Khamis, 23 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Lebih 1,000 mohon bantuan JKM

Posted:

Lebih 1,000 mohon bantuan JKM

Lebih 1,000 mohon bantuan JKM

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


SEBUAH kanopi diterbangkan ribut dan menghempap Pusat Khidmat Masyarakat, Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu di Kuala Terengganu baru-baru ini. – UTUSAN/FAUZI MOHD.


KUALA TERENGGANU 22 Jun – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri menerima lebih 1,000 permohonan untuk membaiki rumah dan struktur binaan yang musnah akibat dipukul ribut yang melanda beberapa daerah pada malam Sabtu lalu.

Pengarahnya, Zuhaimi Omar berkata, pihaknya sedang meneliti permohonan itu dan daerah ini mencatatkan bilangan terbanyak kerana ia merupakan daerah paling teruk terjejas.

Menurutnya, JKM akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), Pejabat Pegawai Pembangunan DUN serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi tujuan itu.

"Bagaimanapun, pemimpin setempat terutamanya wakil-wakil rakyat di kawasan terlibat telah mengambil inisiatif awal untuk mengagihkan bantuan seperti wang tunai, atap dan simen kepada mangsa terlibat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati antara kawasan terlibat di daerah Kuala Terengganu ialah Gong Badak, Tepuh, Manir, Seberang Takir, Batu Buruk, Wakaf Mempelam dan Losong.

Tambah Zuhaimi, selepas kejadian itu, beberapa laluan utama di daerah Kuala Terengganu seperti di Jalan Buluh Gading, Jalan Pulau Bahagia dan sekitar Batu Buruk ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan.

"Kita juga menerima laporan bencana alam itu turut memusnahkan kebun penduduk seperti tanaman pisang dan tebu serta ternakan ayam menyebabkan ada antara mereka mengalami kerugian besar," ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu, kerajaan negeri akan memantau perkara itu dari semasa ke semasa ekoran cuaca yang tidak menentu serta akan memastikan mangsa yang terlibat mendapat pembelaan sewajarnya.

Justeru katanya, pihak yang terlibat sama ada rumah persendirian, masjid, surau, pusat komuniti atau balai raya dinasihatkan membuat laporan kepada wakil rakyat atau pegawai pembangunan DUN di kawasan masing-masing agar maklumat itu dapat direkodkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

72 keluarga terima sumbangan KBS

Posted:

72 keluarga terima sumbangan KBS

72 keluarga terima sumbangan KBS


ZAIDI Muda (tiga dari kanan) bersama Ahmad Yusop Che Ros (dua dari kanan) menyerahkan bantuan bencana kepada mangsa ribut di Pusat Sivik Bukit Payung, Marang, kelmarin.


MARANG 22 Jun - Seramai 72 keluarga di daerah ini yang menjadi mangsa ribut Sabtu lalu menerima sumbangan barangan keperluan harian serta wang tunai daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sumbangan di bawah Misi Bantuan Pasca Bencana KBS telah disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Bukit Payong, Zaidi Muda di sini petang semalam.

Kementerian itu memperuntukkan RM900,000 di bawah bantuan bencana bagi seluruh negara dan sehingga ini RM300,000 telah dibelanjakan melalui 17 program misi bantuan sejak mula diperkenalkan Oktober lalu.

Hadir sama Timbalan Pengarah Cawangan Perhubungan Strategik KBS, Ahmad Yusop Che Ros; Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Terengganu, Fauzi Ariffin dan Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Mat Yusof Mat Ali.

Menurut Ahmad Yusop, melalui misi ini, selain sumbangan makanan dan wang tunai, keluarga yang ditimpa musibah akan turut dibantu sukarelawan seperti membaiki rumah rosak dan kerja-kerja menyelamat semasa bencana atau kemalangan.

Katanya, sehingga ini terdapat 15,000 sukarelawan bencana telah berdaftar di seluruh negara dan ia diselaraskan oleh satu unit di bawah KBS bagi memudahkan penyelarasan dan bentuk bantuan disalurkan.

Setiap unit sukarelawan belia yang ditubuhkan itu melibatkan 50 hingga 200 belia bergantung kepada situasi di daerah dan negeri masing-masing.

Sementara itu, beberapa orang mangsa ketika ditemui di majlis berkenaan mengucapkan terima kasih kepada KBS dan juga pemimpin masyarakat setempat yang menghulur bantuan segera termasuk atap.

Tuan Mohd. Abdul Rahman, 74, dari Kampung Banggol Mempelam, Marang, mengucapkan syukur di atas sumbangan daripada KBS dan para pemimpin masyarakat setempat yang memberikan sedikit kelegaan kepada keluarganya.

Menurut beliau, kejadian kira-kira 9.15 malam pada malam Sabtu lalu menyebabkan atap rumahnya diterbangkan ribut.

"Namun begitu atap rumah telah dibaiki secara gotong-royong dengan penduduk kampung manakala atap disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Kawasan Alor Limbat, Alias Abdullah," ujarnya.

Bagi Siti Khatijah Abdullah, 53, dari Kampung Gong Kekabu Padang Mengkuang, Bukit Payong, kejadian ribut itu merupakan kali pertama dialami dan amat menakutkannya.

Dia mengucapkan terima kasih kepada kementerian tersebut dan pemimpin setempat kerana prihatin terhadap kepayahan yang mereka alami dengan segera menghulurkan bantuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pencemaran kilang simen

Posted:

Pencemaran kilang simen

Pencemaran kilang simen

Oleh YATIMIN ABDULLAH,br>utusankelantan@utusan.com.my


SEORANG penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mek Kecheng menunjukkan kesan debu pada meja rehat rumahnya di Batu 6, Kampung Pendek, Kota Bharu, Kelantan semalam. – UTUSAN/Yatimin Abdullah


KOTA BHARU 22 Jun – Hampir 100 penduduk di sekitar Batu 6, Kampung Pendek di sini mendakwa terdedah kepada pencemaran bunyi dan menghirup udara berdebu dari sebuah kilang simen di situ sejak 20 tahun lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kampung itu di sini hari ini mendapati masalah yang dihadapi berpunca daripada kilang simen yang beroperasi 24 jam sehari dan mengeluarkan bunyi bising manakala debu pasir yang dihasilkan dilepaskan ke udara tanpa rawatan.

Masalah yang dihadapi itu didakwa telah diadukan ke pejabat Majlis Daerah Ketereh tetapi tidak dilayan dan tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Seorang penduduk, Tey Poh Jie, 36, ketika ditemui berkata, pencemaran debu ke udara menyebabkan ramai masyarakat di kawasan itu terutama kanak-kanak diserang penyakit lelah dan batuk.

"Sudah ada beberapa keluarga yang terpaksa berpindah kerana tidak tahan dengan pencemaran bunyi dan udara kotor yang dihirup setiap hari.

"Seluruh ruang rumah dan kereta saya dipenuhi dengan debu simen yang dikeluarkan oleh kilang ini kerana ia beroperasi 24 jam," katanya.

Seorang lagi penduduk, Tey Som Tin, 55, yang tinggal di kampung itu sejak 20 tahun lalu berkata, udara yang berdebu itu bukan setakat menjejaskan kehidupan penduduk sekitar tetapi ia turut merebak sehingga sejauh 100 meter dari kilang.

"Kami juga semua susah nak tidur disebabkan bunyi yang terlalu kuat dari kilang," katanya.

Jelas Som Tin, bunyi bising dari kilang simen itu pada waktu malam menyebabkan kebanyakan penduduk tidak dapat tidur lena.

Sementara itu, Abdul Halim Majid, 72, berkata, kawasan kilang itu yang sentiasa sibuk dengan lori membawa batu dan pasir turut mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lebih-lebih lagi kilang tersebut berada di selekoh jalan.

"Saya amat berharap pihak PBT mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah ini supaya kami semua boleh hidup dalam keadaan baik," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved