Khamis, 23 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tiga lelaki direman SPRM

Posted:

Tiga lelaki direman SPRM

Tiga lelaki direman SPRM

Oleh NORLIZAH ABAS, WAN NORHAYATI WAN ALIAS dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


TIGA lelaki berusia 26 hingga 42 tahun direman bagi membantu siasatan SPRM berkaitan sindiket pengeluaran lesen terbang di Mahkamah Sesyen Putrajaya, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki semalam bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket pengeluaran lesen terbang yang dipercayai turut melibatkan beberapa buah sekolah memandu di Lembah Klang dan Selangor.

Ketiga-tiga lelaki yang dipercayai ejen sindiket berusia antara 26 dan 42 tahun itu ditahan di sekitar Pandan Jaya dan Pandan Indah di ibu negara.

Menurut sumber, setakat ini, SPRM percaya sindiket berkenaan membabitkan lebih 10 individu dengan nilai suapan antara RM300 dan RM400 bagi setiap calon yang bersetuju memperoleh lesen terbang.

"Calon-calon berkenaan dipercayai tidak berkeupayaan untuk menduduki peperiksaan kerana sebab-sebab tertentu ataupun faktor masa. Sindiket dikatakan akan mendapatkan 'calon' untuk menduduki ujian Bahagian 1 Berkomputer," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga lelaki tersebut dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen Putrajaya, Sharifah Fadzilah Zulkifli selama lima hari bermula hari ini, mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh SPRM di Putrajaya, calon-calon dipercayai tidak perlu menghadiri ujian berkenaan seperti yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tetapi mereka dipastikan lulus ujian itu.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, pihaknya dan SPRM sedang mengemas kini maklumat-maklumat calon yang terlibat dengan lesen terbang.

Beliau berkata, pihaknya memandang berat isu tersebut kerana pemilikan lesen memandu yang diperolehi secara tidak sah boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

"Sekiranya calon-calon yang lulus Ujian Bahagian 1 Berkomputer didapati tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan, maka mereka akan disekat daripada menduduki Ujian Bahagian II dan Ujian Bahagian III," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Solah berkata, projek pengkomputeran semula yang sedang dilakukan oleh JPJ akan membantu menyekat penyelewengan dalam Ujian Bahagian 1 Berkomputer.

"Sistem ini dijangka boleh diguna pakai sebelum hujung tahun ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis siasat SMS ugutan bunuh diterima Ambiga

Posted:

Polis siasat SMS ugutan bunuh diterima Ambiga

Polis siasat SMS ugutan bunuh diterima Ambiga

KUALA LUMPUR 23 Jun – Polis akan menyiasat ugutan bunuh yang diterima Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ugutan tersebut merupakan satu perkara serius berdasarkan situasi semasa menjelang perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.

"Saya akan ke Bukit Aman untuk memastikan SMS (ugutan) tersebut yang (kini) tersebar di mana-mana termasuk menyiasat siapa pengirimnya berdasarkan laporan polis yang dibuat," katanya di lobi Parlimen hari ini.

SMS ugutan itu yang turut dihantar kepada beberapa anggota Bersih antara lain memberi amaran kepada pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa nyawa mereka di dalam bahaya jika turut menyertai perhimpunan haram itu.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata, SMS berbaur ugutan itu adalah perkara biasa diterima oleh orang kenamaan, malah beliau sendiri pernah menerima ugutan sedemikian.

Namun katanya, dalam kes tersebut ia perlu diambil secara serius.

"Banyak perkara dihantar menerusi SMS. Saya juga menerima ugutan bunuh tetapi dalam keadaan Bersih, kita kena ambil kira ugutan ini secara serius," katanya

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin mengalu-alukan kedatangan ahli Parlimen Australia yang mahu menyiasat cara layanan Malaysia terhadap pelarian di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved