Khamis, 23 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Keperluan asas jadi keutamaan

Posted:

Keperluan asas jadi keutamaan

Keperluan asas jadi keutamaan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak mendengar penerangan Ameer Ali Mydin selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya, semalam. Turut sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri) dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.


PETALING JAYA 22 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, keperluan asas rakyat tidak akan sekali-kali dipinggirkan walaupun kerajaan kini berusaha keras untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa keperluan asas rakyat akan dibawa bersama-sama dalam perjuangan dan perjalanan menjadi negara maju menjelang 2020.

Menurut Najib, sebagai bukti kepada jaminan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan 250 jenis barang dengan harga paling minimum sebagai kesinambungan kepada Klinik 1Malaysia.

Beliau memberitahu, kerajaan bercadang memperluaskan Kedai Rakyat ke seluruh negara dan perbincangan mengenainya sedang dilakukan dengan pihak swasta.

"Saya selalu ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan, dalam kita menuju ke status negara maju, jangan kita lupa bahawa keperluan asas rakyat mesti kita bawa bersama-sama dalam perjuangan dan perjalanan kita.

"Rakyat biasa memerlukan pembelaan daripada kita dan inilah kerajaan yang hari ini sentiasa membela untung nasib rakyat," katanya semasa berucap merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya hari ini.

Mengulas lanjut Najib berkata, idea penubuhan kedai tersebut lahir kerana beliau menyedari ramai rakyat yang berpendapatan rendah menghadapi masalah akibat kenaikan harga barang terutama mereka yang tinggal di ibu kota.

Demi memastikan nasib golongan berkenaan terbela, beliau mengaplikasikan idea yang pernah dipraktikkan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein sewaktu zaman kegawatan ekonomi pada tahun 70-an apabila memperkenalkan restoran rakyat.

"Langkah ini diyakini boleh membantu mengurangkan beban rakyat. Konsep kedai ini tidak banyak beza dengan apa yang dilakukan bapa saya iaitu menjual barang keperluan dengan harga yang paling minimum," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri berkata, kerajaan memilih Stesen LRT sebagai projek perintis penubuhan kedai berkenaan kerana kawasan tersebut merupakan lokasi tumpuan orang ramai sekali gus memudahkan rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program 6P rekod PATI mulai 11 Julai

Posted:

Program 6P rekod PATI mulai 11 Julai

Program 6P rekod PATI mulai 11 Julai


Muhyiddin Yassin berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri) selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pekerja Asing Tanpa Izin untuk program 6P 2011 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur semalam. Turut sama, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 22 Jun – Kerajaan buat pertama kalinya mengadakan proses pemutihan dan pengampunan besar-besaran untuk pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi merekod serta mendaftarkan golongan itu di negara ini melalui Program 6P bermula 11 Julai depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program penyelesaian menyeluruh itu akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini bagi mengurangkan PATI di Malaysia.

Katanya, Program 6P yang meliputi aspek pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu bakal menyaksikan golongan itu direkodkan dengan kaedah biometrik.

Menurutnya, proses itu dimulakan dengan pendaftaran PATI di Jabatan Imigresen sama ada secara persendirian atau oleh majikan masing-masing selama dua minggu dari tarikh tersebut sebelum diputuskan untuk dilanjutkan jika didapati perlu.

Langkah tersebut katanya, akan menyelesaikan beberapa isu seperti masalah sosial, jenayah dan hal ehwal ekonomi membabitkan golongan itu serta rakyat tempatan.

"Selepas mereka (PATI) diminta untuk didaftarkan barulah kerajaan menjalankan eksesais pengampunan dengan merekodkan jumlah pekerja yang tidak berdaftar dalam sistem biometrik seperti yang digunakan ketika ini untuk pelawat.

"Apabila mereka dibawa keluar dan didaftarkan oleh majikan menerusi sistem biometrik, maka kerajaan akan mempunyai rekod di mana mereka berada, bilangannya, siapa majikan mereka dan berapa gaji yang mereka dapat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pekerja Asing Tanpa Izin di bangunan Parlimen hari ini.

Muhyiddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah memaklumkan semua kedutaan asing di negara ini berhubung program itu dan mereka bersetuju untuk membantu bagi urusan visa dan dokumen penting lain.

Katanya lagi, PATI yang telah berdaftar di bawah program pengampunan itu dibenarkan kembali bekerja dengan majikan masing-masing menggunakan pas kerja sementara bagi memastikan langkah tersebut tidak menganggu aktiviti ekonomi negara.

Kata beliau, kerajaan juga akan menggerakkan jawatankuasa keselamatan seluruh negara termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk membantu pihak berkuasa menjayakan program berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Biomas mampu jana RM100 bilion menjelang 2020

Posted:

Biomas mampu jana RM100 bilion menjelang 2020

Biomas mampu jana RM100 bilion menjelang 2020

KUALA LUMPUR 22 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin projek menambah nilai kelapa sawit (biomas) yang akan dilaksanakan melalui penubuhan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) mampu menjana pulangan tambahan negara sejumlah RM100 bilion menjelang 2020.

Menurut Perdana Menteri, projek berimpak tinggi itu merupakan salah satu daripada tiga projek awal yang akan dilaksanakan hasil daripada mesyuarat pertama majlis berkenaan yang dipengerusikan oleh beliau di New York pada bulan lalu.

Beliau berkata, tumpuan bagi projek itu adalah kepada produk farmaseutikal dan enzim melalui kaedah pelaksanaan Kerjasama Awam dan Swasta (PPP) dengan penglibatan aktif syarikat Sime Darby Berhad dan Felda Holdings Berhad.

Beliau memberi keyakinan yang sama kepada dua lagi projek di bawah majlis tersebut iaitu Bandar Pintar dan Kampung Pintar serta pembangunan modal insan yang dilihat boleh menjana dan meningkatkan hubungan perdagangan dua hala serta nilai pelaburan.

''Dengan adanya projek-projek awal ini, ia akan menjadi pemangkin serta tambah nilai kepada usaha-usaha transformasi negara dalam menyediakan peluang perdagangan pelaburan serta peluang pekerjaan bernilai tinggi," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang meminta kerajaan menyatakan peranan GSIAC dalam mengembangkan keupayaan inovasi negara dan harapan serta aspirasi kerajaan dengan penubuhannya.

Najib berkata, projek Bandar Pintar dan Kampung Pintar merupakan satu usaha untuk mengimbangkan kemajuan di bandar dan luar bandar yang berfokuskan kepada penggunaan teknologi hijau dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sementara projek modal insan pula, kata beliau, bertujuan menggiatkan kerjasama Pusat Kecemerlangan (COEs) dengan penglibatan aktif Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui platform Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan (NSRC).

Perdana Menteri berkata, kerajaan komited dengan penubuhan GSIAC setelah melihat penggunaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) meluas dalam pembangunan teknologi dan ekonomi oleh negara-negara maju seperti Korea, Taiwan, Jepun, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Perancis.

''Dengan sumber modal insan dan infrastruktur sedia ada, Malaysia mampu berbuat demikian jika keupayaan STI tempatan dapat diperkukuh dan dipertingkatkan lagi melalui hubungan kerjasama yang strategik dengan negara-negara maju tersebut terutamanya di peringkat industri," kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Noraini yang ingin tahu apakah kepentingan majlis itu kepada rakyat luar bandar dari segi peningkatan kualiti hidup, Perdana Menteri berkata, apabila projek berkenaan dilaksanakan, kerajaan akan melibatkan penyertaan rakyat secara menyeluruh terutama mereka yang di kawasan setempat.

''Saya percaya ciri-ciri teknologi hijau dan ICT boleh dimanfaatkan dalam pelbagai aspek sama ada dari segi penyampaian kesihatan, pendidikan, menyampaikan maklumat dan juga dari segi cara hidup dalam rumah kita sendiri. Dengan menggunakan ICT ia boleh menambahkan keselesaan hidup kita," jelasnya.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), beliau berkata, pelaksanaan majlis itu perlu diberi perhatian justeru, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri serta agensi dan syarikat berkaitan telah ditugaskan memastikan pelaksanaan segala projek yang dirancang dilakukan dengan sebaiknya.

Najib kemudiannya menyangkal dakwaan Nurul Izzah bahawa wujud kelemahan ketara di peringkat pelaksanaan bagi kebanyakan projek kerajaan sebelum ini.

''Saya tak berapa setujulah kalau kata semua yang kita buat sebelum ini tak mencapai kejayaan malah, Malaysia telah diiktiraf oleh kebanyakan negara. Terbaru di Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011, pemimpin negara Afrika kagum dengan kejayaan kita, jadi tak eloklah kita perkecilkan usaha dan kejayaan Malaysia," katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Perdana Menteri berkata, anggota majlis itu turut terdiri daripada para saintis yang mempunyai jalinan dengan Akademi Sains New York yang mempunyai kewibawaan tinggi dalam pelaksanaan projek itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved