Isnin, 20 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Akur keputusan kerajaan

Posted:

Akur keputusan kerajaan

Akur keputusan kerajaan

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 19 Jun – Pemimpin dalam komponen parti Barisan Nasional (BN) tidak sewajarnya menyatakan ketidakpuasan hati tentang sesuatu keputusan kerajaan secara terbuka sebaliknya perkara itu boleh dibincangkan mengikut saluran yang lebih sesuai.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana ia mencetus rasa kurang senang di kalangan pemimpin dan ahli komponen yang lain sedangkan ia sewajarnya dimaklum dan dibincangkan bersama pemimpin tertinggi parti masing-masing.

"Contohnya keputusan kerajaan mengurangkan pemberian subsidi diesel super kepada pengusaha bot pukat tunda laut dalam tidak wajar dipertikaikan secara terbuka oleh pemimpin dari parti komponen BN," katanya pada Majlis Turun Padang di sini, hari ini.

Beliau turut menyokong pengurangan itu dan mendakwa terdapat pengusaha bot tunda mengaut keuntungan tanpa perlu turun ke laut dan sekadar menyewakan bot itu kepada nelayan asing.

Menurut beliau, anggaran jumlah subsidi diesel diberi kepada sebuah bot laut dalam adalah sekitar RM30,000 dan mereka memperolehi keuntungan dengan menjual minyak bersubsidi itu kepada nelayan asing yang turut menyewa bot mereka pada harga tinggi.

"Lebih memburukkan keadaan, nelayan asing lebih berminat menjual hasil tangkapan berkualiti untuk pasaran eksport, manakala, ikan kurang bermutu dijual untuk pasaran tempatan.

"Kerajaan tidak perlu tunduk terhadap desakan pengusaha bot laut dalam mengadakan demonstrasi sebagai desakan untuk menuntut tindakan pengurangan pemberian subsidi itu, dikaji semula atau ditarik balik," katanya lagi.

Beliau berkata, subsidi kepada pengusaha bot pukat tunda yang kaya dan tidak turun ke laut untuk menangkap ikan sewajarnya diserah kepada pihak lain yang lebih memerlukan bantuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

APMM tahan kapal berlabuh tanpa kebenaran

Posted:

APMM tahan kapal berlabuh tanpa kebenaran

APMM tahan kapal berlabuh tanpa kebenaran

JOHOR BAHRU 19 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal dagang, MT Rafa kerana berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 3.7 batu nautika selatan Tanjung Stapa, Pengerang, kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim, Zulkifli Abu Bakar berkata, kapal berkenaan ditahan dalam operasi yang dijalankan pukul 3 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati Kapal MT Rafa yang didaftarkan di Sanlorenzo disyaki berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut dan tidak memaklumkan ketibaannya di perairan Malaysia.

"Selain itu, kapal tersebut didapati berlabuh di kawasan kabel dasar laut milik Telekom Malaysia Berhad (TM) yang telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan berlabuh," katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Zulkifli berkata, ketika kejadian, kapal berkenaan membawa sembilan anak kapal warganegara Indonesia berusia 23 hingga 41 tahun dan kesemua dokumen kapal dibawa ke pejabat Maritim untuk tindakan selanjutnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(l) Akta Perkapalan Saudagar 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved