Isnin, 20 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


MPKB-BRI serbu kelab golf

Posted:

MPKB-BRI serbu kelab golf

MPKB-BRI serbu kelab golf

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


ANGGOTA Penguat Kuasa MPKB-BRI menyerbu sebuah premis yang dipercayai menjual minuman keras tanpa lesan di Kota Bharu, malam kelmarin.


KOTA BHARU 19 Jun - Bahagian Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) merampas satu peti minuman keras dalam serbuan di Kelantan Golf and Country Club (KGCC) dekat sini, malam tadi.

Setiausaha MPKB-BRI, Mohd. Anis Hussein berkata, serbuan dijalankan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas menerima maklumat awam berhubung majlis tari menari yang diadakan di kelab itu kira-kira pukul 10.30 malam.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan kebanyakan golongan wanita di kelab itu sedang menari dan ada yang minum sambil menyaksikan persembahan diadakan.

Katanya, rampasan dibuat setelah pihak terbabit enggan mematuhi arahan supaya menghentikan program tersebut.

"Kita sudah beberapa kali melakukan serbuan terhadap premis berkenaan dan kompaun telah dikenakan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen iaitu membabitkan penjualan minuman keras," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Anis berkata, pihaknya sentiasa memantau aktiviti yang menyalahi undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pihak yang melanggar peraturan tersebut.

Sementara itu, Pengurus bahagian minuman KGCC, Yeap Tiong Herk meluahkan rasa kecewa dengan tindakan MPKB-BRI kerana mendakwa ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan kawasan tersebut milik persendirian dan hanya terbuka kepada ahli kelab berdaftar.

"Lagipun minuman keras ini hanya disediakan untuk ahli kelab yang bukan Islam dan tidak dijual kepada umum. Selain itu pihak kami menyediakan ruang khusus kepada ahli kelab bukan Islam untuk menikmati minuman tersebut.

"Pihak kami juga telah meletakkan logo larangan kepada umat Islam sebagai langkah untuk mengelakkan mereka memasuki kawasan tersebut," katanya.

Mengenai dakwaan majlis tari menari, beliau memberitahu, ia dianjurkan oleh pihak lain dan bukan anjuran kelab.

Beliau turut mempersoalkan tindakan anggota MPKB-BRI yang menyerbu kelab itu tidak memakai pakaian seragam mereka, sebaliknya hanya berpakaian biasa, selain tidak mempunyai waran untuk menggeledah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu juara tilawah al-Quran selepas 13 tahun

Posted:

Terengganu juara tilawah al-Quran selepas 13 tahun

Terengganu juara tilawah al-Quran selepas 13 tahun

KUALA TERENGGANU 19 Jun - Setelah 13 tahun tidak merangkul piala pusingan pada Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan, Terengganu akhirnya menamatkan kemarau itu setelah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada edisi ke-54 di Kuching, Sarawak, kelmarin.

Kejayaan itu dirangkul Ahmad Tirmizi Ali, 26, dan Norhidayah Abdul Rahman, 20, yang muncul sebagai pemenang tempat ketiga dan keempat bagi kategori qari dan qariah terbaik pada tilawah itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kemenangan itu secara tidak langsung membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dalam melahirkan tokoh agama pada masa depan.

"Saya bersyukur kerana Terengganu bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan sukan, tetapi juga cemerlang dalam bidang keagamaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan rombongan peserta Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini malam tadi, daripada menyertai Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak, tempoh hari.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat serta Timbalannya, Muhammad Ramli Nuh; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha'ari Idris dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd. Rozali Salleh.

Qari, Ahmad Tarmizi bagaimanapun tidak dapat turut serta kerana isterinya sedang sakit.

Dalam pada itu, Norhidayah ketika ditemui memberitahu, kejayaan membawa pulang piala pusingan itu memberi perangsang kepadanya untuk terus berusaha memajukan diri dalam bidang berkaitan agama.

"Ini kali kedua saya menyertai tilawah peringkat kebangsaan dan syukur Alhamdulillah, kejayaan ini begitu bermakna walaupun secara peribadi saya cuma mendapat tempat keempat," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam cedera dalam kemalangan babitkan dua kenderaan

Posted:

Enam cedera dalam kemalangan babitkan dua kenderaan

Enam cedera dalam kemalangan babitkan dua kenderaan

JELI 19 Jun - Dua pemandu dan empat penumpang dua buah kenderaan nyaris maut selepas kereta Proton Saga dan Nissan Sunny yang mereka naiki bertembung dalam kemalangan di Lebuh Raya Jeli-Gerik dekat Kampung Kuala Long di sini, lewat petang semalam.

Mereka yang cedera ringan ialah pemandu Proton Saga, Faizul Mokhtar, 20, adik perempuannya, Rohaja Mokhtar, 18, dan dua saudaranya, Zulkifli Ismail, 21, dan Siti Aminah Hanapi, 18.

Turut cedera ringan ialah pemandu kereta jenis Nissan Sunny, Hamzah Kalai, 50-an, dan seorang penumpang yang tidak dapat dikenalpasti identitinya.

Menurut seorang penduduk, Zamri Ismail, 34, yang menyaksikan kejadian itu, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.30 petang selepas kereta Nissan Sunny yang datang dari arah Jeli menuju ke Gerik, dikatakan cuba memotong barisan enam buah kenderaan.

Ketika itu, datang kereta Proton Saga dipandu Faizul dari arah bertentangan dan cuba mengelak, tetapi gagal disebabkan terdapat longkang di bahagian kiri jalan.

"Ketika kejadian, saya berada di kedai makan berhampiran tempat kejadian dan terus bergegas selepas melihat kemalangan tersebut. Empat daripada mangsa yang tersepit dalam kenderaan, berjaya dikeluarkan oleh penduduk kampung," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Jeli dengan bantuan ambulans.

Sementara itu, bapa saudara Faizul, Hanapi Che Mat, 67, ketika ditemui di Hospital Jeli memberitahu, keempat-empat anak saudaranya itu keluar rumah di Kampung Sungai Long kira-kira pukul 5 petang bagi menghantar Rohaja dan Siti Aminah pulang ke asrama di Sekolah Menengah Ayer Lanas.

"Saya dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung dan terus bergegas ke tempat kejadian," jelasnya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan,Sheik Azhar Sheik Omar ketika di hubungi, mengesahkan kejadian tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved