Khamis, 23 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Rebut peluang DSA 2012

Posted:

Rebut peluang DSA 2012

Rebut peluang DSA 2012

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


AHMAD Zahid Hamidi ketika melancarkan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Asmat Kamaludin (kiri), Zulkifeli Mohd. Zin (dua kanan) dan Ismail Ahmad (kanan). – BERNAMA


KUALA LUMPUR 22 Jun – Syarikat pertahanan tempatan digesa merebut peluang daripada Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 untuk memasarkan produk ketenteraan mereka kepada angkatan tentera negara serantau.

Sehubungan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggalakkan lebih banyak syarikat pertahanan tempatan mengambil bahagian selaku pempamer kerana DSA diiktiraf sebagai salah satu daripada lima pameran pertahanan terbesar di dunia.

"Saya bangga dengan komitmen syarikat pertahanan tempatan yang akan mengambil bahagian pada DSA 2012 nanti, tetapi saya berharap lebih banyak syarikat akan mengikut langkah mereka kerana ini adalah platform terbaik untuk memasarkan produk tempatan.

"Ini kerana saya yakin DSA mampu mengukuhkan lagi hubungan dua hala bukan sahaja antara kerajaan dengan kerajaan tetapi juga hubungan sesama pihak industri pertahanan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran DSA 2012 di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Pengerusi DSA, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menggesa syarikat pertahanan antarabangsa supaya melabur dalam projek Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) di Sungkai, Perak iaitu hab pertahanan pertama seumpamanya di ASEAN.

"Saya berharap anda dapat mempertimbangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalan hadapan untuk aktiviti pertahanan di rantau ini. Ia secara tidak langsung akan membantu anda memasarkan produk pertahanan ke negara ASEAN dengan menerokai MDSTP," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, DSA kali ini dijangka disertai oleh 850 syarikat pertahanan antarabangsa dan tempatan membabitkan 45 negara di samping bakal menarik minat 25,000 pengunjung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Medan tingkat kemampuan ATM

Posted:

Medan tingkat kemampuan ATM

Medan tingkat kemampuan ATM

KUALA LUMPUR 22 Jun - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjadikan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 sebagai platform meningkatkan kemampuan perangnya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pihaknya bercadang meningkatkan keupayaan kuasa tembak, mobiliti serta sistem komunikasi Tentera Darat sempena DSA 2012, tetapi enggan menjelaskan apa perolehan baru yang bakal dibuat.

"Perancangan ini memang telah digariskan untuk perolehan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Kita memang bercadang meningkatkan kuasa tembak, mobiliti dan sistem komunikasi," katanya selepas majlis pelancaran DSA 2012 di sini hari ini.

Ditanya sama ada perolehan baru itu termasuk sistem meriam bergerak (SPH), Zulkifeli berkata, beliau tidak boleh mengesahkan perkara itu buat masa ini, tetapi mengakui sistem persenjataan tersebut tersenarai dalam perolehan untuk meningkatkan kuasa tembak Tentera Darat.

"Sistem SPH memang termasuk dalam perancangan kita untuk meningkatkan kuasa tembak, tapi tentang perolehan buat masa ini saya tidak boleh sahkan," katanya.

Sistem SPH buatan Korea Selatan yang dikenali sebagai K9-Thunder dikatakan antara persenjataan baru yang bakal dibeli memandangkan meriam tersebut telah lama disenarai pendek oleh ATM bagi menyokong unit kereta kebal PT-91M.

Meriam SPH direka khusus untuk menyerang kedudukan musuh yang berada dalam lingkungan jarak melebihi 40 kilometer dengan kadar kepantasan tembakan mencecah antara enam hingga lapan pusingan seminit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cadangan wujudkan jabatan kaunseling

Posted:

Cadangan wujudkan jabatan kaunseling

Cadangan wujudkan jabatan kaunseling

KUALA LUMPUR 22 Jun - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang menubuhkan Jabatan Kaunseling bagi menjadikan bidang kaunseling di negara ini lebih berstruktur dan profesional.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, pelan strategik penubuhan tersebut akan dirangka dalam tempoh terdekat ini sebelum diserahkan kepada Kabinet.

Bagaimanapun tegas beliau, untuk menjayakan penubuhan tersebut, para pengamal kaunseling tempatan perlu berkemahiran, berdaftar dan memiliki Sijil Perakuan Amalan yang sah dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).

"Menerusi penubuhan Jabatan Kaunseling, kita akan dapat berkumpul di bawah satu bumbung mengatur pelan strategik bagi memantapkan perkhidmatan dan meningkatkan tahap profesionalisme kaunseling di negara ini.

"Ini memandangkan bidang kaunseling dan kaunselor memainkan peranan penting dan kritikal dalam pembangunan sosial negara dan mereka ini perlu diiktiraf.

"Tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan pendaftaran di kalangan pengamal kaunseling di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kaunseling 2011 anjuran Persatuan Kaunselor Malaysia (Perkama) di sini hari ini.

Shahrizat berkata, sehingga kini hanya terdapat 2,194 kaunselor yang berdaftar dengan sejumlah 1,595 kaunselor lagi memiliki Sijil Perakuan Amalan sedangkan kecekapan para kaunselor adalah mustahak mengikut Akta Kaunselor 1998.

Dianggarkan terdapat lebih 7,000 lepasan ijazah, sarjana dan doktor falsafah dalam bidang kaunseling yang masih belum mendaftar di negara ini.

Terdahulu dalam ucapannya Shahrizat berkata, kaunseling amat penting untuk mengembalikan aspek kemanusiaan memandangkan bidang tersebut melibatkan proses mental, pemikiran dan tingkah laku manusia yang menjadi teras kepada kekuatan diri individu dan masyarakat.

Justeru kata beliau, sudah tiba masanya persepsi bahawa perkhidmatan kaunseling ditawarkan untuk mereka yang bermasalah dan mampu membayar perkhidmatannya diubah kerana ia adalah untuk segenap lapisan masyarakat.

Beliau seterusnya mempelawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkama untuk membantu usaha kementerian memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang tinggal di kawasan berisiko tinggi yang memerlukan sokongan khususnya kaunseling.

Jelasnya, ia termasuk mengenal pasti jenis permasalahan dan ahli keluarga yang memerlukan khidmat sokongan mengikut keperluan.

habis/...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved