Isnin, 20 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kerajaan Pulau Pinang akur

Posted:

Kerajaan Pulau Pinang akur

Kerajaan Pulau Pinang akur

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


DAVID Chua (tiga dari kiri) berbincang dengan penduduk PPR Taman Bagan Jaya mengenai masalah sewa rumah yang tertunggak di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.


BUTTERWORTH 19 Jun - Kerajaan DAP Pulau Pinang akhirnya akur dengan desakan 20 keluarga miskin tegar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya di sini supaya mereka tidak dihalau keluar berikutan kegagalan mereka membayar tunggakan sewa.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Bagan, David Chua berkata, beliau dimaklumkan bahawa Exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Wong Hon Wai akan turun padang esok bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

"Saya difahamkan Exco Perumahan (Hon Wai) akan menemui penduduk terbabit esok untuk maklumkan bahawa mereka tidak akan diusir," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Antara penduduk terbabit yang akan dihalau keluar ialah Sarinah Arifin.

Hampir setahun Sarinah, 42, bersama empat anaknya yang masih bersekolah terpaksa bergelap apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak mencabut meter elektrik di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Taman Bagan Jaya di sini.

Semuanya gara-gara kegagalan ibu tunggal itu melunaskan bil elektrik yang tertunggak sebanyak RM1,721.85 sejak awal tahun lalu akibat kesempitan hidup.

Selain itu, dia juga gagal melangsaikan tunggakan sewa rumah dengan Bahagian Perumahan Negeri berjumlah RM6,000 menyebabkan dia hampir dihalau keluar dari rumah.

Menurut Sarinah, empat daripada enam anaknya yang berusia tujuh, 10, 13, dan 15 tahun masih bersekolah manakala dua yang lain telah mendirikan rumahtangga.

"Rumah yang dihuni kini di bawah nama bekas suami dan saya rasa dia tidak pernah membayar sewa rumah ini yang berjumlah RM124 sebulan sejak didiami lima tahun lalu menyebabkan kami hampir dihalau keluar.

"Bil elektrik juga dia yang bayar jadi selepas kami berpisah saya yang terpaksa menanggung tunggakan menyebabkan anak-anak terpaksa belajar dalam keadaan tak selesa akibat tiada elektrik," katanya yang menerima bantuan sebanyak RM400 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk persekolahan anak-anaknya.

Nasib sama dialami seorang warga emas yang juga ibu tunggal, Rokiah Md. Isa, 70, yang hanya bergantung kepada bantuan Pusat Urus Zakat (PUZ) sebanyak RM250 sebulan untuk membayar sewa rumah.

Rokiah turut menerima surat supaya keluar dari rumah sekiranya gagal menjelaskan sewa bulanan yang kini tertunggak lebih RM1,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teksi haram di Pulau Pangkor diatasi

Posted:

Teksi haram di Pulau Pangkor diatasi

Teksi haram di Pulau Pangkor diatasi

IPOH 19 Jun - Kerajaan negeri akan mengambil beberapa tindakan bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) membanteras kegiatan teksi haram di Pulau Pangkor.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagi melaksanakan peraturan dan undang-undang untuk membanteras kegiatan tersebut.

Katanya, masalah yang sudah berlarutan sekian lama itu perlu diatasi segera sebelum ia mengundang situasi bahaya pada masa depan.

"Saya bersimpati dengan nasib pengusaha teksi di Pangkor yang perlu membayar hutang, tetapi pendapatan mereka terjejas teruk kerana operasi teksi haram yang begitu meluas sekali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan lebih 100 pengusaha teksi di pulau itu yang melancarkan mogok kerana tidak berpuas hati dengan kegiatan teksi haram yang sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata, perbincangan antara JPJ dan MPM bersama pengusaha teksi diharap mampu menyelesaikan masalah yang berbangkit.

"Sepatutnya, pendekatan yang baik diambil untuk menyelesaikan masalah ini dan dengan adanya perbincangan ini, saya harap ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pengusaha teksi di sana,'' katanya.

Sementara itu, bantahan yang dilakukan ahli Persatuan Teksi Malaysia cawangan Pulau Pangkor yang berlangsung semalam mendapat perhatian Yang Dipertua MPM , Zamri Man.

Katanya, jika kegiatan haram itu berulang, undang-undang akan dikuatkuasakan dan pihaknya juga akan berganding bahu dengan pihak polis dan Jabatan Laut bagi menangani masalah tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas gagal jaga kebajikan rakyat Kedah - Ahmad Bashah

Posted:

Pas gagal jaga kebajikan rakyat Kedah - Ahmad Bashah

Pas gagal jaga kebajikan rakyat Kedah - Ahmad Bashah

ALOR SETAR 19 Jun - Hasrat Pas untuk mewujudkan negara kebajikan jika menang Pilihan Raya Umum Ke-13 dipertikai kerana sejak tiga tahun memerintah negeri ini, parti itu gagal membela kebajikan rakyatnya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, dalam tempoh tersebut, banyak kebajikan rakyat negeri ini tidak terjaga sehingga menimbulkan pelbagai keluhan daripada rakyat.

Katanya, kegagalan Kerajaan Pas Kedah menangani isu bantuan untuk mangsa banjir pada tahun lalu, menamatkan perkhidmatan pembayaran bil bekalan air di pejabat pos, pemansuhan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) dan bantuan untuk orang miskin, hanya menunjukkan 'kemampuan sebenar' parti tersebut.

"Bantuan kebajikan warga miskin misalnya, boleh dikatakan hampir kesemuanya adalah daripada Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Ketika rakyat memerlukan bantuan seperti banjir teruk pada tahun lalu, yang tampil hanya pemimpin UMNO, tetapi daripada Pas, hanya terdengar rungutan rakyat," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Kebajikan untuk penduduk Taman Wira Mergong B di sini, semalam.

Majlis itu dianjurkan Pemuda UMNO Taman Wira Mergong, manakala sumbangan ditaja oleh Pertubuhan Membantu Pesakit Parah Miskin Malaysia.

Hadir sama bendahari pertubuhan tersebut, Datuk Seri Faisalliah Abdul Ida.

Menurut Ahmad Bashah, rakyat harus menilai hala tuju Pas agar mereka tidak tersilap memilih parti itu lagi pada pilihan raya akan datang dan terus menderita untuk beberapa tahun lagi.

Katanya, negara kebajikan yang dicanangkan oleh Pas hanya sekadar pemanis untuk meraih undi bagi pilihan raya sahaja dan belum tentu dapat dilaksanakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved