Jumaat, 1 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


MAYC bantah MDKL

Posted:

MAYC bantah MDKL

MAYC bantah MDKL

Oleh RASMI ABDULLAH
kota@utusangroup.com.my


WAKIL MAYC membuat demontrasi aman di hadapan MDKL di Kuala Langat semalam bagi menyuarakan rasa tidak puas hati setelah permohonan untuk mendapatkan permit sambutan Hari Belia 2011 ditolak. - utusan/Rasmi Abdullah


KUALA LANGAT 1 Julai - Lebih 50 ahli Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kuala Langat berhimpun di pekarangan pejabat Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bagi membantah tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menolak permohonan mereka untuk mendapatkan permit program sambutan Hari Belia 2011 di sini yang dijadualkan pada 9 Julai ini dengan alasan yang tidak munasabah.

Mereka mula berhimpun kira-kira pukul 10.30 pagi dengan membawa pelbagai kain rentang dengan pelbagai slogan antaranya Jangan Cabar Kesabaran Belia, Di Mana Keadilan, Jangan Politikkan Program Belia dan Mengapa Halang Program MAYC.

Pengerusinya, Rozana Kamarulzaman menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Dipertua MDKL, Abdul Razak Jaafar kira-kira pukul 11 pagi dan kumpulan itu bersurai 15 minit kemudian.

Beliau berkata, pihaknya berasa kesal kerana permohonan permit program tersebut ditolak oleh ahli majlis MDKL dengan alasan 80 peratus kandungan program belia yang akan diadakan di Sungai Manggis di sini adalah berbentuk hiburan dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.

Sedangkan, katanya, pihak penganjur telah menggugurkan beberapa acara seperti tarian poco-poco dan senam robik yang dipertikaikan oleh MDKL namun permit tersebut masih tidak diluluskan.

"Kami harap kerajaan negeri tidak mempolitikkan program tersebut dengan alasan-alasan tidak munasabah iaitu menyatakan ia tidak selaras dengan kehendak kerajaan negeri yang mahu mewujudkan generasi idaman Selangor.

"Mereka sepatutnya tidak mengongkong program belia kerana dikhuatiri mereka akan memberontak dan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah," katanya kepada pemberita selepas menghantar memorandum itu.

Rozana menggesa agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turun padang melihat sendiri tindak-tanduk ahli-ahli majlis di MDKL yang didapati membuat keputusan secara sesuka hati.

Dalam pada itu, tegasnya, program tersebut akan diteruskan juga walaupun tidak mendapat permit.

Sementara itu, Abdul Razak memberitahu, permohonan permit MAYC ditolak kerana tidak selari dengan dasar kerajaan negeri selain khuatir tiada sebarang jaminan kawalan dan boleh menimbulkan gejala sosial di kalangan belia kerana terdapat percampuran lelaki dan wanita," katanya.

"Memorandum yang diserahkan oleh MAYC akan diteliti terlebih dahulu dan akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berang dituduh pengundi hantu di DUN Selat Klang

Posted:

Berang dituduh pengundi hantu di DUN Selat Klang

Berang dituduh pengundi hantu di DUN Selat Klang

SHAH ALAM 1 Julai – Sebanyak 41 pengundi baru di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Kelang yang dituduh sebagai pengundi hantu telah tampil membuktikan yang tuduhan dibuat terhadap mereka adalah tidak berasas.

Rata-rata pengundi yang ditemui menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila dituduh sebagai orang asing di kawasan tersebut oleh pihak yang mempunyai agenda tertentu.

Utusan Malaysia difahamkan, bantahan tersebut dibuat oleh ahli Pas di kawasan tersebut yang merupakan penyokong kepada ADUN Selat Klang, Dr. Halimah Ali.

Seorang pekerja syarikat perkapalan, Mohd. Saufi Buang, 26, berkata, dia kesal kerana ada pihak yang cuba mempertikaikan haknya sebagai pemilih sedangkan setiap rakyat negara ini berhak untuk memilih pemimpin mereka.

"Saya hairan bagaimana ada pihak yang mempertikaikan pendaftaran saya sebagai pengundi di sini sedangkan saya tinggal di Kampung Delek sejak kecil.

"Dakwaan ini membuat saya marah dan kecewa kerana pihak yang membantah seolah-olah cuba mempertikaikan hak saya sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbicaraan awam di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor di sini semalam.

Dalam perbicaraan awam itu, pihak yang membantah telah diarahkan untuk membayar RM150 kepada Saufi selewat-lewatnya pada hujung bulan depan selepas SPR mengesahkan dia adalah pemastautin tetap di kawasan tersebut.

Pemandu lori treler, Ramizan Atan, 29, pula berkata, dia terpaksa bergegas dari tempat kerja di Pelabuhan Klang semata-mata untuk menghadiri perbicaraan awam itu selepas statusnya sebagai pengundi di kawasan itu dipertikaikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Bantahan seperti ini membuang masa saya apabila terpaksa hadir ke perbicaraan awam hari ini untuk membersihkan nama saya sedangkan saya tidak melakukan sebarang kesalahan," katanya yang tinggal di Kampung Delek Baru dalam kawasan DUN Selat Klang sejak lahir.

Selain itu, daftar undi seorang warga emas, Shaari Ahmad, 72, yang mendaftar semula sebagai pemilih selepas mendapati namanya tidak ada dalam senarai SPR turut dibantah walaupun dia merupakan penduduk tetap di kawasan Sungai Udang dalam DUN Selat Klang sejak 1969 lagi.

"Saya hadir pada hari ini untuk menuntut hak saya sebagai rakyat Malaysia dan saya sudah mula mengundi sejak 1957 lagi," tegasnya yang mengaku seorang penyokong Pas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JKKN edar 3,400 akhbar Utusan di tiga tol

Posted:

JKKN edar 3,400 akhbar Utusan di tiga tol

JKKN edar 3,400 akhbar Utusan di tiga tol


Ezlina Alias (kiri) bersama kakitangan JKKN, Rosdiana Roman mengagihkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo bersama poster Festival Kuala Lumpur kepada orang ramai di Plaza Tol Smart, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Julai - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) hari ini mengedar 3,400 naskhah Utusan Malaysia kepada pengguna jalan raya yang menghala ke ibu kota melalui tiga plaza tol iaitu Plaza Tol Sungai Besi, Jalan Duta dan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart).

Penolong Pengarah Cawangan Komunikasi Korporat JKKN, Ezlina Alias berkata, jabatan itu menaja 5,000 naskhah akhbar bernilai RM6,000 sempena Festival Kuala Lumpur yang berlangsung selama sebulan bermula hari ini.

"Sebanyak 3,400 naskhah akhbar diedarkan pada hari ini di tiga plaza tol berkenaan, manakala selebihnya akan diedarkan kepada 20 buah sekolah, pejabat awam dan korporat pada Isnin nanti.

"Kami mengedarkan akhbar itu bermula pukul 9.30 pagi hingga 11 pagi kepada pengguna jalan raya yang menghala ke ibu kota melalui tiga buah plaza tol berkenaan," katanya di sini hari ini.

Menurut Ezlina, pihaknya memilih Utusan Malaysia kerana ia merupakan akhbar yang banyak memberi input kepada pembaca terutamanya mengenai isu semasa di dalam dan luar negara.

Turut sama mengedarkan akhbar Utusan Malaysia tersebut ialah pihak urus setia JKKN dan kakitangan Jabatan Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved