Khamis, 23 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Cari 'ikan karin' menyeronokkan

Posted:

Cari 'ikan karin' menyeronokkan

Cari 'ikan karin' menyeronokkan

Oleh AZMAN MD NOOR
utusankedah@utusan.com.my


MOHD. Zaim Bakri (kanan) dan rakan-rakannya menunjukkan beberapa spesies ikan laga yang terdapat di kawasan sawah terbiar di Baling, Kedah, baru-baru ini.


BALING 22 Jun - Masa terluang pada cuti hujung minggu bagi anak-anak yang tinggal di kampung dan berdekatan kawasan sawah di daerah ini merupakan masa yang ditunggu-tunggu untuk dihabiskan dengan aktiviti mencari ikan laga.

Bagi mereka, ia memberi kepuasan dan pengalaman manis apabila dapat membela ikan itu yang turut dipanggil 'ikan karin' oleh penduduk tempatan.

Seorang bapa dari Kampung Sadik Kupang, Mokhtar Ahmad, 48, berkata, kebiasaannya, sawah yang ditinggalkan selepas menuai terdapat banyak ikan laga dengan sebahagiannya menetaskan telur di dalam buih-buih air bendang.

Menurutnya, ikan itu amat cantik dengan kulitnya berwarna kelabu, biru dan hijau manakala ekornya yang besar menambahkan lagi minat penggemar ikan laga itu.

"Biasanya kanak-kanak yang mahir mencari tempat tinggal ikan laga ini akan berjaya menangkapnya di kawasan air yang berbuih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Seorang remaja, Mohd. Zaim Bakri, 15, dari Kampung Bukit Iboi antara yang mahir mencari ikan laga spesies terbaik.

Menurutnya, dia sering mencari ikan laga di kawasan sawah terbiar yang tidak lagi dilakukan kerja menanam padi.

"Ikan laga yang menarik dengan mengembang ekornya membuatkan peminat akan lebih tertarik," katanya.

Mohd. Zaim berkata, dia sering mencari benih ikan itu di beberapa lokasi seperti sawah Kampung Hangus, Mukim Kupang dekat sini kerana spesies yang ditemui cukup baik.


MEMBONGKOK sambil mencari dan membelek kawasan sawah terbiar yang banyak tersimpan spesies ikan laga terbaik di Kampung Hangus, Mukim Kupang, Baling, Kedah.


Menurutnya, walaupun seolah-olah nampak biasa tetapi apabila ikan itu mula mengembangkan siripnya, ia mampu menunjukkan aksi tangkas ketika berdepan dengan lawan membuatkan peminat ikan laga lebih tertarik.

Seorang lagi peminat ikan laga ini, Mohd. Fauzi Mohd. Yusof, 14, turut tertarik dengan keistimewaan ikan laga dari sawah itu.

Menurutnya, biasanya dia akan meletakkan ikan laga dalam bekas atau botol berasingan dan diletakan rapat bagi melihat 'pertembungan' antara ikan ini.

"Walaupun berlainan bekas, kedua-dua ekor ikan ini akan berlaga yang tewas beralah dengan sendirinya," katanya.

Menurutnya, permainan ikan laga ini sekadar mengisi masa lapang sahaja.

Katanya, setiap botol yang diisi ikan laga akan diletakkan didinding atau penjuru rumah dengan diberi makanan lumut, manakala terdapat juga ikan itu dijual dengan harga antara RM3 dan RM5 seekor.

"Bagi kebanyakan penduduk kampung, mereka lebih gemar dengan ikan laga sawah kerana ia lebih baik berbanding ikan laga siam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rugi RM4 juta pili bomba rosak

Posted:

Rugi RM4 juta pili bomba rosak

Rugi RM4 juta pili bomba rosak

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanN9@utusan.com.my

PULAU PINANG 22 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri terpaksa menampung kerugian kira-kira RM4 juta bagi membaik pulih 2,000 pili bomba yang rosak dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Shoki Hamzah (gambar) berkata, antara kerosakan yang sering dialami adalah kehilangan muncung pili bomba yang diperbuat daripada tembaga serta tiang pili bomba patah dilanggar kenderaan selain pili bomba ditimbus ketika kerja-kerja penurapan jalan.

Menurut beliau, pihaknya memandang serius masalah berkenaan memandangkan pili bomba adalah sumber utama pasukan bomba untuk mendapatkan bekalan air bagi memadam kebakaran.

"Pili bomba umpama peluru bagi kita. Macam mana kita nak pergi berperang jika senapang ada tetapi peluru kita tidak ada?

"Kos membaiki bagi setiap pili bomba adalah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebuah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, bagi menyelenggara perlatan itu supaya sentiasa berkeadaan baik, sebanyak RM250,000 disediakan untuk tujuan tersebut pada tahun ini.

Bagi menambah bilangan pili bomba pula, jelas beliau, sebanyak RM350,000 diperuntukkan oleh kerajaan.

Mohamad Shoki berkata, terdapat 16,000 pili bomba di seluruh Pulau Pinang yang mana 13,000 merupakan kepunyaan bomba, manakala selebihnya dimiliki pihak swasta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Baiki segera pondok bas Simpang Empat

Posted:

Baiki segera pondok bas Simpang Empat

Baiki segera pondok bas Simpang Empat

BAGAN DATOH 22 Jun - Pondok bas dibina bagi membolehkan pengguna berteduh sementara menanti pengangkutan awam itu sampai.

Bagaimanapun, di Simpang Empat, Hutan Melintang dekat sini, pondok bas yang ada bukan sahaja tidak boleh dijadikan tempat berteduh malah mengundang bahaya kepada pengguna khususnya pelajar sekolah.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pondok bas yang terletak di hadapan Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat itu rosak teruk dengan atap berlubang dan besi berkarat.

Keadaan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa serta pelajar yang terpaksa berpanas dan berhujan setiap kali menunggu bas untuk pulang ke rumah.

Seorang pelajar, Zulkifli Hisham, 11, memberitahu, ketiadaan pondok bas menyebabkan pelajar terdedah kepada penyakit seperti demam kerana terpaksa berpanas dan berhujan ketika menunggu bas.

"Selain itu, banyak barang seperti buku sekolah akan rosak kerana basah kena hujan, walaupun ada yang menggunakan payung," katanya.

Seorang lagi pelajar, Lokman Zarulman, 11, berkata, pondok bas tersebut masih diperlukan kerana tidak semua pelajar datang dan pulang menaiki kenderaan sendiri.

"Kebanyakan pelajar masih menggunakan bas," katanya.

Sementara itu, Mokthar Ishak, 47, meminta Majlis Perbandaran Teluk Intan mengatasi segera masalah itu kerana ia melibatkan keselamatan dan keselesaan pelajar.

"Keadaan sedia ada juga menjejaskan pemandangan apatah lagi pondok bas ini terletak di laluan utama Badan Datoh ke Teluk Intan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved