Jumaat, 1 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kepak 2011 platform cari kerja

Posted:

Kepak 2011 platform cari kerja

Kepak 2011 platform cari kerja

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


SEBAHAGIAN ruang niaga dan pameran yang disediakan di Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2011 di Persada Johor, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 30 Jun - Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada anjuran kerajaan negeri minggu lalu merupakan platform terbaik kepada golongan muda memulakan kerjaya.

Karnival selama empat hari berakhir Ahad lalu itu menyediakan pelbagai peluang untuk orang ramai menambah ilmu pengetahuan dalam sasaran menjadi modal insan berkualiti bagi memenuhi pasaran kerjaya.

Program turun padang secara menyeluruh dan agresif yang julung kali diadakan itu membabitkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkat pendapatan dan taraf hidup rakyat dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000.

Ia juga memberi peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan termasuk suri rumah, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

Utusan Malaysia adalah media rasmi karnival selama empat hari bermula Khamis lalu yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dengan sebanyak 12,000 pekerjaan berkemahiran tinggi ditawarkan, khususnya di Iskandar Malaysia.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor, Datuk Hamsan Saringat berkata, walaupun kali pertama diadakan ia berjaya menarik perhatian ramai khususnya pencari kerja dan usahawan yang mencari peluang perniagaan dan kemahiran.

Katanya, jumlah pengunjung yang datang bukanlah satu-satunya sasaran pihak penganjur, tetapi sebaliknya matlamat untuk menyediakan peluang pekerjaan, perniagaan dan kemahiran kepada orang ramai tercapai.

"Pihak penganjur bercadang memperluaskan Kepak ke beberapa daerah lain di negeri ini dan antara lokasi yang dipilih adalah Kota Tinggi pada 28 hingga 30 Julai ini, diikuti Batu Pahat, Ledang dan Mersing sebelum hujung tahun ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Pembangunan Sosial, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Nor Hisham Hussein berkata, pihaknya memberi penekanan kepada para pelajar sekolah yang akan menamatkan persekolahan tidak lama lagi.

"Sebanyak 2,400 pelajar tingkatan empat dan lima dari 44 buah sekolah di seluruh daerah Johor Bahru diberi taklimat kerjaya yang terdapat di Iskandar Malaysia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Generasi muda sifatkan Kepak banyak beri manfaat

Posted:

Generasi muda sifatkan Kepak banyak beri manfaat

Generasi muda sifatkan Kepak banyak beri manfaat

JOHOR BAHRU 30 Jun - Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 wajar diteruskan pada masa akan datang kerana ia merupakan ruang terbaik bagi golongan muda mencari pekerjaan dan peluang menambah kemahiran.

Tinjauan Utusan Malaysia sepanjang karnival selama empat hari bermula 23 Jun hingga 26 Jun itu mendapati rata-rata pengunjung kalangan generasi muda menyifatkannya sebagai program yang banyak memberi manfaat.

Seorang pengunjung, Sahizwan Said, 21, berpendapat, Kepak 2011 ternyata memberi banyak faedah terutamanya kepada golongan muda untuk mencari pekerjaan yang terdapat di koridor ekonomi Iskandar Malaysia.

"Saya sendiri telah mengisi beberapa borang permohonan kerja di beberapa agensi kerajaan dan swasta yang mengambil bahagian dan berharap agar permohonan ini diterima oleh pihak majikan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Program yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menyasarkan kumpulan lepasan sekolah, pusat latihan kemahiran dan pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan atau peluang perniagaan.

Bagi Syahrul Syizwan Samion, 23, Kepak 2011 menjadi lokasi terbaik bagi golongan siswazah mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan pengalaman masing-masing.

Menurutnya, kehadiran pelbagai syarikat serta agensi kerajaan berhimpun di bawah satu bumbung dengan menawarkan peluang pekerjaan memudahkan golongan pencari kerja mendapatkan maklumat dan kerjaya yang diminati.

Seorang pengunjung, Nurul Hazirah Bahor, 21, berkata, Kepak 2011 merupakan program yang amat diperlukan oleh golongan muda yang sedang mencari pekerjaan sepertinya.

"Di sini banyak peluang pekerjaan disediakan kepada para pengunjung merangkumi pelbagai sektor sesuai dengan kehendak semasa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved