Jumaat, 1 Julai 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


MDJ tangkap anjing berkeliaran

Posted:

MDJ tangkap anjing berkeliaran

MDJ tangkap anjing berkeliaran

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Pekerja JAD Enterprise menangkap anjing liar di jalanan dalam operasi di Sungai Jan, Bandar Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 1 Julai - Majlis Daerah Jerantut (MDJ) hari ini melancarkan operasi menangkap anjing liar yang berkeliaran di sekitar bandar ini dan taman perumahan di sini.

Operasi bersepadu dengan kerjasama sebuah syarikat, JAD Enterprise Sdn. Bhd. dari Kuala Lumpur itu diketuai oleh Pegawai Penguat Kuasa MDJ, Md. Sidik Ishak.

Operasi berkenaan diadakan di sekitar bandar baru dan bandar lama Jerantut, Bandar Baru Inderapura, Sungai Jan dan semua taman perumahan di bawah seliaan MDJ.

Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran MDJ, Norhaniza Mohd. Norzery berkata, operasi itu dijalankan berikutan aduan mengenai anjing liar berkeliaran yang mengganggu orang ramai.

"Sebelum operasi, kita telah memaklumkan terlebih dahulu untuk membolehkan pemilik haiwan peliharaan berkenaan memperoleh lesen yang dikeluarkan MDJ," katanya di sini semalam.

Menurut Norhaniza, kegagalan mempamerkan lesen MDJ pada binatang peliharaan boleh dikenakan kompaun.

Peraturan berkenaan katanya, juga membabitkan anjing di dalam kawasan berpagar dan pemilik diminta segera mendapatkan lesen untuk mengelakkan dikenakan tindakan.

"Anjing terbiar di jalanan dan tidak bertuan akan dikuarantin sebelum dilupuskan oleh syarikat swasta berkenaan," ujarnya.

Tambahnya, jika ada pemilik yang hadir menuntut haiwan peliharaan itu mereka akan dikompaun oleh MDJ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hospital swasta jangan ketepi aspek kebajikan

Posted:

Hospital swasta jangan ketepi aspek kebajikan

Hospital swasta jangan ketepi aspek kebajikan

KUANTAN 1 Julai - Pusat perubatan swasta di negeri ini diminta tidak mengutamakan keuntungan semata-mata dengan mengenakan bayaran awal kepada pesakit kritikal sebelum memberi rawatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, terdapat pusat perubatan swasta bertindak demikian sehingga pesakit tidak mendapat rawatan awal yang diperlukan.

Tegasnya, soal bayaran sepatutnya tidak perlu menjadi keutamaan sebaliknya nyawa pesakit lebih penting untuk diselamatkan.

"Oleh itu, saya menyeru kepada hospital swasta di negeri ini supaya memberi rawatan segera dahulu untuk menstabilkan kesakitan mereka.

"Selepas itu terpulang kepada pesakit sama ada mahu meneruskan rawatan di situ atau dipindahkan ke hospital kerajaan," katanya selepas majlis pecah tanah Hospital KPJ Healthcare di Tanjung Lumpur di sini semalam.

Projek yang menelan belanja RM90 juta itu dijalankan dengan kerjasama antara KPJ Healthcare Bhd. dan Pasdec Holding Bhd.

Dalam pada itu Adnan berkata, pembinaan hospital tersebut bakal merancakkan lagi ekonomi penduduk sekitarnya.

Menurut beliau, masyarakat di kawasan itu akan menikmati faedah termasuk peluang pekerjaan di hospital tersebut.

"Bukan itu sahaja, hotel-hotel bajet di sekitar kawasan ini dan bandar Kuantan turut menerima tempias apabila ada ahli keluarga terbabit akan bermalam di hotel terbabit," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Km 9 Jalan Kuantan-Sg. Lembing ditutup

Posted:

Km 9 Jalan Kuantan-Sg. Lembing ditutup

Km 9 Jalan Kuantan-Sg. Lembing ditutup

KUANTAN 1 Julai - Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan menutup laluan di Kilometer 9 dan 10 Jalan Kuantan-Sungai Lembing di sini selama dua setengah bulan sehingga 30 Ogos ini.

Jurutera JKR Kuantan, Ir. Hasmi Ahmad berkata, penutupan itu dibuat bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan dan pelebaran jalan di kawasan tersebut.

Katanya, pengguna yang ingin menuju ke Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Sungai Lembing perlu meneruskan perjalanan sehingga ke persimpangan lampu isyarat Wisma Belia dan membuat pusingan ke kanan untuk menuju ke lebuh raya tersebut.

"Pengguna dari LPT dan Sungai Lembing pula perlu berhenti di persimpangan lampu isyarat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Indera Mahkota 2 dan membuat pusingan ke kanan untuk menuju ke Gebeng dan Kuala Terengganu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved