, lima pemimpin PSM turut dikesan mengunjungi perkampungan Khao Nam Khang (Muhibah) iaitu kawasan penempatan bekas ahli PKM di Selatan Thailand, baru-baru ini.

Muhammad berkata, pihak berkuasa perlu bertindak tegas terhadap mana-mana kumpulan atau parti politik yang cuba menghidupkan kembali elemen dan pengaruh ideologi itu kerana ia boleh mengundang ketidakstabilan negara.

"Justeru, kita mahu tindakan tegas diambil bagi menghalang pihak tertentu yang menyebarkan ideologi ini dalam apa jua gerakan termasuk melalui perhimpunan haram.

"Kita nasihatkan ahli-ahli PBTM supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Parti menang jika pengundi suka - SPR

Posted:

Parti menang jika pengundi suka - SPR

Parti menang jika pengundi suka - SPR

BANGKOK 1 Julai - Pembangkang tidak ada peluang langsung untuk memenangi kerusi pilihan raya sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dan telus dalam mengendalikan pilihan raya di Malaysia.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, semua pilihan raya umum dan kecil akan dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) sahaja jika SPR bertindak sedemikian.

"Kalau SPR tidak adil dan telus, bagaimana pembangkang boleh memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lepas... tak kan nak menang semua negeri, baru SPR dianggap adil dan telus," katanya dalam temuramah dengan TV3 dan BERNAMA di sini.

Beliau berada di sini sebagai pemerhati antarabangsa atas jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk memantau perjalanan pilihan raya umumnya yang akan diadakan Ahad ini. Malaysia adalah antara 13 negara yang dijemput.

Abdul Aziz berkata, kemenangan atau kekalahan sesebuah parti atau calon pilihan raya bergantung kepada keadaan dan bukan kerana SPR memberi pertolongan atau tidak.

"Di Malaysia, parti atau calon akan menang jika pengundi suka. Buatlah apa apa pun, tidak akan mengubah keadaan tersebut," katanya.

Abdul Aziz berkata, memang sudah menjadi lumrah di mana-mana negara pun, bukan di Malaysia sahaja, parti yang kalah akan menjadikan badan pengendali pilihan raya sebagai sasaran mereka.

"Tidak bermakna bila (parti atau calon) kalah, SPR tidak adil," katanya.. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved